Jan
14th

Tips Meningkatkan Kepantasan Komputer Anda

Terdapat beberapa tips yang ditemui secara online, dan kami berfikir untuk berkongsi kepada semua pembaca sebagai panduan dan tips untuk mereka.

Setelah semakin lama anda memiliki komputer, anda akan merasakan semakin lama semakin lambat pula komputer tersebut. Kebanyakan orang tidak akan mengganti komputernya sehingga komputer tersebut lambat dan mereka merasakan mereka perlu yang baru, yang lebih pantas.

Ada pula merasa hanya kerana komputer tersebut sudah tua. Sebenarnya komputer tua ataupun baru tetap dapat berjalan dengan cepat - secepat ketika anda pertama kali membawanya ke rumah anda – jika anda mengikuti 10 langkah mudah untuk meningkatkan kepantasan komputer anda.

TIPS 1 : Kosongkan Temp Directory secara berkala

Setiap kali anda menjalankan sebuah program, itu akan membuat sebuah temporary file, sehingga anda menyimpan atau menutup file tersebut. Alasannya adalah kerana ketika kejadian seperti komputer anda mati secara tiba-tiba ataupun programnya mati, anda dapat recovery file anda semula. Ini memang berguna tapi kadang kala ketika anda menyalakan computer anda kembali, entah komputer ataupun programnya, biasanya file tersebut akan memperlambat prosesnya.

Selain itu, temp file juga dapat muncul ketika anda meng-install sebuah program. Dalam jangka waktu yang singkat, temp directory anda akan berisi ratusan bahkan ribuan file yang menunggu anda hapus kerana kewujudannya memperlambatkan komputer anda. Cara yang paling baik adalah hapuslah file tersebut ketika anda sedang tidak memproses sesuatu dengan komputer anda.

Untuk delete Temp File, pastikan tiada masalah untuk membukanya. Seterusnya ikuti langkah berikut :

  • Dalam Windows 95, 98 atau ME…pergi ke C:WindowsTemp dan delete semua fail yang terdapat di dalam Temp Folder tersebut.

q108334_3.gif

  • Dalam Windows 2000 atau XP, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Pertama, pastikan anda dapat melihat folder yang disembunyikan. Caranya, buka My Computer – pilih menu Tools – pilih Folder Options. Seterusnya pilih tab View, scroll down dan klik pada “Show Hidden Files and Folders”. Klik OK…… Sekarang pergi ke folder C:Document and Setting – Administrator Local Settings Temp. Delete semua yang anda didalamnya……Anda juga boleh melihat di folder C:Windows (atau Winnt) – Temp atau Tmp. Delete semua fail yang ada di dalamnya dengan serta merta.

p/s : Panduan dan tips ini akan di berikan sacara bersiri (10 siri) bermula dari hari ini. Sentiasalah lawati blog ini untuk mendapatkan tips yang selanjutnya.

Jan
12th

Cara Browsing Internet Apabila IE Di Blok

Files under internet, umum | 3 Comments

Pernahkan anda duduk di depan sebuah PC yang telah dikawal oleh administrator IT yang tidak membenarkan anda menginstall aplikasi apa pun atau bahkan tidak boleh membuka Internet Explorer atau Firefox?

Jika PC tersebut memiliki Windows XP sebagai OS, walaupun ia telah dikawal oleh administrator IT, ada kemungkinan besar anda masih boleh browsing internet sesuka hati anda.

Yang harus anda lakukan hanyalah mengaktifkan sebuah aplikasi Windows seperti Calculator, kemudian klik pada menu “Help“. Seterusnya pilih “Help Topics” yang akan membawa anda ke sebuah tetingkap baru. Kemudian, klik kanan di title bar dan pilih “Jump To URL“. Anda kini dapat menaip alamat laman web yang anda inginkan, tetapi jangan lupa untuk menambahkan “http://” di depan nama laman web tersebut.

 

browser_alternative.jpg

p/s : Jika administrator ada di hadapan anda, janganlah pula anda mencubanya, nanti kena sepak takraw pula..he he



 

Jan
11th

Teknologi DVD HD & Blu-Ray

Teknologi DVD dilihat semakin berkembang dan menjadi sebutan ramai tidak kiralah dikalangan pengeluar, penganalisis mahupun pengguna.

Teknologi CD (compact disc) mengejutkan dunia ict di era 90-an dan kini era 2000-an pula dikejutkan dengan teknologi DVD. Teknologi semakin mendapat sambutan disebabkan kualiti output yang lebih baik berbanding teknologi sebelumnya. Ia juga mempunyai ruang storan lebih besar berkali-kali ganda berbanding CD.

Kini teknologi DVD mengorak langkah lagi dengan munculnya 2 inovasi terbaru DVD iaitu teknologi HD dan teknologi Blue-Ray.

 

hddvd-bluray.jpg

Teknologi HD

Cakera HD mempunyai ruang storan sebesar 15GB dan 30GB. Teknologi ini disokong oleh syarikat Toshiba dan beberapa syarikat lain seperti NEC, Sanyo, Microsoft dan Intel.

Pengguna utama teknologi HD ini ialah syarikat-syarikat yang telibat di dalam industri perfileman dan penerbitan multimedia seperti Universal, Warner dan Paramount.

Dengan menggunakan pemain DVD dari Toshiba, kualiti output atau bunyi yang dihasilkan sangatlah baik.

Harga semasa pertama kali dikeluarkan oleh Toshiba yang dijual dipasaran Amerika Syarikat adalah USD500.

Teknologi Blue-Ray

Cakera Blue-Ray pula mempunyai ruang storan yang lebih besar berbanding HD iaitu sebesar 25GB dan 50GB. Penyokong utama teknologi ini pula ialah Sony dan beberapa syarikat lain seperti Samsung, Panasonic, Philips, Hitachi, Apple, Dell dan Sharp.

Pengguna utama bagi teknologi Blue-Ray pula ialah syarikat yang telibat di dalam industri perfileman dan penerbitan multimedia seperti Sony, Disney, Century Fox, Warner dan Paramount.

Kualiti imej yang dihasilkan dikatakan sangat jelas, kualiti imej 3D sangat baik dan warna yang lebih vibrant. Kualiti bunyi juga dikatakan sangat jelas. Hasil kualiti ini dihasilkan melalui pemain DVD Blu-Ray Samsung.

Manakala harga untuk pemain teknologi Blu-Ray yang dikeluarkan Samsung pula adalah lebih tinggi iaitu USD1000 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Persamaan

Dari segi persamaan, kedua-dua pemain DVD ini menawarkan ciri-ciri interaktif. Salain itu, ianya juga mempunyai sambungan internet dengan tujuan membolehkan pengguna memuat turun “teaser” filem yang terkini dari laman web.

Jan
10th

Salam Ma’al Hijrah

Files under umum | Leave a Comment

Sempena hari kebesaran yang mulia ini, RahsiaKomputer.com mengucapkan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah. Hari pertama dan bulan pertama dalam bulan ISLAM Muharram 1429 Hijrah.

brand.gif

MENJANA UMMAH GEMILANG

Semoga hari ini menjadi satu lagi sejarah kepada perkembangan dunia Islam dan semoga kemajuan akan terus dicapai. Sehubungan dengan itu, marilah kita jadikannya satu lagi Hijrah dari segala bentuk sama ada hijrah pemikiran dan hijrah kepada kejayaan. Berhijralah kepada yang lebih baik
SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH

Jan
9th

Cara buat “start up disk”

Start up disk digunakan untuk membaiki Windows yang “hang” juga dikenali sebagai dianostig. Selain itu, ia digunakan untuk troubleshoot FDD, format HDD, membuat partitions, boot disc recovery untuk HDD dan sebagainya.

Di sini kita akan mempelajari bagaimana untuk membuat start up disk. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menghasilkan start up disk. Anda boleh menggunakan perisian tertentu untuk membuat start up disk seperti DriveClone Pro.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan sistem operasi komputer anda. Namun demikian ianya hanya untuk pengguna Windows 98 dan Windows ME. Oleh itu, untuk mempelajari bagaimana membuat start up disk, anda perlu mencari komputer yang mempunyai sistem operasi Windows 98 atau Windows ME.

Sistem operasi Windows XP tidak memerlukan start up disk kerana segala proses seperti proses format dan membuat partition boleh dilakukan secara terus semasa kita melakukan proses installation melalui CD Installation Windows XP. Untuk mempelajari melakukan proses format dan membuat partition melalui CD Installation Windows XP, anda boleh mendapatkan Panduan Pakej Lengkap.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghasilkan start up disk :

  • Daripada desktop Windows 98 komputer anda, klik Start
  • Pilih Setting
  • Pilih Control Panel
  • Pilih Add / Remove Programs
  • Satu tetingkap muncul, pilih tab Starup Disk (rujuk gambarajah di bawah)
  • Klik butang Create Disk (rujuk gambaraah di bawah)
  • Masukkan disket (floppy disk) kosong
  • Klik OK

createdisk.gif

Selepas itu, biarkan proses berjalan sehingga selesai.

Post akan datang kita akan membincangkan pula bagaimana menggunakan startup disk untuk proses format dan membuat partition HDD.

Jan
8th

MS DOS

Files under komputer, perisian | 6 Comments

ms-dos-logo.jpgMS DOS (Microsoft Disk Operating System) merupakan satu sistem operasi yang di perkenalkan oleh Microsoft. DOS merupakan sistem operasi yang sering digunakan dan sesuai dengan PC platform sejak tahun 1980-an. Secara rasminya MS-DOS telah dikeluarkan pada tahun 1981 dan pelbagai versi telah dikeluarkan selepas itu sebelum Microsoft menghentikannya pada tahun 2000. Namun demikian, MS-DOS masih disertakan bersama dengan OS yang baru seperti Windows XP.

MS-DOS agak sukar digunakan berbanding sistem operasi berasaskan GUI (Graphic User Interface) kerana segala maklumat perlu ditulis dalam bentuk arahan (manual). Maksudnya, bila ingin mendapatkan maklumat di dalam komputer, anda perlu menaip beberapa arahan tertentu sebelum maklumat itu diperolehi. Antaramuka MS-DOS adalah seperti gambarajah di bawah.

dos4x.gif

Arahan MS-DOS terbahagi kepada “Arahan Dalaman” dan “Arahan Luaran“.

Internal Command (Arahan Dalaman)

Sebahagian kod arahan yang terdapat di dalam Internal Command :

  • dir
  • cls
  • copy
  • del / erase
  • cd
  • md
  • rd
  • ver
  • prompt
  • rename

External Command (Arahan Luaran)

Sebahagian kod arahan yang terdapat di dalam External Command :

  • fdisk
  • format
  • diskcopy
  • move
  • label
  • doskey
  • edit
  • deltree
  • xcopy
  • chkdsk
  • attribe
  • sys

Untuk memasuki tetingkap DOS adalah seperti berikut :

  • Start - Run - taip Command - OK (utk windows 98 & ME)
  • Start - Run - taip cmd - OK (utk windows XP)

Penggunaan MS-DOS pada masa sekarang tidak begitu dititikberatkan. Ini kerana segala arahan yang berkaitan lebih mudah dilakukan di dalam persekitaran GUI seperti Windows XP. Namun demikian, bagi mereka yang terlibat dengan perkara teknikal komputer, MS-DOS serba sedikit perlu di ketahui.

p/s : Post akan datang kita akan membincangkan secara ringkas kod-kod arahan dalaman dan luaran di atas dan bagaimana kod arahan itu digunakan.