Dec
20th

Salam Aidil Adha

Files under pengumuman, umum | Posted by admin

Sempena menyambut hari yang mulia ini, pihak rahsiakomputer.com mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Adha – Maaf Zahir & Batin” kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog ini.

kadraya_adha.gif

Pada hari raya korban hari ini, tak dapat nak korban yang besar-besar. Hanya menumbangkan 2 atau 3 ekor lembu dan kerbau ayam untuk bacaan doa selamat dan ucap kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur menyambut perayaan ini. Anda pula apa yang anda korbankan tahun ini…?

Semoga terus dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki di tahun-tahun akan datang. Diharapkan juga semoga perniagaan Internet yang dilakukan akan terus success.

Kepada mereka yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya dan jalan kampung juga ..he he. Jangan pula korbankan diri anda, nanti orang lain sambut raya dengan air mata pula…

PENGUMUMAN

Sempena hari raya ini juga, blog RahsiaKomputer.com akan berehat selama 2 hari….maksudnya tiada posting terbaru dalam masa dua hari tersebut…cuti raya lah katakan. Tapi perniagaan terus berjalan ya…sesiapa yang nak beli produk tu jangan segan silu dan takut-takut. Produk anda akan tetap dihantar tepat pada masanya…

Satu lagi pengumuman penting, selepas raya ni satu produk terbaru dari RahsiaKomputer.com akan diterbitkan… Nak tahu produk apa…???

NANTIKAN HARI PELANCARANNYA…Bila…? TUNGGU….!!!!!

Yang pasti “rahsiakomputer nak belajar berniaga pula…”

OK lah semua, selamat bergumbira dan Selamat Hari Raya


One Response to “Salam Aidil Adha”

  1. By koibito on Dec 21, 2007 | Reply

    selamat raya…

Post a Comment