MySpace merupakan rangkaian portal yang cukup porpular. Dengan MySpace, pengguna boleh berkongsi foto, blog, profil peribadi, kumpulan, system email dan seterusnya membuat rangkaian kumpulan yang mempunyai minat serta kecenderungan yang sama.

- Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Alexa Rating, pada tahun 2006 My Space menjadi rangkaian yang paling berpengaruh meninggalkan rangkaian komuniti lain seperti Friendster, LiveJournal, FaceBook, Bebo dan Yahoo 360.
- My Space yang didominasi oleh kebanyakkannya remaja menjadi medium utama untuk mereka mencari identity, menyuarakan pendapat, berkongsi minat dan mencari kenalan tanpa sempadan.
- Menjadi plateform kepada kumpulan-kumpulan muzik ataupun pemuzik untuk mengetengahkan hasil karya mereka ke peringkat antarabangsa tanpa memerlukan kos yang tinggi.
- My Space yang dibeli oleh News Corporation bukan sahaja dapat memindahkan trafik ke laman web miliknya, tetapi turut memudahkan mereka mengkaji pasaran semasa.
- Pengguna My Space juga turut meliputi ahli perniagaan yang ingin mengembangkan rangkaian dan juga ahli di dalam perniagaan mereka. Oleh itu, adalah satu peluang yang baik untuk usahawan tempatan turut serta dalam komuniti ini…
Ciri-Ciri My Space :
- Pendaftaran percuma
- Mudah di kendalikan dan mesra pengguna
- Ada ruang untuk blog
- Ruangan untuk berforum
- Mempunyai kemudahan membuat masej segera
- Ada ruang untuk meletakkan foto dan video klip
- Boleh menambah ahli baru di dalam komuniti
p/s : Kini telah banyak komuniti yang porpular seperti ini. Penerangan ini hanya berkongsi maklumat untuk semua.





