Jan
5th

Model-Model Perniagaan Internet

Files under perniagaan internet | Posted by admin

SIRI 2 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET

Terdapat beberapa bentuk atau model perniagaan yang dijalankan di internet. Model perniagaan inilah yang dipraktikkan oleh kebanyakkan usahawan-usahawan internet sehingga ada dikalangan mereka yang telah bergelar jutawan.

Anda perlu mengetahui model-model perniagaan ini supaya anda tahu yang manakah model perniagaan yang lebih sesuai untuk perniagaan anda. Dalam model perniagaan ini, ada yang mudah dan ada yang memerlukan kemahiran komputer dan teknologi maklumat. Adalah satu kelebihan bila anda mempunyai sedikit pengetahuan di dalam bidang komputer dan teknologi maklumat ini.

Berikut beberapa model atau jenis perniagaan yang biasa dijalankan di dalam perniagaan internet.

  • Menjual Produk Digital - Menjalankan perniagaan dangan menjual produk-produk digital seperti ebook, software, audio, video dan sebagainya.
  • Menjual Produk Affiliate - Perniagaan yang dijalankan dengan mempromosikan produk orang lain. Setiap jualan yang berjaya dibuat akan di bayar komisen.
  • Perkhidmatan Ruang Iklan - Menjual dan menyedikan ruang iklan di laman web atau blog anda dengan bayaran tertentu.
  • Menjalankan Perniagaan Internet MLM - Menjalankan perniagaan berbentuk rangkaian atau Multi Lever Marketing (pemasaran bertingkat)
  • ….model-model lain, KLIK SINI

software_main1.jpg

Sebenarnya banyak lagi model-model dan bentuk perniagaan yang boleh dijalankan dan telah dijalankan di Internet.Oleh itu, model yang manakah sesuai dengan anda…?

Untuk menjalankan perniagaan Internet, anda perlulah memilih sekurang-kurangnya satu daripada model tersebut. Kemudian tumpukan perhatian terhadap model perniagaan yang anda pilih supaya anda memperolehi hasil yang lumayan.

Untuk maklumat lanjut klik sini.

p/s : Anda boleh menjalankan semua model perniagaan tersebut jika anda mampu…Saya memang tak mampu punya…satu dua model bolehlah….he he.

Post Sebelum Ini

Post a Comment