Feb
27th

7 shortcut untuk menjadi sepantas kilat

Anda hanya perlu menguasai 7 shortcut untuk membuat sesuatu dengan lebih cepat. 7 shortcut yang dimaksudkan untuk membuat browsing dan penggunaan PC yang asas menjadi lebih mudah. Sebahagian dari teknik ini hanya dapat diaplikasikan dengan Firefox, namun kebanyakan dapat dilaksanakan dengan semua browser.
Image Hosted by ImageShack.us

Tombol Mouse Scroll

Siapapun yang menghabiskan banyak masa di Internet akan mengatakan bahawa shortcut ini sangat bermanfaat. Jika anda menggunakan Firefox, anda dapat menggunakan tombol scroll pada mouse untuk membuka link dalam tab baru.

Quick Searches

Ada dua perkara yang membuatkan Firefox menjadi browser yang diminati, yang pertama adalah fungsi tab, dan yang kedua adalah quick search (pencarian cepat). Banyak orang yang belum menggunakan fungsi ini, namun sebaiknya setelah anda membaca artikel ini anda seharusnya tahu fungsi tersebut.
Fungsi Quick Search Firefox memungkinkan anda untuk melakukan set-up akses satu klik pada laman web kegemaran anda.

Bagaimana cara menggunakannya:

  1. Pergilah ke laman web yang anda ingin set-up untuk quick search.
  2. Klik kanan pada search field dan pilih “Add a Keyword for this Search...”
  3. Pilih sebuah kata dan masukan kata tersebut pada “Keyword” field.
  4. Tekan OK.
  5. Jika lain kali anda ingin mencari laman web tersebut tersebut, anda hanya pergi ke address bar dan taipkan kata yang ingin dicari.

Open New Tab Window

Hanya untuk Firefox browser. Dengan menekan Ctrl+T anda telah membuka tab kosong. Ini juga merupakan salah satu yang termudah untuk diingat.

Menggunakan Google sebagai unit converter

Ingin mengubah USD ke EUR? Atau meter ke kilometer? Apapun unitnya, anda boleh dengan mudah melakukannya dengan Google. Hnaya menaip (”45 GBP in USD”, “31 miles in km”) atau kata lainnya dan cari. Google akan secara instant mengubah seluruh unit dan menunjukan hasilnya.

Image Hosted by ImageShack.us

OpenDNS

Cara ini membolehkan anda untuk memiliki sambungan Internet yang lebih cepat dan selesa. Anda perlu membuka connection setting dan mengubah DNS server menjadi OpenDNS.

Image Hosted by ImageShack.us

Show Desktop Shortcut

Windows Button + D” akan menutup semua windows aktif di Taskbar. Jika anda ingin pergi ke satu ikon di desktop anda, ini adalah cara yang paling cepat.

Copy, Paste dan Cut

Ctrl + C: Copy
Ctrl + V: Paste
Ctrl + X: Cut

Jika anda tahu shortcut lainnya? Anda boleh kongsikan kepada kami di artikel ini.

Feb
25th

Matikan Active Desktop

TIPS 6 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Active Desktop berfungsi mengubah desktop anda menjadi seperti sebuah web page, dan membuat anda memiliki fungsi seperti real-time calender, dan up-to-the-minute weather or stocks. Hal-hal ini cukup menarik, tapi sistem anda akan menjadi lebih lambat ketika fungsi ini ada di background sepanjang waktu.

Untuk mematikan fungsi Active Desktop, sila ikuti panduan berikut :

  • Dalam Windows 95, 98 dan ME – Klik kanan pada Desktop dan di dalam menu “pop-up” pilih Active Desktop. Di dalam pilihan tersebut, uncheck Active Desktop.
  • Dalam Windows 2000 - Klik kanan pada Desktop dan di dalam menu “pop-up” pilih Active Desktop. Dalam pilihan tersebut, uncheck Show Web Content.

clip_image002

  • Dalam Windows XP – Klik kanan pada Desktop dan pilih Properties. Pada tab Desktop pilih Customize Desktop. Sekarang dalam tab Web, pastikan tiada website yang dipilih. Jika tiada maksudnya Active Desktop tidak berfungsi.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up

5. Meningkatkan Kuasa Windows XP

Feb
22nd

Struktur Directory Linux

Saya bukanlah pakar dalam aturcara program sistem operasi Linux. Namun maklumat ini sekadar berkongsi serba sedikit panduan kepada anda semua mengenai Sistem Operasi Linux.

Struktur direktori Linux atau sistem yang hampir serupa dengannya seperti Unix sangat sangatlah sukar untuk digunakan terutamanya pengguna baru. Pada Windows, semua program installation data dan software akan berada di direktori “Program Files.” Hal seperti ini tidak terjadi di Linux OS. Sistem direktori mengkategorikan semua data file yang di-install.

Berikut adalah keseluruhan struktur beserta apa yang berada di dalam sistem operasi Linux :

directorylinux.gif

/ - Root direktori yang membentuk basic sistem file. Semua file dan direktori secara logic berada di dalam root direktori ini walaupun dari lokasi yang berbeza.
/bin - Memuatkan program arahan yang merupakan sebahagian dari sistem operasi Linux. Banyak perintah Linux seperti cat, cp, ls, more, dan tar terletak pada /bin.
/boot - Memuatkan Linux Kernel dan file lain yang diperlukan LILO dan GRUB boot manager.
/dev - Memuatkan semua file penting. Linux melakukan semua operasi utama komputer seperti sebuah file yang special. Semua file seperti ini terletak di /dev.
/etc - Memuatkan semua sistem konfigurasi file dan skrip installation pada /etc/rc.d sub direktori.
/home - Direktori Home menyimpan semua direktori home user.
/lib - Memuatkan file library, termasuk modul driver yang dapat diisi pada sistem boot.
/lost+found - Direktori untuk file yang hilang. Semua partition disk memiliki direktori lost+found.
/media - Direktori untuk mounting removable media seperi drive CD-ROM, floopy disk dan zip drive.
/mnt - Direktori untuk mounting file sistem sementara.
/opt - Data - data instal / copy untuk aplikasi opsional .
/proc - Direktori istimewa untuk sistem file virtual. Ia mencakupi informasi mengenai berbagai aspek sistem Linux.
/root - Direktori Home untuk root user.
/sbin - Memuatkan file administration yang dapat diakses seperti mount, shutdown, umount.
/srv - Memuatkan data untuk layanan (HTTP, FTP, etc.) yang ditawarkan oleh sistem.
/sys - Direktori special yang memuatkan informasi mengenai hard disk seperti yang dilihat melalui Linux.
/tmp - Direktori yang digunakan untuk menyimpan data sementara. Isi dari direktori ini dibersihkan setiap kali sistem boot.
/usr - Memuatkan sub direktori untuk pelbagai program seperti sistem X Windows.
/usr/bin - Memuatkan file yang dapat diakses untuk pelbagai perintah Linux yang bukan merupakan sebahagian dari OS Linux.
/usr/include - Memuatkan file - file header dari bahasa program C dan C++.
/usr/lib - Memuatkan file - file library untuk bahasa C dan C++.
/usr/local - Memuatkan data lokal. Ia mengadungi direktori yang sama seperti /usr.
/usr/sbin - Memuatkan perintah - perintah administration.
/usr/share - Memuatkan data yang digunakan oleh banyak user sekaligus, seperti file konfigurasi default, gambar dan dokumen.
/usr/src - Memuatkan source code untuk Linux kernel.
/var - Memuatkan pelbagai sistem file seperti log, direktori mail, print dan lain - lain. Yang sering kali berubah kandungannya.
/var/cache - Area penyimpanan untuk cache data berbagai aplikasi.
/var/lib - Memuatkan informasi tentang status aplikasi - aplikasi yang ada. Aplikasi memodifikasi direktori ini semasa melakukan sesuatu kerja.
/var/lock - Memuatkan file yang dikunci supaya ia hanya boleh diguna oleh satu aplikasi saja.
/var/log - Memuatkan log dari aplikasi yang berbeza.
/var/mail - Memuatkan email pemilik.
/var/opt - Memuatkan data variable untuk pakej yang disimpan di direktori /opt.
/var/run - Memuatkan data yang menjelaskan sistem sejak pertama kali dijalankan.
/var/spool - Memuatkan data yang menunggu untuk diproses.
/var/tmp - Memuatkan file sementara, isi direktori ini tidak dihapus semasa sistem dimatikan.

Jika diperhatikan, memang agak sukar untuk kita mempelajari Sistem Operasi (OS) Linux ini berbanding kita menggunakan Windows. Namun demikian, bagi mereka yang sukakan cabaran dan berminat mengenali arahan-arahan sistem Linux ini, panduan di atas mungkin boleh dijadikan sedikit rujukan.

Feb
20th

Teknologi 4G nokia capai 173Mbps

Nokia telah mengumumkan hasil mereka dalam melakukan ujian real world teknologi nirkabel long term evolution (LTE) 4G. Ujian ini dilakukan di Berlin dengan spektrum 2,6GHz dan mampu mencapai kepantasan maksimum sehingga 173Mbps, hasil tertinggi dari semua ujian sebelumnya.

nokia4g.jpg

Nokia mendirikan sebuah prototaip base station (BTS) untuk pengujian LTE ini di Heinrich Hertz Institut di tengah kota Berlin, di mana biasanya terdapat banyak interferensi yang mengurangi kepantasan transfer. Ujian pertama yang dilakukan dengan menghubungkan beberapa orang ke BTS baru ini untuk mensimulasikan keadaan di dunia sebenarnya. Nokia juga menguji bandwidth LTE dengan meletakkan beberapa terminal di dalam mobile-nya yang dikemudikan sehingga 1 kilometer dari BTS tersebut.

Matthias Reiss dari Nokia mengatakan bahwa mereka “dapat mendemonstrasikan bahwa LTE dapat mencapai ekspektasi tinggi untuk teknologi baru ini. Yang paling penting, kini kita memiliki bukti bahwa jaringan LTE dapat dioperasikan di BTS yang telah ada dan para operator selular dapat membangun jaringan LTE tanpa memerlukan tambahan antena - antena baru.”

Fakta bahwa BTS lama tetap boleh digunakan walaupun mereka ingin beranjak dari 3G kepada teknologi baru ini. Pada masa ini, kelihatannya LTE memiliki potensi untuk menutup kembali perpecahan yang terjadi di industri selular di antara GSM/CDMA kerana hingga kini masih belum ada operator selular besar yang telah berkomitmen untuk melakukan pengembangan ke teknologi CDMA 4G iaitu Ultramobile Broadband.

Akan tetapi walaupun di atas kertas LTE kelihatan jauh lebih laju dari WiMAX, teknologi ini masih belum boleh digunakan dalam waktu terdekat ini. 3GPP mensasarkan tahun 2010 untuk melaksanakan LTE dan WiMAX kini sudah di guna pakai di beberapa bandaraya di Amerika pada tahun 2008.

Feb
18th

Meningkatkan Kuasa Windows XP

TIPS 5 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Pada dasarnya, segala fungsi yang terdapat di dalam perisian Windows Xp computer anda adalah berfungsi. Namun ini bukan sesuatu yang cukup baik dalam sesetengah keadaan. Ia sebenarnya hanyalah untuk tujuan penampilan windows dan mungkin ada fungsi ini tidak di perlukan. Anda boleh mematikan beberapa fungsi yang tidak digunakan dan windows XP anda akan tetap boleh bekerja dengan baik dan mungkin lebih cepat lagi.

clip_image002[6]

Untuk melakukannya, klik kanan My Computer – pilih Properties. Klik tab Advanced. Di bahagian Performance, pilih butang Settings. Di bawah tab Visual Effects, anda akan dapat melihat senarai check boxes. Pada asalnya, segalanya fungsi adalah berjalan. Anda boleh memilih dan menentukan fungsi ingin digunakan atau tidak. Sebahagian tidakan akan mengakibatkan perubahan yang besar kepada system operasi computer anda. Anda boleh mencubanya sendiri bergantung kepada kehendak anda.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up

Feb
15th

Belajar menaip lebih cepat di 8 laman web

Files under panduan & tips, umum | 1 Comment

Berikut adalah beberapa laman web yang akan membantu anda dalam masalah menaip, terutama jika anda ingin belajar menaip lebih cepat dalam waktu yang singkat.

10-Fast-Fingers.com – Program tutorial ini mengajarkan anda penempatan jari pada setiap sesi pelajaran.

Image Hosted by ImageShack.us

GoodTyping.com – Ia memiliki sebanya 27 pelajaran, dengan 18 susunan keyboard yang berbeza dan tersedia dalam banyak bahasa.

Image Hosted by ImageShack.us

Learn2Type.com – Menawarkan tes menaip untuk anda yang menghargai kemampuan, selain mengajarkan dalam format QWERTY, mereka juga menawarkan format AZERT dan Dvorak. Juga tersedia pelajaran untuk kanak-kanak.

Image Hosted by ImageShack.us

PowerTyping.com – Laman web ini menawarkan layout QWERT dan Dvorak, namun penampilannya memang kurang cantik.
Image Hosted by ImageShack.us

Typing-Lessons.org – Laman web ini memberikan kesan 1990-an. Ia mengajarkan anda kemampuan awal untuk menjadi juru taip.

TypeOnline.co.uk – Menawarkan sesi pembelajaran dengan penempatan tombol keyboard normal, ia juga memiliki sesi untuk touch typing dan ujian kepantasan.
Image Hosted by ImageShack.us

TypingWeb.com - Tutor onliner dengan fungsi yang lengkap, permainan, statistik untuk mengetahui perkembangan anda. Sistem ini dapat diakses oleh individu secara percuma, dan mereka juga memiliki pakej untuk sekolah serta syarikat.
Image Hosted by ImageShack.us

Permainan: Setelah anda selesai dengan semuanya, anda dapat bermain Qwerty Warrior , game aneh yang dapat membuat anda ketagihan, game ini memaksa anda menaip dengan lebih cepat sebelum musuh menyerang anda.

Image Hosted by ImageShack.us