Salam kecerian dan kebahagian.
Selamat kembali ke dunia maya dan perniagaan Internet setelah berehat dari cuti Hari Raya Korban. Semoga cuti anda semua penuh dengan kegembiraan bersama seluruh keluarga. Harap-harap tiada yang terkorban pula ya…he he
Seperti yang di beritakan sebelum ini (macam berita hangat pula), RahsiaKomputer.com akan melancarkan satu produk baru. Apakah produk yang dimaksudkan itu….? nak tahu teruskan membaca. Yang pasti “rahsiakomputer.com nak belajar berniaga pula“.
Sebenarnya, produk yang dimaksudkan ialah produk ebook yang berkaitan dengan Perniagaan Internet. Produk ebook ini di beri tajuk “Belajar Berniaga Di Internet“. Ebook ini di khususkan kepada orang baru (newbie) dan masih belum mempunyai perniagaan Internet.

Mengapa pula ebook belajar perniagaan internet..? Bukankah telah banyak ebook yang berkaitan dengan perniagaan Internet…? Bukankah banyak maklumat perniagaan di blog-blog dan laman web yang berkaitan dengannya..? dan macam-macam lagi…? Mengapa…?
Ya, memang benar akan kenyataan itu. Namun, atas persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan orang baru dan permintaan dari teman-teman yang ingin belajar berniaga di Internet, maka saya usahakan ebook ini untuk mereka. Selepas ini, diharapkan tiada lagi persoalan yang remeh temeh berkaitan dengan perniagaan di Internet. Ini kerana segalanya telah dikumpulkan di dalam ebook “Belajar Berniaga Di Internet” ini.
Selain itu, mentaliti manusia juga (sebahagian) yang malas dan tidak rajin tidak gemar mencari maklumat yang bertaburan di merata-rata blog dan laman web . Bukan sahaja maklumat itu tidak berapa lengkap, tapi cara itu memenatkan, membuang masa dan memening. Oleh itu, mereka lebih gemar membaca maklumat yang tertumpu atau dengan kata lain telah dikumpulkan dalam satu medium iaitu ebook.
Ebook “Belajar Berniaga Di Internet” dengan 129 muka surat ini dipersembahkan dengan maklumat terkini dan lengkap. Setiap fakta telah diperincikan dengan penerangan dan contoh yang releven. Memang sesuai untuk mereka yang baru hendak memulakan dan seterusnya menjalankan perniagaan Internet.
Kandungan Di Dalam Ebook Ini….
- Kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet
- Model-model perniagaan yang dijalankan di Internet. Yang mana satu sesuai untuk anda..?
- Senarai produk-produk dan perkhidmatan yang boleh anda jalankan jika anda melakukan perniagaan Internet
- Apakah itu produk E-book..?
- Anda boleh menjalankan perniagaan Internet walaupun anda tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri
- Anda juga boleh berniaga tanpa mempunyai laman web sendiri…bagaimana?
- Langkah-langkah yang perlu untuk memulakan perniagaan Internet
- Cara pembelian dan pembayaran produk atau perkhidmatan dibuat. Juga cara penghantaran produk itu dilakukan.
- Penerangan ringkas membina laman web serta perisian yang digunakan.
- Syarikat pemproses kad kredit
- Promosi perniagaan Internet anda
- Strategi perniagaan dan pemasaran yang berkesan.
- Tindakan segera yang perlu anda lakukan setelah selesai membaca ebook ini. Tindakan untuk memiliki perniagaan Internet sendiri.
Turut disertakan bonus-bonus tambahan yang boleh digunakan untuk membantu anda menjalakan perniagaan di Internet.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk ini KLIK SINI
Selamat berniaga untuk anda semua. Bersama mengejar gelaran usahawan jutawan.
p/s : Klik sini jika anda masih belum mempunyai perniagaan Internet sendiri.
p/s : Bermula pada saat ini, rahsiakomputer.com akan membincangkan secara berperingkat beberapa siri berkaitan dengan Belajar Berniaga Di Internet.







5 Trackback(s)