Pemilihan sesebuah komputer atau PC adalah bergantung kepada tujuan penggunaannya. Setiap orang mempunyai pelbagai tujuan berlainan untuk menggunakan komputer sama ada untuk tujuan asas seperti kerja-kerja pejabat sehinggalah yang melibatkan pembikinan grafik dan multimedia.
Jika anda menggunakan komputer hanya untuk tujuan asas seperti menaip surat, tugasan sekolah, kerja pejabat, membuat slide show dan sebgainya, anda hanya memerlukan spesifikasi komputer yang sederhana. Tapi jika anda menggunakan komputer untuk tujuan membuat grafik, multimedia atau bermain permainan komputer 3D, anda memelukan perkakasan komputer yang berspesifikasi tinggi dan menyokong perisian atau permainan tersebut.
Oleh itu, jika anda ingin belajar memasang sendiri komputer anda, anda perlu tahu keperluan spesifikasi komputer yang ingin digunakan. Sebenarnya banyak kelebihan yang anda perolehi bila anda memasang atau ingin belajar memasang komputer anda sendiri.
Secara keseluruhan, spesifikasi perkakasan komputer yang diperlukan untuk memasang komputer anda sendiri adalah seperti berikut :
- Processor (Intel / AMD)
- Motherboard (Papan Induk)
- Memori (RAM)
- Harddisk (Pemacu Cakera Keras)
- DVD / CD ROM
- Monitor
- Display Card ( Kad Paparan)
- Mouse (Tetikus)
- Keyboard (Papan Kekunci)
- Modem ( Untuk sambungan Internet)
- Speaker
Maklumat di atas adalah sebagai contoh sahaja beberapa perkakasan yang diperlukan untuk memasang komputer sendiri. Semuanya bergantung kepada anda dalam memilih spesifikasi perkakasan komputer yang diinginkan.
Kelebihan Memasang Komputer Sendiri
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan komputer dan Internet semakin bertambah. Oleh itu, adalah satu kelebihan bila anda sendiri boleh memasang komputer anda di rumah. Seterusnya memasang sendiri perisian Windows XP, Office dan perisian sokongan.
Beberapa kelebihan memasang komputer sendiri :
- Pengetahuan anda terhadap komputer semakin bertambah sama ada dari segi perkakasan (Hardware) atau perisian (Software).
- Keyakinan anda meningkat untuk menghadapi sebarang masalah yang akan timbul terhadap komputer anda seterusnya boleh menyelesaikan masalah yang timbul.
- Kos yang anda tanggung lebih rendah berbanding anda membeli komputer yang telah siap dipasang atau menyuruh orang lain memasangnya untuk anda.
- Pengetahuan yang anda miliki ini boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan separuh masa atau sepenuh masa.
- Mengelakkan anda ditipu tentang harga memasang, baik pulih komputer & memasang perisian yang sebenarnya amat mudah untuk dilakukan.
- Dapat mengetahui ragam dan masalah yang biasa timbul atau akan timbul terhadap komputer anda dan dapat menyelesaikannya dengan mudah.
Post akan datang kita akan membincangkan satu per satu tentang perkakasan, cara memasang, masalah yang biasanya timbul dan langkah penyelesaiannya.
Related Produk









By liyana on Jul 7, 2010 | Reply
macam mana nak upgrade kan komputer supaya menjadi labih baik daripada komputer yang sedia ada..<<<<<<>>>>>>>>?????????