Jan
25th

Profuk E-Book

SIRI 4 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET

Produk e-book adalah produk yang banyak dijual di Internet masa kini. Kebanyakan daripada usahawan Internet sekarang lebih cenderung menghasilkan produk e-book dan menjualnya melalui Internet. Kelebihan-kelebihan dalam menghasilkan e-book ini menjadikannya begitu popular diniagakan di peringkat antarabangsa.

Apa itu ebook?

E-book atau dalam bahasa kita di sebut buku electronik (electronic book) adalah sama sahaja dengan konsep sebuah buku konvensional. Ia mempunyai isi kandungan atau maklumat dan bahan bertulis yang boleh dibaca oleh pembaca.

Bezanya e-book ini tidak terdapat dalam bentuk “kulit keras” seperti buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku sekarang. E-book adalah dalam bentuk digital dan kebanyakan ia dihasilkan dalam bentuk format “.pdf” atau “.exe”. E-book dalam bentuk format .pdf boleh dibaca dengan menggunakan aplikasi Acrobat Reader.

 

wordtopdf.jpg

Memandangkan e-book adalah dalam bentuk digital, maka ianya boleh dipasarkan secara online ke seluruh dunia. Ini menjadikan produk e-book ini mempunyai potensi pasaran yang menggalakkan dan perniagaan e-book ini sangatlah menguntungkan. Semuanya amat mudah apabila anda sendiri mempunyai produk e-book sendiri.

Lihat produk ebook di RahsiaKomputer.com di sini.

Post Sebelum Ini

 

Jan
23rd

Cara Meningkatkan Konsentrasi Anda

Dalam konsentrasi, kita mengumpulkan semua energi yang terpencar untuk fokus hanya kepada satu perkara. Apabila kita benar – benar menguasainya, konsentrasi memiliki manfaat yang luar biasa terhadap hidup kita. Konsentrasi dapat meningkatkan produktiviti dan memberikan ketenangan fikiran. Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan konsentrasi anda.

SIRI 2

Meditasi

Meditasi, nyata dapat meningkatkan kekuatan konsentrasi. Sebenarnya pada saat kita mencoba untuk meditasi, hal penting yang harus pertama kita kuasai adalah konsentrasi. Meditasi setiap hari dapat memberikan kita kesempatan untuk melatih teknik konsentrasi. Hal ini dapat dilakukan dengan mengkonsentrasikan pikiran kepada satu lilin atau hanya mengkonsentrasikan pernafasan. Latihan ini sangat sederhana, namun efektif.

Rehat Yang Cukup

Konsentrasi terhadap satu perkara untuk waktu yang lama sangatlah memenatkan. Apabila kita konsentrasi kepada satu tugas untuk satu jam, kita kemudian dapat melanjutkan kepada satu kerja yang lainnya. Perubahan aktiviti ini membuatkan kita akan merasa penat dan lelah untuk melakukan kerja secara konsentrasi. Walaupun anda masih mampu untuk menggunakan sifat – sifat lain, konsentrasi tidak akan datang sepenuhnya. Oleh sebab itulah kita perlu mempertahankan kekuatan konsentrasi dengan rehat yang mencukupi.

Keadaan Fizikal

Kekuatan konsentrasi juga bergantung kepada keadaan fizikal kita. Apabila kita merasa lelah atau kurang sehat, konsentrasi akan menjadi lebih susah. Konsentrasi tentu sahaja masih dapat dilakukan, hanya saja akan menjadi lebih menyusahkan.

Namun kita harus mencuba membuat hidup lebih mudah untuk diri kita sendiri; kita harus memberikan kepentingan kepada kesihatan kita – cukup tidur, jaga tubuh agar tetap fit. Olahraga membantu kita untuk meningkatkan konsentrasi. Mengurangi berat badan, menjernihkan fikiran dan menciptakan kekuatan juga akan dapat membantu menghadikan konsentrasi. Apabila Anda merasa susah untuk berkonsentrasi, anda perlu menjadikan tubuh yang sehat dan olahraga dijamin akan membantu meningkatkan kekuatan konsentrasi.

Post Sebelum Ini

Jan
21st

Kosongkan Temporary Internet Files Secara Berkala

TIPS 2 : TIPS MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Cara ini hampir sama dengan Temp directory, hanya bezanya kandungannya adalah gambar dan cookies ketika melayari internet. Setiap kali anda membuka website, browser anda akan membina list ke dalam temporary Internet files.

Sebenarnya, bila anda membuka sesuatu laman web yang mempunyai banyak gambar dan list, ia biasanya akan memakan masa yang agak lambat untuk dipaparkan. Ini ditambah lagi bila anda memiliki sambungan dial-up, pastinya proses tersebut boleh membuatkan anda marah.

Oleh itu, dengan Temporary Internet Files, jika list laman web dan gambar pernah anda lawati sebelum ini, ia akan mempercepatkan proses laman web tersebut dipaparkan semula. Ini kerana, browser akan mencari terlebih dahulu maklumat laman web yang sudah ada di dalam Temporary Internet Files untuk dipaparkan.

Di situasi lain, jika anda memiliki broadband Internet connection (highspeed CableModem, DSL, Wireless, etc.), dan anda ingin proses lebih cepat ketika browsing Internet, anda perlu menghapus Temporary Internet Files secara berkala. Ini kerana Temporary Internet Files sedikit sebanyak boleh mengganggu kelancaran komputer anda.

Untuk mengosongkan Temporary Internet Files, pergi ke Control Panel, klik Start – Setting – Control Panel (atau untuk XP, Start – Control Panel). Seterusnya klik dua kali ikon Internet Options. Pilih “Delete Cookies” atau “Delete…”. Cara ini akan membersihkan kandungan Temporary Internet Files. Lihat Gambarajah di bawah.

internetproperties.gif

Untuk membenarkan Internet Explorer sentiasa memeriksa image dan kandungan setiap laman web yang dilawati, klik butang Setting (gambarajah diatas) – pilih “Every Visit to the Webpage”. Pilihan ini membolehkan IE download secara automatic setiap image dan kandungan tanpa melihat list di dalam Temporary Internet Files. Cara ini sesuai jika anda mempunyai talian internet yang laju. Apapun, jangan lupa delete fail di dalan folder Temporary Internet Files secara berkala.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

Jan
18th

Produk Dan Perkhidmatan

SIRI 3 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET

Terdapat pelbagai jenis produk atau perkhidmatan yang boleh anda lakukansebagai satu sumber pendapatan. Produk atau perkhidmatan ini boleh dijadikan satu perniagaan di Internet dan dipromosikan ke seluruh dunia.

Dalam melakukan perniagaan internet, anda perlu memilih produk yang dbetul betul boleh dijual dan mempunyai permintaaan yang tinggi. Biasanya produk yang mempunyai permintaan yang tinggi ialah produk yang berbentuk informasi dan boleh menyelesaikan masalah orang lain.

Begitu juga dengan perkhidmtan yang anda sediakan mestilah yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain. Selain itu, perkhidmatan perlulah bergantung kepada kemahiran yang anda miliki. Kemahiran dan minat yang mendalam boleh menjadikan perniagaan berbentuk perkhidmatan mendapat permintaan yang tinggi.

Berikut disenaraikan beberapa jenis produk dan perkhidmatan yang boleh anda ceburi untuk memulakan perniagaan (perniagaan internet) :

  • Menjual produk pendidikan dalam bentuk ebook
  • Mempromosikan peluang pelaburan hartanah dan pelaburan saham
  • Mempromosi program affiliate yang banyak terdapat di Internet
  • Menjual produk kesihatan dan produk kecantikan
  • Menjual produk dan khidmat pelancongan
  • Mempromosi program-program MLM dan menaja downline secara online
  • …..dan sebagainya.

Itu adalah sebahagian daripada produk dan perkhidmatan yang boleh anda lakukan di Internet sebagai perniagaan.

Anda boleh memilih salah satu atau semua daripada bentuk produk dan perkhidmatan itu. Namun, harus diingat bahawa yang lebih penting bagaimana anda ingin menjalankan perniagaan tersebut dengan jayanya.

Tidak lain tidak anda perlu mendapatkan produk “Belajar Beniaga Di Internet”.

Post Sebelum Ini

Jan
16th

Cara Meningkatkan Konsentrasi Anda

Dalam konsentrasi, kita mengumpulkan semua energi yang terpencar untuk fokus hanya kepada satu perkara. Apabila kita benar – benar menguasainya, konsentrasi memiliki manfaat yang luar biasa terhadap hidup kita. Konsentrasi dapat meningkatkan produktiviti dan memberikan ketenangan fikiran. Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan konsentrasi anda.

SIRI 1

Fokus

    Konsentrasi bererti kita dapat memfokuskan fikiran kepada satu perkara. Konsentrasi mencakupi konsentrasi dalam tulisan dan menyelesaikan masalah. Apapun aktiviti kita, kretiria yang paling penting adalah untuk fokus, konsentrasi dan hasil kepada aktiviti yang sedang dilakukan. Konsentrasi akan menjadi tidak bererti apabila kita diganggu oleh beberapa hal lain pada masa yang sama.

    Untuk dapat berkonsentrasi, kita harus berhenti mencuba melakukan beberapa hal pada masa yang sama. Apabila Anda menulis suatu artikel, jangan memikirkan akan perkara lain di luar skop yang ingin ditulis. Apabila kita dapat fokus, kita akan boleh mendapatkan intensiti luar biasa yang akan membuat kita menyelesaikan tugas – tugas dengan lebih cepat.

    Belajar Kontrol Fikiran

      Batu penghalang yang utama terhadap konsentrasi adalah gangguan yang tidak diinginkan yang muncul dalam fikiran kita. Gangguan ini akan menghalang usaha kita untuk mencapai konsentrasi penuh. Penyelesaiannya adalah belajar untuk mengontrol dan menenangkan fikiran kita. Hal pertama yang harus diperhatikan adalah kita tidak memiliki pilihan untuk menerima atau menolak fikiran; jangan sampai kita merasa menjadi korban dari fikiran kita sendiri.

      Hal kedua adalah kita harus mengawasi fikiran kita secara sedar dan mencegah diri kita agar tidak terpengaruh dengan gangguan apapun yang dapat mempengaruhi konsentrasi kita. Pada saat kita memulakan suatu kerja, sangatlah mudah untuk bermimpi dan kehilangan fokus. Yang kita perlukan adalah ketekunan untuk berkonsentrasi tanpa fikiran yang mengganggu. Apabila kita memiliki keinginan itu, konsentrasi akan menjadi lebih mudah.

      Praktikal

        Konsentrasi adalah merupakan suatu aktiviti. Tentu sahaja, semakin kita mempraktikkan dan melatih diri terhadap sesuatu perkara, akan semakin baik pula kemampuan konsentrasi kita. Kita tentunya tidak mengharapkan untuk boleh menjadi hebat tanpa latihan.

        Sama juga halnya dengan konsentrasi. Konsentrasi adalah seperti otot tubuh, semakin kita melatihnya, maka akan semakin kuat pula jadinya. Memang tidak ada latihan khusus yang spesifik untuk konsentrasi, namun hidup memberikan begitu banyak kesempatan bagi kita untuk melatih konsentrasi. Kuncinya adalah untuk selalu mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemampuan konsentrasi.

        p/s : Tunggu SIRI 2 akan datang.

        Jan
        15th

        Menarik Tentang My Space

        Files under umum | Leave a Comment

        MySpace merupakan rangkaian portal yang cukup porpular. Dengan MySpace, pengguna boleh berkongsi foto, blog, profil peribadi, kumpulan, system email dan seterusnya membuat rangkaian kumpulan yang mempunyai minat serta kecenderungan yang sama.

         

        myspacehomepage.jpg

        1. Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Alexa Rating, pada tahun 2006 My Space menjadi rangkaian yang paling berpengaruh meninggalkan rangkaian komuniti lain seperti Friendster, LiveJournal, FaceBook, Bebo dan Yahoo 360.
        2. My Space yang didominasi oleh kebanyakkannya remaja menjadi medium utama untuk mereka mencari identity, menyuarakan pendapat, berkongsi minat dan mencari kenalan tanpa sempadan.
        3. Menjadi plateform kepada kumpulan-kumpulan muzik ataupun pemuzik untuk mengetengahkan hasil karya mereka ke peringkat antarabangsa tanpa memerlukan kos yang tinggi.
        4. My Space yang dibeli oleh News Corporation bukan sahaja dapat memindahkan trafik ke laman web miliknya, tetapi turut memudahkan mereka mengkaji pasaran semasa.
        5. Pengguna My Space juga turut meliputi ahli perniagaan yang ingin mengembangkan rangkaian dan juga ahli di dalam perniagaan mereka. Oleh itu, adalah satu peluang yang baik untuk usahawan tempatan turut serta dalam komuniti ini…

        Ciri-Ciri My Space :

        • Pendaftaran percuma
        • Mudah di kendalikan dan mesra pengguna
        • Ada ruang untuk blog
        • Ruangan untuk berforum
        • Mempunyai kemudahan membuat masej segera
        • Ada ruang untuk meletakkan foto dan video klip
        • Boleh menambah ahli baru di dalam komuniti

        p/s : Kini telah banyak komuniti yang porpular seperti ini. Penerangan ini hanya berkongsi maklumat untuk semua.