Pernahkah terjadi kepada anda….? Apabila anda cuba untuk memasang pen drive ke komputer anda, proses autorun tidak berjalan dan icon pendrive tidak muncul pada My Computer.
Sepatutnya bila kita memasang pen drive ke komputer, ia akan muncul secara autorun dan pada My Computer ia akan kelihatan seperti gambarajah dibawah.

Namun, dalam keadaan tertentu akan terjadi icon pendrive tidak muncul secara automatik walaupun anda telah refresh (F5) beberapa kali. Berikut diterangkan beberapa langkah yang membolehkan anda mencapai kandungan pen drive tersebut jika berlaku keadaan di atas.
- Buka browser My Computer anda. Pilih “Tools” – “Folder Options..“
- Gambarajah “Folder Options” seperti berikut akan muncul.
- Pilih tab “View” dan pilih “Show hidden files and folders“. Kemudian klik OK.

Jika tiada masalah, sepatutnya icon pen drive pada My Computer akan muncul seperti gambarajah pertama di atas.
Jika icon pen drive itu tidak muncul juga, sila ikuti langkah-langkah berikut :
- Klik kanan pada “My Computer” anda dan pilih “Manage..“.
- Tetingkap “Computer Management” muncul dan pilih “Disk Management“.
- Gambarajah seperti di bawah akan muncul.
- Klik kanan pada pen drive (Removable Disk) dan “Open“

Tetingkap pen drive anda muncul. Sekarang bolehlah anda mencapai maklumat yang terdapat di dalam pen drive anda.
p/s : ini adalah sebahagian dari cara yang pernah saya alami, mungkin anda ada cara atau situasi lain yang boleh dikongsikan bersama.






By Leeza on Dec 13, 2007 | Reply
masalah ni selalu gak terjadi kat saya especially yg lama punya tapi kalau yg baru mmg auto-detect … panduan yang berguna …
By aliza on May 18, 2009 | Reply
tapi kalau kat disk management ngan my computer takda gak camne? walaupun masa plug in pen drive tu windows ada kluarkan sound detect new hardware dan kat systray pun ada nyatakan pendrive, gitu gak dlm device manager, ada pulak mass storage device?
By wAn_Tk(s) on May 23, 2009 | Reply
hallooow..
hahaha…
sya nk tya…
camna nk frmat win vista utk laptop jenis compac presario cq40..???
sya da cba frmat..tp xcmplete install..
plez reply 2 my e-mail k..
huhuhuhu…
(^_^)