Kita sambung perbincangan kita mengenai BIOS..
Sebelum ini kita telah bincangkan 2 tajuk yang berkaitan BIOS. Lihat post tersebut :
Kali ini kita bincangkan pula secara ringkas bagaimana kita boleh meletakkan password pada BIOS komputer kita. Ini bertujuan untuk mengelakkan BIOS komputer kita dimasuki oleh orang lain.

Cara-caranya ialah :
- Masuk ke dalam sistem bios komputer anda dengan menekan “Del” , “F1” (bergantung kepada komputer anda)
- Pilih “Set User Password” dan tekan “ENTER“
- Isikan maklumat password yang dikehendaki.
- Tekan F10 untuk save .
Restart semula komputer anda dan bila anda cuba memasuki BIOS anda dikehendaki memasukkan password seperti apa yang telah anda lakukan melalui langkah diatas. Masukkan password untuk memasuki BIOS.
Post akan datang kita bincang pula mengenai bagaimana kita boleh memecahkan password BIOS bila kita terlupa password tersebut.






By ALEX on Feb 23, 2008 | Reply
bagaimana sih caranya mengubah cd menjadi 1st
By admin on Feb 23, 2008 | Reply
Saya tidak berapa faham akan soalan saudara. Jika maksud anda jadikan CD kepada 1st boot, pergi ke “Advance BIOS Features” dan pilih CD pada First Boot Device.
By Sewa Komputer on Mar 6, 2008 | Reply
Ada satu tips buat menembus password bios ini. Dengan men-jumper cmos di motherboard.
By admin on Mar 23, 2008 | Reply
ya sewa komputer… memang benar kita boleh hilangkan password bios dengan menggunakn jumper.