Dec
28th

Nvidia Keluarkan NForce 700 Baru

Files under komputer, perkakasan | Posted by admin

Chipset seri nForce 700 terbaru Nvidia telah dilancarkan pada 19 Desember yang lalu dengan beberapa fungsi baru dan sokongan untuk Penryn. Chipset 780i baru ini direka untuk berhubung langsung dengan X38 dari Intel yang juga menawarkan sokongan PCIe 2.0 sebanyak 32 jalur, 8 jalur audio HD dan jumlah sambungan USB 2.0 yang besar (12 untuk X38, 10 untuk 780i).

Walaupun 780i secara rasminya hanya menyokong DDR2-800, review dari Tech Report mengatakan bahawa memori controller Nvidia sebenarnya mampu beroperasi pada kepantasan DDR-1200. Sebagai tambahan, 780i menyokong konfigurasi SLI tiga arah, walaupun nampaknya ada beberapa isu dengan skalabilitas kinerja, seperti yang dibincangkan di bawah ini.

Image Hosted by ImageShack.us
Dari segi design sebenarnya, seri nForce 700 nampak seakan-akan sedikit tidak teratur. Sokongan PCIe 2.0 chipset ini dimungkinkan oleh bridge chip nForce 200 baru yang berada di antara 780i SPP dan slot PCIe 2.0. Walaupun nForce 200 memiliki bandwidth sebesar 32GBps secara penuh dengan dua buah jalur PCIe 2.0 x16, akan tetapi chip itu berhubung dengan 780i SPP melalui sebuah jalur x16 yang hanya memiliki bandwidth total 14.4GBps. Menurut Nvidia, perbezaan ini tidak menjadi masalah kerana kemampuan nForce 200 yang dapat menangani komunikasi GPU to GPU tanpa mengirimkan data kembali ke north bridge.

Klik di sini untuk melihat review Tech Report.

Post a Comment