Jan
21st

Kosongkan Temporary Internet Files Secara Berkala

Files under komputer, panduan & tips, tutorial | Posted by admin

TIPS 2 : TIPS MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Cara ini hampir sama dengan Temp directory, hanya bezanya kandungannya adalah gambar dan cookies ketika melayari internet. Setiap kali anda membuka website, browser anda akan membina list ke dalam temporary Internet files.

Sebenarnya, bila anda membuka sesuatu laman web yang mempunyai banyak gambar dan list, ia biasanya akan memakan masa yang agak lambat untuk dipaparkan. Ini ditambah lagi bila anda memiliki sambungan dial-up, pastinya proses tersebut boleh membuatkan anda marah.

Oleh itu, dengan Temporary Internet Files, jika list laman web dan gambar pernah anda lawati sebelum ini, ia akan mempercepatkan proses laman web tersebut dipaparkan semula. Ini kerana, browser akan mencari terlebih dahulu maklumat laman web yang sudah ada di dalam Temporary Internet Files untuk dipaparkan.

Di situasi lain, jika anda memiliki broadband Internet connection (highspeed CableModem, DSL, Wireless, etc.), dan anda ingin proses lebih cepat ketika browsing Internet, anda perlu menghapus Temporary Internet Files secara berkala. Ini kerana Temporary Internet Files sedikit sebanyak boleh mengganggu kelancaran komputer anda.

Untuk mengosongkan Temporary Internet Files, pergi ke Control Panel, klik StartSetting Control Panel (atau untuk XP, StartControl Panel). Seterusnya klik dua kali ikon Internet Options. Pilih “Delete Cookies” atau “Delete…”. Cara ini akan membersihkan kandungan Temporary Internet Files. Lihat Gambarajah di bawah.

internetproperties.gif

Untuk membenarkan Internet Explorer sentiasa memeriksa image dan kandungan setiap laman web yang dilawati, klik butang Setting (gambarajah diatas) – pilih “Every Visit to the Webpage”. Pilihan ini membolehkan IE download secara automatic setiap image dan kandungan tanpa melihat list di dalam Temporary Internet Files. Cara ini sesuai jika anda mempunyai talian internet yang laju. Apapun, jangan lupa delete fail di dalan folder Temporary Internet Files secara berkala.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

Post a Comment