Nov
24th

10 serangan virus terkejam sepanjang masa

Malware adalah masalah yang besar. Di tahun 2006 saja, kerugian dan kerosakan yang telah disebabkan malware dianggarkan bernilai USD13,3 juta, ia termasuk kehilangan produktiviti tenaga kerja dan turunnya pendapatan akibat kerosakkan dan kematian sistem. Dan inilah beberapa serang virus terkejam yang pernah terjadi.

 

1. Morris, 1988
Salah satu worm internet pertama yang pernah ada, Morris dicipta oleh Robert T. Morris, seorang mahasiswa Cornell University, yang mengatakan tujuan awalnya adalah untuk mengukur besarnya internet. Dengan mengeksploitasi ke dalam Unix sendmail, Morris terus menginfeksi sebuah komputer berkali-kali dan akhirnya melumpuhkan 6.000 komputer (pada wektu itu penggunaan internet sekitar 60.000 saja). Walaupun Morris menyebabkan kerugian antara USD10 - USD100 juta, ia hanya dikenakan hukuman percubaan selama 3 tahun dan denda sebanyak USD10.050.

2. Melissa, 1999
Di cipta oleh David L. Smith, ia dinamakan sesuai dengan seorang penari Florida yang disukainya. Melissa memaksa syarikat besar seperti Microsoft, Intel Corp., dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway email mereka kerana besarnya lalu lintas yang disebabkan virus ini. Smith dikenakan hukuman 40 tahun penjara dan denda yang luar biasa besarnya. Tetapi kemudian hukumannya dikurangkan kepada 20 bulan dan denda USD5.000 karena ia setuju untuk bekerjasama dengan FBI selama beberapa tahun untuk menangkap pembuat - pembuat malware lain.

3. VBS/Loveletter, 2000
Bermula pada 4 Mei di Filipina. Worm ini tersebar ke seluruh dunia hanya dalam waktu sehari dengan menggunakan alamat email yang terdapat di komputer yang telah digunakan untuk mengirim pesanan bervirus ke target barunya. Worm ini telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5,5 juta kerana sistem email berbagai syarikat dan negara harus dimatikan untuk menghilangkan virus ini.

4. Code Red, 2001
Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web server, mengeksploitasi suatu buffer overflow dan merosakan laman web dengan teks “HELLO! Welcome to http://www.worm.com! Hacked By Chinese!” Sebuah patch berhasil dibuat setelah sebulan Code Red ini menyerang, tetapi Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2,6 juta dan menyebabkan gangguan hebat dalam akses internet, menurut Internet Storm Center.

5. Nimda, 2001
Nimda (’admin’ yang dibaca terbalik) hanya memerlukan 22 minit untuk tersebar seperti Code Red. Nimda menggunakan beberapa cara yang berbeza untuk tersebar dan mencipta email untuk menyebarkan dirinya sendiri, memancing pengguna ke web yang dijangkiti, memanfaatkan kelemahan yang ada pada Microsoft IIS dan memanfaatkan worm Sadmind atau Code Red yang sudah terinstall. Nimda menyebabkan kerugian sekitar USD635 juta.

6. SQL Slammer, 2003
25 Januari, Worm ini menggunakan kelemahan buffer overflow dalam produk database MSDE (Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server. Ia dengan cepat tersebar dengan menyalin dirinya sendiri ke seluruh dunia, menyebabkan DoS (denial of service) dan melambatkan seluruh internet. Dianggarkan sebanyak 150.000 hingga 200.000 sistem telah dijangkiti. Sama seperti Code Red, sebuah patch untuk mengatasi kelemahan pada SQL Servertelah dicipta setelah berbulan-bulan lamanya.

7. MS Blaster, 2003
Bermula pada 11 Ogos, Blaster tersebar melalui berbagai Windows OS dan menyerang laman web windowsupdate.com milik Microsoft dengan serangan DoS. Ia menyebabkan pelbagai masalah dan restart berkali-kali pada sistem yang menggunakan Windows NT, Windows XP (64-bit) dan Windows 2003. Ia telah menyrang beberapa syarikat seperti Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, Balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat serta pengguna rumah lainnya. Walaupun asalnya dikatakan dari China, tapi varian Blaster B-nya diciptakan oleh Jeffrey Lee Parson yang masih berusia 18 tahun pada masa itu, yang kemudian ditangkap kerana ia memprogramkannya untuk menghubungi sebuah domain yang berdaftar atas nama ayahnya.

8. My Doom, 2004
Email yang berisi virus ini pertama kali dikesan pada tanggal 26 Januari dan dengan cepat tersebar dengan cara menampilkan dirinya sebagai pesan error yang memiliki attachment, yang jika dibuka akan mengjangkiti sistem sekaligus mengirimkan salinan dari dirinya ke semua alamat yang ada di address book dan juga menyusupkan dirinya ke dalam file sharing Kazaa. Anehnya, MyDoom tidak mengjangkiti komputer di beberapa universitai tertentu (University of California, Berkeley; Massachusetts Institute of Technology; Rutgers University dan Stanford University) dan syarikat tertentu (Microsoft dan Symantec Corp.), tapi kemudian virus ini meluncurkan serangan DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc., dianggarkan 1 juta mesin yang telah dijangkiti. Versi yang berikutnya juga menyerang search engine Google, AltaVista dan Lycos Inc.

9. Sasser, 2004
Pada 30 April, Sasser tersebar di antara komputer yang menggunakan Windows XP dan Windows 2000 dengan mengeksploitasi kelemahan buffer overflow dalam OS ini. Virus ini menyebabkan berbagai kesan yang aneh di dunia nyata, antara lain memaksa Delta Air Lines Inc. untuk membatalkan 40 penerbangan trans-Atlantic dan pembuat kereta api di Australia tertunda karena operatornya tidak dapat berkomunikasi dengan petugas pemberi signal. Pencipta Sasser iaitu seorang remaja Jerman dianggap sebagai remaja bermasalah dan diberikan hukuman 21 bulan.

10. Witty, 2004
Bemula pada 19 March, Witty adalah salah satu worm pertama yang secara spesifik menyerang software network-protection, dalam kes ini adalah produk IBM Internet Security System (BlackICE, RealSecure Desktop, RealSecure Network dan RealSecure Server Sensor). Witty juga membawa sebuah koding yang bersifat merosak, berganti menyerang 20 ribu alamat IP secara rawak, menghapus sebagian hard disk komputer yang dijangkiti. Kesan keseluruhan Witty masih relatif kecil kerana ia hanya menyerang produk - produk beberapa vendor di atas, akan tetapi Witty mendemonstrasikan bahawa sebuah worm dapat mempengaruhi sekumpulan komputer dan jaringan di mana para administrator telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringannya secara proaktif.

Untuk sumber artikel klik disini

Nov
23rd

Kelebihan memasang OS sendiri..

Salam kebahagian dan salam kejayaan untuk semua…

Saya pasti anda yang membaca post ini hari-hari menggunakan komputer. Komputer seakan-akan menjadi satu kemestian dan keperluan harian. Jika tidak membuka komputer dan internet akan terasa rindu…macam orang bercintalah katakan.

Saya juga pasti anda pernah mengalami sebarang kerosakan komputer sekurang-kurangnya gangguan pada sistem operasi (OS) komputer anda. Perkara ini boleh membuatkan kita pening kepala ditambah lagi bila ada kerja penting yang perlu untuk disiapkan.

Cuba fikirkan sejenak…..? Anda mungkin pernah mengalami situasi berikut yang berlaku keatas komputer anda:

  • Gangguan dan kerosakkan sistem operasi (OS) dan terpaksa menyuruh orang lain untuk membaikinya.
  • Anda juga terpaksa membayar harga yang tinggi untuk membaiki OS komputer anda padahal ianya amat mudah untuk dilakukan.
  • Anda pernah terfikir untuk membaikinya sendiri dan melakukan proses installation sendiri tetapi tidak menjadi… masih ragu-ragu.

Oleh itu, disini saya memperkenalkan kepada anda yang ingin mempelajari proses installation satu produk yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah di atas. Produk yang dimaksudkan ialah Langkah Demi Langkah - Belajar Proses Installation.


bpi

Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI.

Kelebihan Memasang OS Sendiri

  • Kemahiran yang anda miliki daripada ebook ini akan mengelakkan anda ditipu oleh orang lain tentang harga melakukan proses installation.
  • Pengetahuan ini juga akan dapat menjimatkan wang anda jika berlaku kerosakkan dalam sistem operasi komputer anda kerana anda boleh melakukannya sendiri.
  • Tiada lagi rasa ragu dan risau untuk melakukan installation windows xp, office, driver dan perisian tambahan.
  • Kemahiran yang anda miliki ini boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan sampingan.

Dapatkannya SEKARANG untuk ilmu yang bermanfaat ini.

Nov
22nd

Firefox 3 dilancarkan

Mozilla telah melancarkan Firefox 3 versi beta. Terdapat banyak fungsi-fungsi baru yang di tambah berbanding firefox sebelumnya. Untuk pengguna dan peminat firefox anda boleh dapatkannya DI SINI

Download manager baru Firefox kini memiliki fungsi pencarian untuk mencari file-file yang telah anda download sebelumnya dan fungsi pause dan resume yang kini memiliki ikon dengan gaya media player selalu crash setiap kali digunakan.

Image Hosted by ImageShack.us
Firefox 3 nampaknya mampu menampilkan halaman web sedikit lebih cepat berbanding sebelumnya. Peningkatan ini dapat dilihat lebih lagi pada saat menggunakan aplikasi - aplikasi berasaskan web seperti Flickr, Gmail atau Bloglines, terutama dengan GMail versi yang baru. Dalam eksperimen, Firefox 3 menampilkan Gmail dengan jauh lebih cepat berbanding Microsoft Outlook.Di belakang layar, Gecko 1.9 juga memberikan kemampuan rendering CSS dan SVG yang lebih baik, paparan font dan script rumit dengan lebih baik dan menampilkan gambar yang lebih jelas dengan fungsi color profiles. Satu lagi tambahan yang mengagumkan di Firefox 3 adalah kemampuan menampilkan gambar - gambar PNG yang beranimasi.Sebuah fungsi sekuriti baru adalah kotak informasi yang dapat ditampilkan dengan menekan icon web yang terletak di berdekatan location bar. Ikon ini menampilkan siapa yang memiliki web dengan versi yang akan datang, juga akan menampilkan kandungan informasi yang lengkap.

Image Hosted by ImageShack.us

Sistem Places juga menampilkan fungsi pencarian yang lengkap (seperti mencari di folder - folder tertentu saja, mencari laman web yang telah dikunjungi lebih dari 10 kali dll) yang dapat digunakan untuk sebuah jenis bookmark baru yang dinamakan smart bookmark. Beberapa smart bookmark yang dapat digunakan untuk mencari Places telah ada secara default di folder Places.

Fungsi Places ini menawarkan banyak fungsi baru yang tidak dapat kita jelaskan sepenuhnya. Ada juga berbagai fungsi JavaScript baru seperti iterator, expression closure dan metode getElementsByClassName.

Selain itu, masih ada banyak lagi beberapa fungsi yang ditambah ke dalam Firefox ini. Sebagai contoh, sistem address bar auto completion kini dapat disepadankan dengan tajuk halaman selain alamat web. Firefox kini juga dapat mengingat setting zoom untuk setiap web, memiliki sebuah resizer baru yang memungkinkan penggunanya mengubah lebar search box.

Klik di sini dan di sini untuk sumber artikel.

Nov
21st

Bina kata laluan pada BIOS…

Kita sambung perbincangan kita mengenai BIOS..

Sebelum ini kita telah bincangkan 2 tajuk yang berkaitan BIOS. Lihat post tersebut :

Kali ini kita bincangkan pula secara ringkas bagaimana kita boleh meletakkan password pada BIOS komputer kita. Ini bertujuan untuk mengelakkan BIOS komputer kita dimasuki oleh orang lain.

awardbiosmenu.gif

Cara-caranya ialah :

  • Masuk ke dalam sistem bios komputer anda dengan menekan “Del” , “F1” (bergantung kepada komputer anda)
  • Pilih “Set User Password” dan tekan “ENTER
  • Isikan maklumat password yang dikehendaki.
  • Tekan F10 untuk save .

Restart semula komputer anda dan bila anda cuba memasuki BIOS anda dikehendaki memasukkan password seperti apa yang telah anda lakukan melalui langkah diatas. Masukkan password untuk memasuki BIOS.

Post akan datang kita bincang pula mengenai bagaimana kita boleh memecahkan password BIOS bila kita terlupa password tersebut.

Nov
19th

Rahsia Google yang aneh..

Pernahkah anda menemui rahsia yang terdapat di Google… Berikut ini adalah sebuah rahsia Google yang mungkin belum ketahui kebanyakkan orang. Rahsia yang amat aneh…

Langkah 1: Mulai klik www.google.com di browser anda dan kunjungi laman web Google.

Image Hosted by ImageShack.us
Langkah 2: Sekarang carilah sesuatu di Google. Saya memilih Pizza kerana saya merasa lapar. Lalu klik link images di bahagian kiri atas halaman.
Image Hosted by ImageShack.us
Seharusnya anda berada di halaman yang seperti ini, dengan gambar - gambar yang anda cari. Gambar pizza gitu…maklumlah lapar..
Image Hosted by ImageShack.us
Langkah 3: Sekarang copy kod di bawah ini dan paste ke dalam browser anda lalu tekan Enter.javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI= document.images; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i<DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position=’absolute’; DIS.left=Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5; DIS.top=Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5}R++}setInterval(’A()’,5 ); void(0)

Image Hosted by ImageShack.us
Langkah 4: Duduk dengan tenang dan lihatlah sihir yang terjadi pada google, gambar - gambar akan mulai beterbangan di skrin komputer anda! ,…. memang aneh.
Image Hosted by ImageShack.us
Klik di sini untuk sumber artikel.

Nov
17th

Peluang Buat Duit Untuk Anda….

Salam kecerian untuk anda semua..

Disusuli dengan kecerian ini…satu berita baik untuk anda memulakan perniagaan dan buat duit melalui Internet…Nak tahu apakah peluang buat duit itu, bacalah post kali ini sehingga kehujungnya.

Anda mungkin biasa dengan Internet..atau dengan kata lain melayari Internet….Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Internet itu…? Apa pula yang dimaksudkan dengan FTP, HTML, Domain Name, Hosting .. dan beberapa perkara yang berkaitan dengan dunia Internet ini..?

Saya tahu…ada diantara anda yang sudah mengetahuinya. Bagaimana pula mereka yang tidak mengetahuinya..? Ha..tentu sedang menggaru-garu kepala yang tak gatal..Apa ya maksud dan kepentingannya..? Pertanyaan dan persoalan yang tidak akan terjawab hanya dengan menggaru kepala sahaja.

Memang ada diantara kita yang tidak tahu langsung mengenai FTP, HTML, Domain Name, Hosting dan sebagainya. Oleh itu, satu panduan mudah dan praktikal telah dihasilkan oleh saudara SmartZul. Ebook ini dikenali PANDUAN MUDAH FTP.

ftpcoverbig.jpg

Didalam ebook ini anda akan diajar mengenai asas Internet, server, kod HTML dan fungsinya, domain dan hosting termasuk panduan pembelian, FTP dan kegunaannya, upload dan download dan banyak lagi berkaitan dengan Internet.

Satu kelebihan yang ada pada produk ini ialah ia disertakan sekali dengan MASTER RESELL RIGHT (MRR). Maksudnya anda boleh jual semula produk ini dan anda juga dibenarkan memberikan hak jualan semula kepada pelanggan anda untuk mereka juga menjual semula produk ini….HEBAT BUKAN.

Oleh itu, dengan harga pengenalan yang istimewa ini hanya untuk anda, dapatkan segera EBOOK ini dengan HARGA..??? KLIK SINI.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana membina laman web dan memulakan perniagaan Internet,, anda tidak perlu risau kerana segala-galanya telah tersedia untuk anda. Dengan hanya beberapa langkah penetapan / setting sahaja, anda sudah memiliki laman web perniagaan sendiri. Segalanya disertakan bersama PANDUAN MUDAH FTP ini.

Bertindak segera untuk ilmu yang bermanfaat ini. Segalanya DISINI.