Mozilla telah melancarkan secara rasminya “Firefox 3 Beta 2” untuk sistem operasi Linux. Ini merupakan langkah besar yang ke sepuluh sepanjang waktu perkembangan Firefox 3 dibangunkan. Versi beta baru yang sudah tersedia pada laman web Mozilla tersebut meliputi banyak peningkatan pada interface dan beberapa fungsi tambahan.

Fungsi
Download Manager telah secara penuh dibuat semula daripada
Firefox 3 dengan memasukkan ciri-ciri untuk melakukan pencarian melalui
download sebelumnya dan meneruskan proses
download yang terhenti di tengah jalan. Memang fungsi tersebut sudah ada pada versi beta sebelumnya, namun fungsi ini terus mendapatkan peningkatan seperti kestabilan dalam penggunaannya. Dalam pelancaran kali ini,
domain dari laman web di mana file tersebut berasal, akan ditampilkan bersamaan dengan setiap
entry pada
download manager.Walaupun begitu, gaya visual baru Firefox untuk Windows dan Mac OS X belum di keluarkan lagi. Hanya Linux yang telah mendapatkan penampilan visual yang baru ini. Pada Linux, Firefox akan mengadaptasi ikon-ikon dari tema ikon GNOME dan menggunakan tambahan dari ikon milik Tango, jika stok ikon tidak tersedia. Tema Firefox yang baru untuk Linux juga sangat sesuai dengan tema
default GTK.

Fungsi
auto-complete juga menjadi jauh lebih baik pada versi beta paling baru ini.
Auto-complete boleh bekerja pada tajuk halaman, alamat, atau
tag. Selain fungsi ini,
Firefox 3 beta 2 juga mempunyai keupyaan yang lebih baik dan pengurangan
overhead memori.

Untuk fungsi yang lebih lengkap, sila kunjungi laman web
Mozilla.