SIRI 5 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET
Produk ebook menjadi pilihan utama untuk diniagakan di internet kerana kelebihan-kelebihannya. Ini menjadikan ramai dikalangan usahwan internet lebih cenderung untuk menghasilkan informasi yang berbentuk ebook. Saya sendiri memulakan perniagaan internet dengan menjual produk-produk ebook.
Terdapat beberapa kelebihan kita menjadikan produk ebook sebagai satu permulaan perniagaan di Internet. Antara kelebihan tersebut adalah seperti berikut :
- Mudah dihasilkan - Hanya menggunakan komputer, kemahiran berfikir dan usaha serta tenaga.
- Tidak memerlukan modal yang besar atau mungkin tidak memerlukan modal langsung. Anda hanya memerlukan tenaga dan kemahiran berfikir.
- Tidak memerlukan penerbit - Anda adalah penerbit terhadap produk ebook yang anda hasilkan itu,
- Keuntungan yang besar - Anda boleh memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda jika produk yang anda juala itu memberi manfaat kepada orang ramai.
- Penghantaran dan penerimaan lebih cepat - Ebook boleh dibeli dan dihantar hanya mengunakan email. Segala proses berlaku di depan komputer anda.
- Mempunyai ciri-ciri keselamatan - Ebook yang dihasilkan dengan format pdf atau exe boleh dilindungi dengan kata laluan. Ini mengelakkan ia daripada ditiru oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
- ….dan sebagainya. KLIK SINI
Daripada kelebihan-kelebihan ini, anda tidak perlu ragu akan kehebatan menjalankan perniagaan di Internet. Lakukan langkah pertama anda sekarang untuk Belajar Berniaga Di Internet.
Post Sebelum Ini





