MICROSOFT OFFICE 2007 SP1 TELAH DILANCARKAN
Microsoft telah mengeluarkan Service Pack 1 (SP1) untuk Office 2007 pada 11 Desember yang lalu. Anda boleh download dari laman web rasmi Microsoft. Microsoft juga akan menghasilkan SP1 ke pelanggan melalui Windows Update dalam 3 hingga 6 bulan akan datang.

Office 2007 SP1 memiliki pelbagai pembaikan termasuk bug di culculation Excel yang terkenal. Tentunya, bug ini telah diperbaiki, akan tetapi seperti SP Microsoft yang lain, SP1 memiliki semua hotfix yang penting sejak Office 2007 pertama kali dikeluarkan, ditambah beberapa fungsi baru yang lain.SP1 untuk Office 2007 juga memiliki update untuk meningkatkan stabilitinya, sekuriti dan kekuatannya. Anda dapat membaca perubahan lengkapnya di sini.
Klik di sini untuk mendapatkan SP1 dan di sini untuk sumber artikel.
BETA HYPER-V DIKELUARKAN
Microsoft telah menyediakan download untuk versi beta aplikasi virtualisasi Hyper-V. Versi beta ini dapat diguna pakai di versi x64 Windows Server 2008 Enterprise Edition dan dibuat berdasarkan teknologi hypervisor yang beroperasi di sebuah layer di atas harddisk yang memungkinkan pengguna untuk mengoperasikan beberapa operating system sekaligus.

Hyper-V akan menyediakan beberapa fungsi yang Windows Server 2008 yang akan dikeluarkan akhir bulan Februari iaitu Standard, Enterprise dan Datacenter.
Populariti teknologi virtualisasi telah membantu dunia korporat kerana teknologi ini memungkinkan mereka untuk menjimatkan jumlah server yang diguna, mengurangkan kuasa penggunaan dan mengurangkan kos operasi.
Klik di sini untuk sumber artikel.
SERVICE PACK BLOCKER UNTUK VISTA & XP
Microsoft telah mengeluarkan sebuah alat di laman web download-nya yang akan memblok proses installation automatik untuk beberapa service pack yang akan dikeluarkan, termasuk Vista SP1 dan Windows XP SP3.

Alat Windows Service Pack Blocker ToolKit direka untuk kegunaan korporat, terutama syarikat besar dan organisasi besar yang memerlukan percubaan mendalam sebelum mereka menggunakan service pack atau upgrade operating system di seluruh syarikat.
Download ini memiliki tiga versi yang berbeza, iaitu sebuah file EXE, sebuah script dan sebuah group policy template yang mencegah service pack untuk dipasangkan di PC melalui Windows Update.
Microsoft sebelum ini pernah mengeluarkan blocker seperti ini juga, yang terakhir adalah tahun lalu yang mencegah Internet Explorer 7 untuk di-instal di Windows XP. Alat ini tetap membiarkan update lain seperti update sekuriti untuk tetap di-install tanpa sebarang modifikasi.
Klik di sini untuk mendapatkan alat ini dan di sini untuk sumber artikel.





