Nov
30th

Aneh pada Windows…cubalah..

Files under komputer, perisian | 1 Comment

Apakah ini satu ke-anehan atau satu ke-lemahan yang wujud pada windows kepunyaan Microsoft. Memang tidak dinafikan sesuatu yang di anggap sempurna itu ada kelemahannya juga.

Namun apa yang diberikan ini adalah satu keanehan (bagi saya setelah mencubanya) yang berlaku kepada sistem operasi Windows anda. Berikut , terdapat beberapa fenomena aneh yang berlaku. Mungkin ada di antara kita yang telah mengetahuinya, tapi tak salah bila kita ingin mencubanya.

Pelik tapi benar..

MAGIC #1

Orang India menemukan bahawa tidak ada seorang pun yang dapat membuat FOLDER di komputer dengan program Microsoft manapun dengan tajuk folder “CON”. Ini merupakan sesuatu yang nyata dan seluruh warga Microsoft sendiri tidak dapat menjawabnya kenapa hal ini boleh terjadi. Cubalah dengan membuat sebuah folder dengan nama CON atau con.

Bukalah My Document -> File -> New -> Folder -> taip CON atau Con atau con

Apa yang terjadi?…tentu nama folder tersebut tidak menjadi…he he

MAGIC #2

Bagi anda para pengguna Windows, lakukanlah hal berikut ini:

1) Buka sebuah notepad file kosong
2) Taipkan perkataan “Bush hid the facts” atau “this app can break” (tanpa tanda quote)
3) Save di mana pun anda suka
4) Tutuplah dan bukalah kembali file tersebut.

Aneh bukan?….anda sendiri mungkin tidak faham tulisan itu.

MAGIC #3: Microsoft Crazy Facts
Cobalah hal yang menarik ini, sungguh aneh! Bahkan Bill Gates sendiri tidak menemui jawapannya kenapa ini boleh terjadi sedemikian! Hal ini ditemui oleh orang Brazil.

1)Buka program Microsoft Word dan taipkan : “=rand (200, 99)” - (tanpa tanda quote)
2) Kemudian tekan ENTER

Apa yang anda hasilkan? Menarik bukan?

Begitulah beberapa magic yang terjadi kepada Windows anda..anda fikirkan sendiri apakah ini satu kelemahan atau satu keanehan…

p/s : Info ini dari rakan IT sedunia..

Nov
29th

Browser Internet menarik yang belum anda ketahui

Files under internet | Leave a Comment

Anda mungkin biasa dengan browser Firefox, Opera dan Internet Explorer, namun terdapat pelbagai browser lain sebagai alternatif yang juga boleh meningkatkan fleksibiliti, produktiviti dan kesenangan anda dalam melayari internet.

Terdapat lebih dari 100 aplikasi browser (walaupun tidak semuanya terkenal). Kebanyakan dari kita mungkin menggunakan rendering engine Triden (Internet Explorer), Gecko (Firefox), WebCore (Safari) dan Presto (Opera 7 dan lebih baru). Akan tetapi, terdapat banyak pilihan baru yang ditawarkan seperti engine 3D dengan fungsinya yang canggih seperti integrasi dengan aplikasi - aplikasi desktop.

Berikut beberapa aplikasi browser yang boleh menjadi pilihan untuk anda dalam melayari Internet.

Image Hosted by ImageShack.us

 

Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

p/s : saya masih setia dengan firefox browser…he he


Nov
28th

Live Document

Kini semakin banyak syarikat yang mengembangkan penggunaan aplikasi-aplikasi dokumen yang berasaskan web. Sebelum ini ia didominasi oleh Zoho, ThinkFree dan Google, kini datang lagi seorang pesaing yang kuat dalam bentuk Live Documents.

Image Hosted by ImageShack.us
Asalnya Live Documents merupakan hasil kreativiti dari orang yang menciptakan Hotmail sebelum Microsoft membeli penyedia webmail tersebut. Live Documents adalah aplikasi office berasaskan Flash yang memiliki kemampuan digunakan secara online ataupun secara offline di dalam lingkungan asas MS Office.Aplikasi - aplikasi yang hampir serupa dengan produk Word, Excel dan PowerPoint Microsoft telah dikembangkan dengan teknologi Flash dan Flex sehingga semua pengguna dalam perlbagai sistem dapat menggunakan aplikasi ini. Apabila anda tidak suka menggunakan versi online, mereka juga memiliki sebuah desktop client yang dapat digunakan secara offline dan dapat berkomunikasi dengan MS OFfice menggunakan sebuah plug in dan menambahkan fungsinya ke dalam dokumen - dokumen ini sehingga lebih dari satu orang dapat menggunakan dokumen di masa yang sama.

Pada masa ini Live Documents masih belum live untuk digunakan, akan tetapi anda dapat meminta kebenaran untuk mencuba perisian ini di laman web mereka.

Klik di sini untuk mengunjungi Live Documents.


Nov
27th

Panduan Membeli Belah Secara Online

Pernahkah anda membeli belah secara online…? Maksudnya anda membeli sesuatu barang atau produk melalui internet…atau anda memang tidak tahu bagaimana membeli secara online…atau juga anda masih takut dan tidak yakin untuk membeli secara online.

Jadi kepada anda yang belum pernah membeli secara Online, bermula pada hari ini, biasa-biasakanlah diri. Kita sekarang sudah berada di zaman teknologi yang kadangkala tidak memerlukan kita melangkah keluar dari rumah untuk membeli sesuatu.

Di Malaysia ramai orang yang masih takut-takut untuk membeli secara Online dengan alasan tidak selamat. Selagi anda tidak mencuba dan belajar, selagi itu wujudnya alasan tersebut.

Sebagai panduan kepada anda yang mahu membeli secara Online, tetapi tidak tahu, dan tidak yakin maka satu panduan PERCUMA membeli secara online telah pun dihasilkan.

Anda boleh DOWNLOAD dengan klik kanan pada imej di bawah dan pilih ‘Save Target As..’ (bagi Internet Explorer) atau ‘Save Link As..’ (bagi browser Firefox) :

pmso.gif

Jika anda seorang usahawan atau bukan seorang usahawan, anda boleh megedarkan panduan PERCUMA ini kepada sesiapa sahaja atau kepada kenalan anda. Semoga ebook ini akan memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang membeli belah secara online

Kalau anda mahu mengedit isi kandungan ebook ini dan jadikan ia versi anda sendiri, sila dapatkan versi Word melalui penulis asalnya. Klik di sini jika berminat.

Sekian.

Rujukan: wangcyber.com dan rajaadsense.com

Nov
26th

15 laman games percuma terbaik

Jika anda memiliki sebuah PC, dan mempunyai sambungan internet, maka tidak ada salahnya jika anda luangkan sedikit masa dan menghilangkan stres dengan bermain games. Yang menjadi masalah adalah memilih games web yang tepat, sesuai dengan citarasa anda dan menghiburkan.

Berikut 15 web games yang PERCUMA, seronok dan menyenangkan. Mungkin anda akan perlu install Active X, Java atau Flash player Adobe, namun segalanya percuma.

LAMAN GAMES TERBESAR

Ini mungkin adalah empat WEB game yang terbesar. Walaupun kini AOL Games sudah bergabung dengan Pogo.com, tetapi keduanya masih memiliki laman web masing-masing.

1. AOL Games
2. MSN Games
3. Pogo.com
4. Yahoo Games

Image Hosted by ImageShack.us

Jika anda adalah seorang penggemar game online, sudah pasti anda tidak jarang mengunjungi web ini. Tapi jika anda sudah lama tidak mengunjungi mereka, sebaiknya anda melakukannya sekarang, kerana kini mereka memiliki pelbagai koleksi game yang luar biasa. Cubalah Trapped! dan Perfect Pizza.

FLASH & SHOCKWAVE

5. Image Hosted by ImageShack.usOneMoreLevel.com
Slogan dari WEB ini adalah “A new addictive flash game every weekday, or your money back” dan sepertinya mereka tidak berbohong. Game-gamenya dibeZakan berdasarkan kategori seperti Action, Classics, Puzzle dan lain-lain. Salah satu gamenya adalah Sushi Go Round, dimana anda harus menyajikan pesanan sushi dari pelanggan di sebuah bar sushi.

6. Shockwave
Shockwave.com memiliki koleksi game berasaskan web yang percuma dan dapat didownload. Sebahagian daripada game tersebut merupakan versi web dari game desktop yang popular. Anda mungkin dapat mencubanya seperti Bounce Out.

NOSTALGIA

7. Every Video Game
Di sini anda boleh bernostalgia dengan memainkan ratusan game klasik dari Nintendo (NES), Sega dan Gameboy, dan memainkan semuanya dari browser anda dengan Java 1.5 dan semua percuma. Walaupun kualiti gambar dan suaranya tidak terlalu baik dan anda tidak akan menemukan judul-judul besar seperti Legend of Zelda atau Mario Brothers, tetapi masih banyak judul lainnya yang cukup menyenangkan seperti Double Dragon, Ultima Exodus dan Wizards and Warriors.

8. Image Hosted by ImageShack.us1980-games.com
Web game ini juga menawarkan game-game klasik dari NES dan arcade. Anda dapat memainkan Donkey Kong, Galaga dan Ms. Pacman. Kualiti emulator dan suaranya lebih baik daripada Every Video Game. Jumlah koleksinya tidak sebanyak Every Video Games, tetapi web ini memiliki banyak link ke web-web game lainnya, walaupun anda sebaiknya berhati-hati karena setidaknya ada satu link yang menuju ke laman web dewasa. Dan satu hal lagi, jangan lupa untuk menandakan extension /us di alamatnya, karena jika tidak maka anda akan mendapatkan web ini dengan bahasa Perancis.

9. Runescape
Jika World of Warcraft terlalu mahal untuk anda maka cobalah Runescape, sebuah multiplayer online RPG percuma yang menarik. Dengan kos penyertaan US$5 sebulan, anda akan mendapat akses ke kandungan yang lebih banyak, tapi versi percumanya saja sudah lebih dari cukup dan telah menarik 10 juta signup. Disini anda boleh melakukan banyak hal dari memasak sampai membuat senjata dan tentu saja bertarung.

PUZZLE & MULTIPLAYER

10. Planarity
Anda tidak harus menjadi seorang Genius matematik untuk menikmati puzzle game ini. Planarity kelihatan sangat mudah ketika anda mulai dengan 6 titik. Tetapi dengan meningkatnya level, maka anda mungkin akan menghabiskan waktu yang lebih lama untuk menyelesaikan setiap puzzlenya.

11. Image Hosted by ImageShack.usBrettspielwelt
Brettspielwelt adalah bahasa Jerman yang artinya Board Game World dalam bahasa Inggeris atau Dunia Papan Permainan . Di sini tidak ada Monopoly atau Clue, koleksi gamenya tidak terlalu komersil dan lebih kontempori. Anda boleh menemui judul-judul popular seperti Carcassonne, Backgammon dan Go. Gamenya akan berjalan lebih lancar jika anda download dan install sebuah klien Java. Pada tutorialnya anda dapat menemui cara untuk mengubah bahasanya menjadi Inggeris.

12. ISketch
Sebuah game di mana sekelompok pemain harus meneka kata atau kalimat yang digambarkan oleh salah seorang pemain. Game ini secara simbolik memberikan tugas menggambar dan anda akan tahu jika giliran anda tiba ketika muncul suatu alat menggambar beserta kata atau kalimat yang harus anda gambar. Anda akan mendapatkan point jika anda berhasil meneka gambar yang sedang digambar pemain lain dan ketika orang lain berhasil meneka gambar anda. Setiap game dilakukan dalam sebuah ruangan� yang masing-masing memuatkan 10 pemain. Ada ruangan untuk pelbagai bahasa dan topik seperti filem atau lagu.

13. Image Hosted by ImageShack.usGameTap
Ini bukanlah sebuah web untuk game online, melainkan web ini untuk mendownload game-game besar PC lama, yang dulunya harus anda beli dalam CD atau DVD jika anda ingin memainkannya seperti BloodRayne, Bust-a-Move, Myst atau Root Beer Tapper. Untuk menggunakan web ini anda harus mendaftar terlebih dahulu dan mendownload sebuah aplikasi player yang membantu GameTap menjaga hak legal dari tajuk game yang bersangkutan, misalnya jika anda download Myst (disini disebut realMyst) dengan percuma, maka anda hanya akan boleh memainkannya sampai tanggal 31 Desember. Tidak semua game disini percuma untuk didownload dan ukuran downloadnya juga besar, dapat mencapai ratusan megabytes.

14. BoxerJam
BoxerJam bukanlah web paling menarik di web, apalagi dengan banyaknya iklan yang mereka tampilkan. Tapi tidak dapat disangkal bahwa laman ini memiliki koleksi game multiplayer yang sangat menyenangkan dapat membuat anda ketagihan. Dalam Strike a Match anda akan diberikan 6 atau 9 nama atau kata di mana anda harus klik 2 atau 3 kata yang termasuk dalam kelompok yang sama. Sedangkan dalam Out of Order, anda bersaing dengan pemain lain dalam menyusun kata sebelum waktunya habis.

15. Image Hosted by ImageShack.usMoola
Disini anda bisa memenangkan hadiah wang dengan berlawan dengan pemain lainnya. Caranya seperti ini: anda mula dengan 1 sen yang diberikan Moola, lalu anda harus mencuba menggandakannya dengan bermain sebuah game melawan pemain lain yang juga hanya memiliki 1 sen. Pemenangnya kemudian akan bermain melawan peserta lain yang juga memiliki 2 sen dan seterusnya. Jika anda kalah maka anda harus memulai lagi dari 1 sen. Untuk mengikuti permainannya, anda harus memiliki undangan dan anda boleh memintanya ke Moola. Permainannya tidaklah banyak, hanya ada 3 permainan, yaitu 2 permainan daun terup dan satu lagi permainan kertas-gunting-batu.

Game Percuma Lainnya Yang Boleh Didownload
And Yet It Moves
Flow
Warning Forever
Rrootage
Astro Battle 2
Scorched 3D

Untuk sumber artikel klik SINI

Nov
25th

Aneh…tambah signal WIFI dengan kafein..!!!

Files under internet | Leave a Comment

Biasanya kandungan kafein pada kopi atau minuman lainnya adalah untuk menghilangkan rasa mengantuk, tapi kini kafein juga bleh digunakan untuk menambahkan signal jaringan WiFi anda….kalau dengar memang aneh ni..

Cubalah ikuti panduan melalui video di berikut..(Metacafe)


Caffeine Boost Your WIFI - Watch more funny videos herep/s : kita rehat dulu…minum kopi sambil menonton video.