Dec
11th

BIOS - Isyarat Kesilapan

Files under bios, komputer | Posted by admin

Mengenali Rahsia Komputer : BIOS

Sila baca tajuk-tajuk sebelum ini :

Kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan isyarat kesilapan BIOS yang biasanya muncul semasa komputer anda dihidupkan. Berikut adalah beberapa isyarat kesilapan tersebut :

CMOS Battery Failed

Ini bermaksud bateri tersebut lemah atau tidak berfungsi. Ini menyebabkan maklumat penetapan dalam BIOS hilang. Jadi tukar bateri kepada yang baru.

CMOS Checksum Error

Ini mungkin disebabkan kesilapan penetapan pada BIOS. Cuba simpan penetapan dengan memilih “Save & Exit Setup” sebelum keluar. Periksa bateri sama ada ia berfungsi atau tidak.

Keyboard Error

Periksa sama ada papan kekunci disambung dengan betul atau tidak. Ganti papan kekunci jika berlaku kerosakan pada papan kekunci tersebut.

Memori Test Fail

Pastikan kad memori dimasukkan ke dalam slot dengan betul. Bersihkan pin kad memori dengan pemadam atau tukar kad memori jika berlaku kerosakkan.

Floppy Disk Fail

Periksa sama ada wayar pemacu cakera liut dan wayar pembekal kuasa disambung dengan betul. Pastikan pemacu cakera liut tidak mengalami kerosakan.

Primary Master Hard Disk Fail

Pastikan wayar pemacu dan wayar kuasa cakera keras utama disambungkan dengan betul. Periksa BIOS untuk mengenal pasti penetapan cakera keras sepadan dengan pemacu cakera keras.

ERROR…Can’t write ESCD

Fungsi menulis pada ESCD tidak dapat dilakukan. Masuk ke “PnP/PCI Configuration” dan aktifkan fungsi item [Reset Configuration Data].

Disk Boot Failure, Insert System Disk And Press Enter

Periksa sama ada susun atur menghidupkan komputer di dalam BIOS tepat atau tidak. Periksa juga pemacu cakera keras dapat dikesan atau tidak. Pastikan BOOT disk tidak dimasukkan ke dalam cakera liut semasa komputer dihidupkan. Seterusnya periksa sama ada perkakasan yang dihidupkan terlebih dahulu disambungkan dengan tepat atau tidak.


One Response to “BIOS - Isyarat Kesilapan”

  1. By farid on Jul 29, 2008 | Reply

    pc saye tidak dapat memulakan install semasa setup windows xp….
    untuk menekan kekunci f8 to agree bg pemasangan os xp,, keybord tidak dapat mengeluarkan arahan..usually,wht th problum like tht???????????????

Post a Comment