Feb
13th

33 Alasan Orang Menyembunyikan Nama Di Web

Files under umum | Leave a Comment

Jaringan (Web) menyembunyikan banyak perkara tentang si penggunanya, namun kadang kala anda dapat mengetahui banyak perkara semasa berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali tersebut. Ada banyak alasan mengapa anda ingin menyembunyikan nama sebenar anda di Web, namun alasan yang paling popular biasanya adalah:

  1. Untuk memilih pasangan semasa mengunjungi laman web kemaran anda.
  2. Untuk mendermakan sejumlah wang tanpa ditertawakan oleh kenalan anda.
  3. Untuk bergabung dengan aliran kepercayaan Scientology
  4. Untuk membuka laman web porno atau ikut serta dengan laman web tersebut.
  5. Untuk bergabung dengan laman web yang cuba ditutup oleh RIAA.
  6. Anda memiliki bisnes kecil-kecilan dan anda mengamatinya dari jarak yang dekat.
  7. Membuat anda merasa seronok.
  8. Anda memiliki isteri dan dua orang anak.
  9. Anda memiliki ingatan yang buruk
  10. Untuk menunjukkan profesion anda.
  11. Anda kebingungan, dan tidak puas dengan kehidupan sehingga anda menyembunyikan diri anda dengan nama seperti Lioness, Bossgirl, Mustang, jaguar, lady_the_death, dan sebagainya.
  12. Kepribadian anda.
  13. Untuk mencari pekerjaan yang baik.
  14. Untuk men-download film dari laman web illegal.
  15. Untuk menunjukan perasaan anda kepada bos.
  16. Untuk mendaftar ke laman web p2p dan dengan jaringan torrent.
  17. Anda bosan dan memutuskan untuk mengganti panggilan anda, info dan mendapatkan berbagai macam kesenangan dan petualangan.
  18. Untuk membalas dendam kepada seseorang.
  19. Untuk mengetahui sifat isteri anda yang sesungguhnya.
  20. Julukan anda bertujuan untuk mengejutkan public.
  21. Anda suka kata-kata aneh.
  22. Anda tidak tahu.
  23. Anda berhenti merokok, minum, dan berubat sehingga anda memerlukan alasan untuk mengubahnya.
  24. Untuk mengirimkan kad ucapan kepada bekas kekasih anda.
  25. Untuk bergabung dengan forum gay tanpa ingin diketahui oleh orang.
  26. Menghindarkan diri dari hinaan saat anda tidak boleh menyelesaikan sesuatu.
  27. Untuk membuat nama samaran yang universal.
  28. Anda terburu-buru sehingga tidak terpikirkan nama samaran yang lain.
  29. Anda ingin menghilangkan keperawanan anda.
  30. Anda adalah agen yang mencari orang-orang seperti yang sedang disebutkan ini.
  31. Anda membuat nama wanita untuk mendapatkan pertolongan.
  32. Anda membuat nama samaran seolah-olah anda pakar.
  33. Anda ingin cerita anda masuk halaman utama DIGG.

Demikianlah pendapat daripada kebanyakkan orang yang menggunakan nama samaran mereka di Internet. Saya sendiri menggunakan nama samaran di Internet. Sebabnya adalah seperti yang disebutkan diatas.

Namun tidak semua perkara kita perlu menggunakan nama samaran terutamanya yang melibatkan urusan rasmi. Betulkah……Anda fikirkan sendiri..?

Feb
11th

Pemeriksaan Disk Menggunakan Tune Up

TIPS 4 : MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Anda mungkin perlu menggunakan sebuah 3rd party utility untuk memeriksa segalanya untuk anda secara automatik. Ada banyak program yang tersedia, salah satunya adalah TuneUp Utilities. Program ini cukup baik dan berkesan untuk memeriksa struktur file komputer anda, master boot record, file allocation table, dan files. Ia juga sesuai untuk memeriksa dan memperbaiki bad sectors dari physical disk drives anda.

tune-up.jpg

Selain itu, Utiliti ini juga akan tune-up sistem anda untuk peningkatan speed, checks, dan membersihkan registry anda, menyesuaikan memory untuk anda, membuat Internet setting anda agar lebih cepat ketika mendownload dan browsing, dan membuat OS anda bekerja secara maksima. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kepantasan komputer anda.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

Feb
8th

14 Cara Sederhana Menyempurnakan Rekaan Anda

Files under umum | Leave a Comment

Pertanyaan untuk para designer dalam pelbagai bidang, Apakah pengaruh dari perkataan “sederhana” atau simplicity?

Banyak atau sedikit, setidak-tidaknya perkataan tersebut paling minima dapat mempengaruhi setiap apa yang kita lakukan dan hasilkan.

Dalam membuat sebuah design, anda harus ingat sebuah filosofi dalam otak anda iaitu–”Kesederhanaan“. Jangan membuat sesuatu yang boleh menjadi lebih susah dari apa yang pernah anda lakukan sebelum ini. Diibaratkan jika anda dapat menjelaskan sesuatu perkara dalam 5 kata, itu adalah lebih baik dan jangan gunakan lebih dari itu.

Pentingnya sebuah Design adalah pemecah atau penyelesai masalah. Membantu sebuah penyelesaian dalam bentuk visual untuk berkomunikasi dengan pesanan yang tepat dan secara efektif. Mengapa menggunakan 10 efek untuk membuat sebuah elemen grafik jika anda dapat menyelesaikan masalah visual walaupun hanya menggunakan satu efek sahaja?

Fikrikan K.I.S.S. (Keep It Simple, Silly)

14 pendapat terhadap “Kesederhanaan” oleh Pemikir Terhebat sepanjang masa :

“The ability to simplify means to eliminate the unnecessary so that the necessary may speak.” ~ Hans Hofmann

“The wisdom of life consists in the elimination of nonessentials.” ~ Lin Yutang

“There is no greatness where there is no simplicity.” ~ Leo Tolstoy

“Simplicity, carried to an an extreme, becomes elegance.” ~ Jon Franklin

“The obvious is that which is never seen until someone expresses it simply.” ~ Kahlil Gibran

“It is proof of high culture to say the greatest matters in the simplest way.” ~ Ralph Waldo Emerson

“The art of art, the glory of expression and the sunshine of the light of letters is simplicity; nothing is better than simplicity.” ~ Walt Whitman

“Simplicity is an exact medium between too little and too much.” ~ Sir Joshua Reynolds

“Simplicity and naturalness are the truest marks of distintinction.” ~ W. Somerset Maugham

“Confusion and clutter are the failure of design, not the attributes of information.” ~ Edward R. Tufte

“Simplicity is the ultimate sophistication.” ~ Leonardo da Vinci

“Genius is the ability to reduce the complicated to the simple.” ~ C.W. Ceram

“Everything should be made as simple as possible, but not simpler.” ~ Albert Einstein

“Out of intense complexities intense simplicities emerge.” ~ Winston Churchill

Sumber artikel, klik disini

Feb
4th

Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

TIPS 3 : MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Ada dua tips pemeriksaan hard disks – satu adalah pemeriksaan file, dimana memeriksa status OS anda akan memeriksa semua file anda, struktur file anda, dan pemeriksaan software lainnya. Jika ada masalah software (seperti sebuah FAT yang rusak) dan lain-lain, pemeriksaan ini akan berusahan untuk memperbaikinya.

Langkah kedua adalah pemeriksaan hardware disk secara fizikal. Pemeriksaan ini adalah untuk permukaan hard disk anda, untuk melihat apakah ada bad sectors di hard drive anda, untuk melihat jika drive anda sedang menghadapi masalah. Pemeriksaan ini akan berusaha untuk memperbaiki bad sector tersebut, tapi jika tidak berkesan maka akan ditanda dan akan dilakukan usaha untuk memindahkan file atau potongan file ke good sector dari disk. Dengan adanya tanda ini, maka anda dapat mengenal pasti agar tidak menyimpan file di sektor tersebut.

  • Untuk Windows 95,98 atau ME - klik dua kali My Computer, Klik kanan Drive C - Properties. Pilih tab Tools - pilih pemeriksaan terhadap masalah komputer anda. Thorough Scan adalah untuk memeriksa permukaan Hard Disk yang rosak. Proses ini mengambil masa yang agak lama dan anda boleh lakukan bila berlaku masalah ke atas Hard Disk anda.

    Standard Scan pula memeriksa masalah fail-fail yang terdapat di dalam hard disk computer anda. Anda boleh menjalankan proses ini seminggu sakali.

cproperties.gif

  • Untuk Windows 2000 dan XP – klik dua kali My Computer, klik kanan Dirve C – Properties. Pilih tab Tools dan pilih “Error Checking – Check Now”.Terdapat dua pilihan iaitu pemeriksaan fail dan pemeriksaan fizikal hardware (physical disk). Anda boleh memilih salah satu atau memilih kedua-duanya. Selepas menekan butang Start dan selepas pemeriksaan, anda diminta untuk menjalankan CHKDSK, hanya klik YES dan reboot. Proses ini mengambil masa yang agak lama bergantung kepada system anda.

Post Berkaitan

 

Feb
2nd

Kelebihan Produk Ebook

SIRI 5 : BELAJAR BERNIAGA DI INTERNET

Produk ebook menjadi pilihan utama untuk diniagakan di internet kerana kelebihan-kelebihannya. Ini menjadikan ramai dikalangan usahwan internet lebih cenderung untuk menghasilkan informasi yang berbentuk ebook. Saya sendiri memulakan perniagaan internet dengan menjual produk-produk ebook.

Terdapat beberapa kelebihan kita menjadikan produk ebook sebagai satu permulaan perniagaan di Internet. Antara kelebihan tersebut adalah seperti berikut :

  1. Mudah dihasilkan - Hanya menggunakan komputer, kemahiran berfikir dan usaha serta tenaga.
  2. Tidak memerlukan modal yang besar atau mungkin tidak memerlukan modal langsung. Anda hanya memerlukan tenaga dan kemahiran berfikir.
  3. Tidak memerlukan penerbit - Anda adalah penerbit terhadap produk ebook yang anda hasilkan itu,
  4. Keuntungan yang besar - Anda boleh memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda jika produk yang anda juala itu memberi manfaat kepada orang ramai.
  5. Penghantaran dan penerimaan lebih cepat - Ebook boleh dibeli dan dihantar hanya mengunakan email. Segala proses berlaku di depan komputer anda.
  6. Mempunyai ciri-ciri keselamatan - Ebook yang dihasilkan dengan format pdf atau exe boleh dilindungi dengan kata laluan. Ini mengelakkan ia daripada ditiru oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
  7. ….dan sebagainya. KLIK SINI

Daripada kelebihan-kelebihan ini, anda tidak perlu ragu akan kehebatan menjalankan perniagaan di Internet. Lakukan langkah pertama anda sekarang untuk Belajar Berniaga Di Internet.

Post Sebelum Ini

Feb
1st

Berita Penting

Files under umum | Leave a Comment

Wah !! macam berita gempak pula.

Sebelum kita teruskan kepada berita penting tersebut, sila ambil perhatian terhadap PENGUMUMAN dibawah.

PENGUMUMAN

Kepada MR MOHD NASIR ABD KARIM, pihak admin telah menerima pembayaran untuk pembelian Panduan Pakej Lengkap. Namun sedikit masalah teknikal berlaku terhadap borang tersebut menyebabkan maklumat pembayaran tersebut tidak dapat diterima oleh pihak kami. Oleh itu, sila hantarkan sekali lagi maklumat pembayran tersebut supaya pihak kami dapat menghantar link download produk yang anda beli. HARAP MAKLUM.

Beritanya……..

Bukanlah satu berita yang gempak hendak disampaikan oleh pihak Rahsiakomputer, hanya sekadar berkongsi perkembangan terbaru yang sedang dilakukan oleh pihak kami.

Rasanya semakin kurang saya membuat posting terhadap blog ini. Maklumlah tahun 2008 ini adalah tahun yang agak sibuk kerana baru mula berkerja semula setelah lama berehat. Banyak benda yang perlu diambil perhatian terhadap tugas hakiki berbanding tugas sambilan. Namun tugas sambilan sebagai Usahawan Internet tidak akan dilupakan.

Buat masa kini saya sedang menyiapkan satu lagi produk terbaru berkaitan dengan perniagaan Internet ni. Rasanya produk ini akan siap dalam bulan tiga. Jika tiada halangan besar, ia akan dilancarkan akhir bulan tiga atau awal bulan empat. Tunggu pengumumannya nanti ye.

Di samping itu, pada tahun ini juga saya akan mengemaskini beberapa produk yang telah dilancarkan sebelum ini seperti Panduan Pakej Lengkap dan Belajar Berniaga Di Internet. Apa yang akan berlaku setelah pengemaskinian ialah harga akan dinaikkan. Oleh itu, sesiapa yang berniat untuk membeli produk tersebut hendaklah membelinya sekarang sebelum harga tersebut dinaikkan. Pembeli sebelum ini pula akan menerima produk kemaskini secara PERCUMA.

Selain itu juga, ada beberapa ebook percuma akan yang diusahakan untuk tahun ini. Diharapkan saya dapat menyiapkan produk percuma itu untuk anda tahun ini juga. Oleh itu, pastikan anda sentiasa melawat blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek-projek gempak di RahsiaKomputer… He He.

Sekian dan salam maju jaya untuk semua.