Dec
31st

Mencari Anti Virus Percuma Terbaik

Files under anti virus | 5 Comments

Mutakhir ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.

Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.

Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik?

Berikut beberapa kajian yang dibuat terhadap beberapa perisian anti virus percuma.
AOL ACTIVE VIRUS SHIELD

Site: http://www.activevirusshield.com

Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.

Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,
manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.

AVAST 4 HOME EDITION

Site: http://www.avast.com

Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka - untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.

BITDEFENDER 8 FREE EDITION

Site: http://www.bitdefender.com

bd-global-toplogo_new.gifBitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara “real-time” dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.

AVIRA ANTIVIRUS

Site: http://www.free-av.com/

avira_logo.gifFreeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.

AVG 7.5 FREE EDITION

Site : http://www.grisoft.com

avg_logo.gifTidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.

p/s : Walaupun komputer anda mempunyai perisian anti virus, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Oleh itu, back up data penting yang ada di komputer anda adalah perkara yang perlu dilakukan.

Dec
29th

Kelebihan Perniagaan Internet

SIRI 1 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET

Salam usahawan jutawan untuk para pejuang dalam perniagaan Internet.

Seperti yang dijanjikan, rahsiakomputer.com akan memberikan beberapa siri penerangan berkaitan dengan Perniagaan Internet berdasarkan ebook Belajar Berniaga Di Internet. Ini adalah siri pertama terebut yang bertajuk “Kelebihan Perniagaan Internet“.

Mengapa semakin ramai orang yang ingin menjalankan perniagaan Internet..? Tidak lain tidak bukan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam Perniagaan Internet. Apakah kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet sehinggakan semakin ramai orang berebut-rebut untuk memiliki perniagaan Interent sendiri..?

Sebelum kita membincangkan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan perniagaan Internet, apa kata kita menyelusuri dahulu tentang pengenalan perniagaan internet itu sendiri. Apakah itu perniagaan internet..?

Secara umumnya, perniagaan internet adalah perniagaan yang dijalankan di Internet. Maksudnya proses jual beli sesuatu produk atau perkhidmatan itu berjalan secara online iaitu melalui internet. Manakala usahawan internet pula adalah mereka yang menjalankan perniagaan Internet tersebut.

Perniagaan Internet merupakan perniagaan yang berkembang dengan pesat sekali pada masa kini. Semakin ramai usahawan internet menceburkan diri di dalam bidang ini dan ada di antara mereka yang memperolehi pendapatan yang lumayan sehinggakan ada yang telah menjadi jutawan.

Dari tahun ke tahun, pelayar cyber semakin bertambah di seluruh dunia. Untuk bulan Mac 2006 sahaja, sejumlah 694 juta pengguna internet di seluruh dunia yang telah direkodkan oleh “ComScore World Matrix“.

Jupiter Research pula menganggarkan jualan internet di dunia mencecah USD1000 bilion untuk tahun 2005. Tantunya angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Daripada statistik tersebut, sudah tiba masanya anda memulakan langkah pertama untuk memiliki perniagaan internet sendiri. Tidak mustahil di masa akan datang anda juga boleh menjadi usahawan jutawan.

Kembali kepada penerangan asal posting ini iaitu kelebihan yang bila kita melakukan perniagaan internet. Mengapa anda perlu tahu akan kelebihan perniagaan Internet. Ini supaya anda lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk melakukan perniagaan tersebut.

Berikut beberapa kelebihan yang ada dalam perniagaan internet.

  • Tidak Memerlukan Modal Yang Besar - Dengan melaksanakan perniagaan Internet, anda tidak memerlukan modal ribuan ringgit. Hanya dengan Rm100 sehingga Rm200, anda sudah boleh menjalankan perniagaan sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa. Di sesetengah keadaan, anda mungkin tidak memerlukan modal walau satu sen pun untuk menjalankan perniagaan.
  • Kos Pemasaran Rendah atau Percuma - Anda hanya menggunakan modal yang sedikit untuk tujuan promosi. Malahan anda juga boleh melakukan promosi dengan PERCUMA.
  • Pelanggan Di Seluruh Dunia - Memandangkan internet merupakan dunia tanpa sempadan, maka pelenggan untuk perniagaan Internet adalah dari seluruh dunia. Pelanggan yang luas ini membolehkan anda memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda dan lumayan.
  • Tidak Memerlukan Kedai & Stok - Anda tidak memerlukan tapak dan kedai secara nyata untuk menjalankan perniagaan. Anda juga tidak memerlukan simpanan stok jika anda menjual produk digital atau perkhidmatan. Segala tapak, kedai dan stok berada di hosting anda.
  • …untuk kelebihan-kelebihan yang selanjutnya, KLIK SINI.

Daripada kelebihan-kelebihan ini, sudah tentu anda berniat atau teringin untuk memiliki perniagaan Internet sendiri. Yang lebih penting anda tentu ingin memperolehi pendapatan sampingan yang cukup lumayan. Oleh itu, segalanya terletak pada kelebihan perniagaan Internet itu sendiri.

Apa yang anda tunggu lagi…mulakan perniagaan Internet anda sekarang dengan memiliki ebook “Belajar Berniaga Di Internet“.

“Bersama mengejar gelaran usahawan jutawan”

p/s : Ebook ini sesuai untuk anda yang masih baru dan belum mempunyai perniagaan Internet anda sendiri.

Dec
28th

Nvidia Keluarkan NForce 700 Baru

Chipset seri nForce 700 terbaru Nvidia telah dilancarkan pada 19 Desember yang lalu dengan beberapa fungsi baru dan sokongan untuk Penryn. Chipset 780i baru ini direka untuk berhubung langsung dengan X38 dari Intel yang juga menawarkan sokongan PCIe 2.0 sebanyak 32 jalur, 8 jalur audio HD dan jumlah sambungan USB 2.0 yang besar (12 untuk X38, 10 untuk 780i).

Walaupun 780i secara rasminya hanya menyokong DDR2-800, review dari Tech Report mengatakan bahawa memori controller Nvidia sebenarnya mampu beroperasi pada kepantasan DDR-1200. Sebagai tambahan, 780i menyokong konfigurasi SLI tiga arah, walaupun nampaknya ada beberapa isu dengan skalabilitas kinerja, seperti yang dibincangkan di bawah ini.

Image Hosted by ImageShack.us
Dari segi design sebenarnya, seri nForce 700 nampak seakan-akan sedikit tidak teratur. Sokongan PCIe 2.0 chipset ini dimungkinkan oleh bridge chip nForce 200 baru yang berada di antara 780i SPP dan slot PCIe 2.0. Walaupun nForce 200 memiliki bandwidth sebesar 32GBps secara penuh dengan dua buah jalur PCIe 2.0 x16, akan tetapi chip itu berhubung dengan 780i SPP melalui sebuah jalur x16 yang hanya memiliki bandwidth total 14.4GBps. Menurut Nvidia, perbezaan ini tidak menjadi masalah kerana kemampuan nForce 200 yang dapat menangani komunikasi GPU to GPU tanpa mengirimkan data kembali ke north bridge.

Klik di sini untuk melihat review Tech Report.

Dec
27th

Sekolah Bermula Bersama Adikbijak.com

Sempena musim sekolah yang akan bermula, ibu bapa tentunya sibuk dengan persediaan keperluan untuk anak-anak mereka. Tentunya segala keperluan untuk anak-anak hendaklah yang baru supaya mereka akan lebih bersemangat untuk memulakan musim persekolahan yang baru. Baju, seluar, bag, peralatan menulis, buku tulis dan buku tambahan semuanya serba baru.

Sehubungan dengan itu, gedung buku-buku pendidikan “AdikBijak.com” mengadakan pakej istimewa “Promosi Kembali Ke Sekolah” bermula pada 25 Dis 2007 hingga 10 Jan 2008. Terdapat banyak buku-buku pilihan yang amat berguna untuk minda anak-anak anda dengan harga pakej yang berpatutan.

back2school.jpg

Jangan lepaskan peluang ini bagi mendapatkan pelbagai pakej-pakej istimewa ini untuk anak-anak anda kembali ke sekolah dengan penuh berilmu. Tidak lupa juga beberapa pakej khas buat para pendidik dan ibu bapa.

Bagi mendapatkan produk-produk berilmu untuk anak-anak anda, klik sini

p/s : Kepada anda yang ingin mempromosikan produk-produk daripada AdikBijak.com, klik pada butang pendaftaran DISINI

Dec
26th

Firefox 3 Beta 2 Untuk Linux

Mozilla telah melancarkan secara rasminya “Firefox 3 Beta 2” untuk sistem operasi Linux. Ini merupakan langkah besar yang ke sepuluh sepanjang waktu perkembangan Firefox 3 dibangunkan. Versi beta baru yang sudah tersedia pada laman web Mozilla tersebut meliputi banyak peningkatan pada interface dan beberapa fungsi tambahan.

firefox.gif
Fungsi Download Manager telah secara penuh dibuat semula daripada Firefox 3 dengan memasukkan ciri-ciri untuk melakukan pencarian melalui download sebelumnya dan meneruskan proses download yang terhenti di tengah jalan. Memang fungsi tersebut sudah ada pada versi beta sebelumnya, namun fungsi ini terus mendapatkan peningkatan seperti kestabilan dalam penggunaannya. Dalam pelancaran kali ini, domain dari laman web di mana file tersebut berasal, akan ditampilkan bersamaan dengan setiap entry pada download manager.Walaupun begitu, gaya visual baru Firefox untuk Windows dan Mac OS X belum di keluarkan lagi. Hanya Linux yang telah mendapatkan penampilan visual yang baru ini. Pada Linux, Firefox akan mengadaptasi ikon-ikon dari tema ikon GNOME dan menggunakan tambahan dari ikon milik Tango, jika stok ikon tidak tersedia. Tema Firefox yang baru untuk Linux juga sangat sesuai dengan tema default GTK.

Fungsi auto-complete juga menjadi jauh lebih baik pada versi beta paling baru ini. Auto-complete boleh bekerja pada tajuk halaman, alamat, atau tag. Selain fungsi ini, Firefox 3 beta 2 juga mempunyai keupyaan yang lebih baik dan pengurangan overhead memori.
Untuk fungsi yang lebih lengkap, sila kunjungi laman web Mozilla.

Dec
23rd

Belajar Berniaga Di Internet

Salam kecerian dan kebahagian.

Selamat kembali ke dunia maya dan perniagaan Internet setelah berehat dari cuti Hari Raya Korban. Semoga cuti anda semua penuh dengan kegembiraan bersama seluruh keluarga. Harap-harap tiada yang terkorban pula ya…he he

Seperti yang di beritakan sebelum ini (macam berita hangat pula), RahsiaKomputer.com akan melancarkan satu produk baru. Apakah produk yang dimaksudkan itu….? nak tahu teruskan membaca. Yang pasti “rahsiakomputer.com nak belajar berniaga pula“.

Sebenarnya, produk yang dimaksudkan ialah produk ebook yang berkaitan dengan Perniagaan Internet. Produk ebook ini di beri tajuk “Belajar Berniaga Di Internet“. Ebook ini di khususkan kepada orang baru (newbie) dan masih belum mempunyai perniagaan Internet.

belajar_berniaga3.gif

Mengapa pula ebook belajar perniagaan internet..? Bukankah telah banyak ebook yang berkaitan dengan perniagaan Internet…? Bukankah banyak maklumat perniagaan di blog-blog dan laman web yang berkaitan dengannya..? dan macam-macam lagi…? Mengapa…?

Ya, memang benar akan kenyataan itu. Namun, atas persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan orang baru dan permintaan dari teman-teman yang ingin belajar berniaga di Internet, maka saya usahakan ebook ini untuk mereka. Selepas ini, diharapkan tiada lagi persoalan yang remeh temeh berkaitan dengan perniagaan di Internet. Ini kerana segalanya telah dikumpulkan di dalam ebook “Belajar Berniaga Di Internet” ini.

Selain itu, mentaliti manusia juga (sebahagian) yang malas dan tidak rajin tidak gemar mencari maklumat yang bertaburan di merata-rata blog dan laman web . Bukan sahaja maklumat itu tidak berapa lengkap, tapi cara itu memenatkan, membuang masa dan memening. Oleh itu, mereka lebih gemar membaca maklumat yang tertumpu atau dengan kata lain telah dikumpulkan dalam satu medium iaitu ebook.

Ebook “Belajar Berniaga Di Internet” dengan 129 muka surat ini dipersembahkan dengan maklumat terkini dan lengkap. Setiap fakta telah diperincikan dengan penerangan dan contoh yang releven. Memang sesuai untuk mereka yang baru hendak memulakan dan seterusnya menjalankan perniagaan Internet.

Kandungan Di Dalam Ebook Ini….

  • Kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet
  • Model-model perniagaan yang dijalankan di Internet. Yang mana satu sesuai untuk anda..?
  • Senarai produk-produk dan perkhidmatan yang boleh anda jalankan jika anda melakukan perniagaan Internet
  • Apakah itu produk E-book..?
  • Anda boleh menjalankan perniagaan Internet walaupun anda tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri
  • Anda juga boleh berniaga tanpa mempunyai laman web sendiri…bagaimana?
  • Langkah-langkah yang perlu untuk memulakan perniagaan Internet
  • Cara pembelian dan pembayaran produk atau perkhidmatan dibuat. Juga cara penghantaran produk itu dilakukan.
  • Penerangan ringkas membina laman web serta perisian yang digunakan.
  • Syarikat pemproses kad kredit
  • Promosi perniagaan Internet anda
  • Strategi perniagaan dan pemasaran yang berkesan.
  • Tindakan segera yang perlu anda lakukan setelah selesai membaca ebook ini. Tindakan untuk memiliki perniagaan Internet sendiri.

Turut disertakan bonus-bonus tambahan yang boleh digunakan untuk membantu anda menjalakan perniagaan di Internet.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk ini KLIK SINI

Selamat berniaga untuk anda semua. Bersama mengejar gelaran usahawan jutawan.

p/s : Klik sini jika anda masih belum mempunyai perniagaan Internet sendiri.

p/s : Bermula pada saat ini, rahsiakomputer.com akan membincangkan secara berperingkat beberapa siri berkaitan dengan Belajar Berniaga Di Internet.