SIRI 1 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET
Salam usahawan jutawan untuk para pejuang dalam perniagaan Internet.
Seperti yang dijanjikan, rahsiakomputer.com akan memberikan beberapa siri penerangan berkaitan dengan Perniagaan Internet berdasarkan ebook Belajar Berniaga Di Internet. Ini adalah siri pertama terebut yang bertajuk “Kelebihan Perniagaan Internet“.
Mengapa semakin ramai orang yang ingin menjalankan perniagaan Internet..? Tidak lain tidak bukan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam Perniagaan Internet. Apakah kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet sehinggakan semakin ramai orang berebut-rebut untuk memiliki perniagaan Interent sendiri..?
Sebelum kita membincangkan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan perniagaan Internet, apa kata kita menyelusuri dahulu tentang pengenalan perniagaan internet itu sendiri. Apakah itu perniagaan internet..?
Secara umumnya, perniagaan internet adalah perniagaan yang dijalankan di Internet. Maksudnya proses jual beli sesuatu produk atau perkhidmatan itu berjalan secara online iaitu melalui internet. Manakala usahawan internet pula adalah mereka yang menjalankan perniagaan Internet tersebut.
Perniagaan Internet merupakan perniagaan yang berkembang dengan pesat sekali pada masa kini. Semakin ramai usahawan internet menceburkan diri di dalam bidang ini dan ada di antara mereka yang memperolehi pendapatan yang lumayan sehinggakan ada yang telah menjadi jutawan.
Dari tahun ke tahun, pelayar cyber semakin bertambah di seluruh dunia. Untuk bulan Mac 2006 sahaja, sejumlah 694 juta pengguna internet di seluruh dunia yang telah direkodkan oleh “ComScore World Matrix“.

Jupiter Research pula menganggarkan jualan internet di dunia mencecah USD1000 bilion untuk tahun 2005. Tantunya angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Daripada statistik tersebut, sudah tiba masanya anda memulakan langkah pertama untuk memiliki perniagaan internet sendiri. Tidak mustahil di masa akan datang anda juga boleh menjadi usahawan jutawan.
Kembali kepada penerangan asal posting ini iaitu kelebihan yang bila kita melakukan perniagaan internet. Mengapa anda perlu tahu akan kelebihan perniagaan Internet. Ini supaya anda lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk melakukan perniagaan tersebut.
Berikut beberapa kelebihan yang ada dalam perniagaan internet.
- Tidak Memerlukan Modal Yang Besar - Dengan melaksanakan perniagaan Internet, anda tidak memerlukan modal ribuan ringgit. Hanya dengan Rm100 sehingga Rm200, anda sudah boleh menjalankan perniagaan sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa. Di sesetengah keadaan, anda mungkin tidak memerlukan modal walau satu sen pun untuk menjalankan perniagaan.
- Kos Pemasaran Rendah atau Percuma - Anda hanya menggunakan modal yang sedikit untuk tujuan promosi. Malahan anda juga boleh melakukan promosi dengan PERCUMA.
- Pelanggan Di Seluruh Dunia - Memandangkan internet merupakan dunia tanpa sempadan, maka pelenggan untuk perniagaan Internet adalah dari seluruh dunia. Pelanggan yang luas ini membolehkan anda memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda dan lumayan.
- Tidak Memerlukan Kedai & Stok - Anda tidak memerlukan tapak dan kedai secara nyata untuk menjalankan perniagaan. Anda juga tidak memerlukan simpanan stok jika anda menjual produk digital atau perkhidmatan. Segala tapak, kedai dan stok berada di hosting anda.
- …untuk kelebihan-kelebihan yang selanjutnya, KLIK SINI.
Daripada kelebihan-kelebihan ini, sudah tentu anda berniat atau teringin untuk memiliki perniagaan Internet sendiri. Yang lebih penting anda tentu ingin memperolehi pendapatan sampingan yang cukup lumayan. Oleh itu, segalanya terletak pada kelebihan perniagaan Internet itu sendiri.
Apa yang anda tunggu lagi…mulakan perniagaan Internet anda sekarang dengan memiliki ebook “Belajar Berniaga Di Internet“.
“Bersama mengejar gelaran usahawan jutawan”
p/s : Ebook ini sesuai untuk anda yang masih baru dan belum mempunyai perniagaan Internet anda sendiri.







By lena on Jan 10, 2008 | Reply
oks bgt………….