Benarkah kenyataan yang mengatakan bahawa ramai di antara manusia yang tidak mahir berfikir…mereka hanya boleh membaca dan bercakap apa yang mereka lihat dan dengar. Mereka tidak gemar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang memerlukan satu pemikiran yang kreatif.
Apakah pula yang dikatakan kemahiran berfikir itu..? atau dengan kata lain apakah yang dikatakan sebagai orang yang pintar..?

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan di dalam bukunya yang bertajuk “Belajar Berfikir“, – “Orang pintar ialah orang yang berfikir secara reaktif. Dia pandai dan mahir untuk menyelesaikan masalah, cekap bermain chess dan lulus peperiksaan. Dia juga pandai mengemukakan kritikan-kritikan tajam dan mahir membuat penilaian perseptif“.
Apakah anda suka teka – teki sulit yang menguji kemahiran berfikir anda…? Satu teka-teki daripada Einstein, dia mengatakan bahawa 98% populasi dunia tidak mampu menyelesaikan teka – teki ini. Cubalah teka-teki ini jika anda benar-benar ingin menguji kemahiran berfikir anda!
Ada 5 rumah yang masing – masing memiliki warna berbeza. Pemilik ke lima-lima rumah ini masing – masing memiliki kewarganegaraan yang berbeza, menyukai minuman yang berbeza, brand rokok yang berbeza dan memiliki binatang perliharaan yang berbeza. Tidak ada pemilik rumah yang memiliki binatang peliharaan, menyukai brand rokok atau pun minuman yang sama.
Petunjuknya adalah:
- Orang Inggeris tinggal di rumah berwarna merah.
- Orang Sweden memelihara anjing.
- Orang Denmark minum teh.
- Rumah hijau terletak di sebelah kanan rumah berwarna putih.
- Pemilik rumah hijau minum kopi.
- Orang yang merokok Pall Malls memelihara burung.
- Pemilik rumah kuning merokok Dunhill.
- Orang yang tinggal di rumah paling tengah minum susu.
- Orang Norwegia tinggal di rumah pertama.
- Orang yang merokok Blends tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
- Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
- Orang yang merokok Bluemasters minum bir.
- Orang Jerman merokok Prince.
- Orang Norwegia tinggal di sebelah rumah biru.
- Orang yang merokok Blends memiliki tetangga yang minum air.
Persoalannya : Siapa yang memelihara ikan?
Ha…apa lagi, kalau anda orang yang benar-benar pintar, berikan saya jawapan itu.
Selamat mencoba
p/s : Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan teka-teki ini. Adakah anda boleh menjawabnya dengan mudah. Nak tahu…cubalah. Jangan jadi gila sudahlah.. he he
p/p/s : Sila beri jawapan pada ruangan komen. Jawapan sebenarnya akan diberikan kemudian.






By kita on Jan 3, 2008 | Reply
fuhh memang boleh jadi giler-giler ni nak selesai teka teki ni
By admin on Jan 3, 2008 | Reply
memang betul…. saya dua hari baru boleh dapat jawab teka-teki ini
Sesiapa yang sudi jawab sila tolong jawab ye…
Ahad ni baru saya bagi jawapannya…ho ho
By rostioni on Mar 29, 2008 | Reply
orang yang punya tambak ikan lah……
By ct on Sep 12, 2008 | Reply
salam…agak susah gak..gila 2 tidak lah..kena fikir lama…saya fikir dulu nanti saya jawab..nak save dulu soalan nie..
By brat.pidd on Feb 3, 2009 | Reply
German
By zeeone23 on Feb 5, 2009 | Reply
aku laaaaaa