Mar
15th

Teknologi GiFi Berkelajuan 5Gbps

Files under komputer, umum | Posted by admin

Sebuah chip silicon yang dikembangkan dan dibangunkan di Melbourne, Australia dikatakan akan merevolusikan cara gadget rumah seperti TV, telepon dan pemain DVD berkomunikasi antara satu sama lain.

Chip berukuran sebesar 5 milimeter ini dapat menghantar data melalui sebuah sambungan tanpa wayar pada kadar kelajuan sehingga 5 gigabait per saat dalam jarak kurang dari 10 meter. Sebuah filem high definition dari sebuah kios video dapat ditransfer ke alat mudah alih hanya dalam beberapa saat, dan alat mudah alih itu kemudian dapat memindahkan filem tersebut ke komputer di rumah atau televisen dengan kelajuan yang sama.

gifi.jpg

GiFi diumumkan pada 22 Februari di laboratorium NICTA (National Information and Communications Technology Research Center) di Melbourne University. Kumpulan yang menjalankan projek ini menghabiskan hampir sepuluh tahun untuk mengembangkan produk ini di bawah kendalian Professor Stan Skafidas yang “percaya bahawa dalam jangka panjang, semua alat elektronik akan menggunakan teknologi ini.”

p/s : ANALISIS - Kembali bekerja semula dan memberi tumpuan yang seterusnya kepada perniagaan Internet setelah sibuk memerhatikan suasana pilihanraya yang sungguh menyeronokkan… sungguh mendebarkan sehingga keputusan menunjukkan satu tsunami baru dalam politik baru di Malaysia telah berlaku.

Dalam analisis politik menujukkan bahawa media baru atau dengan kata lain media Internet telah memainkan peranan yang agak luas dalam menentukan dan mempengaruhi keputusan yang telah berlaku. Dikatakan juga rakyat semakin bijak dalam mencari maklumat yang berkaitan dalam piliharaya sama ada melalui TV, radio dan surat khabar atau melalui media Internet ini. Mereka menimbangkan secara logik dan bijak kedua-dua sumber tersebut dan menterjemahan keputusan tersebut melalui peti undi. Hasilnya adalah keputusan PRU 12.

Apapun yang akan berlaku dan telah berlaku itu, yang pastinya media baru media Internet ini telah memainkan peranannya. Saya yakin selepas ini, semakin ramai rakyat Malaysia akan turut serta terlibat memberi maklumat melalui Internet terutamanya blog. Mereka akan mewujudkan blog-blog sendiri sebagai tanda sokongan terlibat dalam memberi maklumat yang bernas dan membina.

Saya akan memberikan beberapa ulasan di post akan datang yang berkaitan dengan PRU 12 dan kaitannya dengan media baru media Internet ini dalam membentuk dan menentukan corak dan keputusan PRU 12. AYUH … bersama-sama kita turut serta dan memeriahkan media internet ini…..KUASA MEDIA BARU.

Post a Comment