Inovasi dan penciptaan sesuatu produk memang tidak ada habisnya, tetapi tidak semuanya menghasilkan sesuatu yang baik. Di bawah ini adalah beberapa produk yang dikatakan teknologi terburuk beserta alasannya mengapa ianya dikategorikan sebagai terburuk.
1. Sinclair C5
Kendaraan elektrik ramah pengguna merupakan produk pertama yang dihasilkan oleh Massal dan dilancarkan pada tahun 1985. Dengan harga £399 anda hanya dapat kendaraan yang berkelajuan maksimum 15mph, tanpa atap, jarak kursi ke pedal gas yang tidak dapat diubah dan mesin yang akan overheat jika digunakan untuk menaiki bukit.

Produk dengan nilai harga terendah di CNET.co.uk… Design yang buruk, tanpa internal memori dan kualiti suara yang buruk membuatnya masuk sebaris produk yang terburuk. Pemain MP3 ini harus digunakan bersama dengan sebuah kad SD tambahan.

Pada awal 2005 Gizmondo dilancarkan yang memiliki fungsi menarik seperti kemampuan mengirim pesanan teks, kamera digital dan fungsi GPS. Anda akan mendapatkan potongan dari harga asalnya iaitu £229 jika anda boleh menayangkan iklan di Gizmondo selama anda bermain (yang mereka sebut dengan istilah Smart Ads). Tetapi sayangnya, memandangkan permainan di dalamnya yang tidak menarik, maka setelah setahun pelancarannya, produser Gizmondo yaitu Tiger Telematics, jatuh bangkap dan kini tidak ada lagi game yang dikembangkan, Smart Ads sudah tidak berfungsi lagi, dan Gizmondo kini hanya menjadi monumen kegagalan.

Dicipta pada tahun 1996 oleh Aki Maita, Tamagotchi menghasilkan keuntungan yang sangat besar untuk produsernya iaitu Bandai. Pada masa itu Tamagotchi adalah permainan yang harus dimiliki anak-anak di seluruh dunia. Tetapi mengapa Tamagotchi dianggap sebagai produk terburuk? Kerana Tamagotchi sangatlah mengganggu. Mainan ini mengganggu pelajaran sekolah di seluruh dunia, menyebabkan pergaduhan dan perkelahian, juga menggangu dan membangunkan anda di subuh hari untuk membersihkan kotoran digitalnya.

Apple mempakejkan mouse ini dengan iMac G3 ditahun 1998. Mouse ini memiliki sebuah tombol yang susah ditemui saat anda menggunakannya dan anda tidak akan tahu ke mana arah yang ditunjuk oleh mouse ini. Tetapi mouse ini memberikan sebuah anjakan teknologi baru, iaitu sebagai mouse yang pertama menggunakan kabel USB. Mouse ini dihentikan pengeluarannya pada tahun 2000.

Dilancarkan pada tahun 1993 untuk bersaing dengan permainan dari Sega dan Nintendo. Jaguar merupakan kegagalan yang menyebabkan Atari meninggalkan dunia penghasilan hardware. Seharusnya produk ini menjadi mesin yang lebih superior dibandingkan saingan lainnya (ini kerana pada masa itu Jaguar satu-satunya konsol 64-bit). Software Jaguar ternyata sukar untuk dikembangkan dan dibangunkan, sehingga hanya beberapa tajuk game saja yang dikeluarkan untuk permainan ini. Para pengguna juga mengeluh tentang betapa susahnya menggunakan controllernya yang memiliki 15 tombol.

Ketika dillancarkan tahun 2000, harganya �99 dan anda dapat menggunakannya untuk mengirim email tanpa menggunakan PC. Sebenarnya konsepnya sangat menarik tetapi telepon ini sangat susah untuk digunakan. Tambahan pula sebahagian besar orang sudah memiliki komputer dan perkembangan internet sudah menjadi sangat luar biasa. Telepon ini mungkin akan laku jika mereka melancarkannya di tahun 1992 dimana komputer dengan modem masih sangat mahal dan web masih belum terlalu besar, tetapi sayangnya mereka telawat 8 tahun.








1 Trackback(s)