Mar
17th

Hilangkan Spyware

Files under panduan & tips, tutorial | Posted by admin

TIPS 8 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Banyak pengguna komputer memiliki Spyware dan tidak tahu itu mereka miliki, dan tidak tahu bagaimana cara menghilangkannya. Jika komputer anda sedang membuka website yang tidak ingin anda buka, atau jika anda mendapat pop-ups ketika anda tidak sedang berada pada Internet, atau jika komputer anda berjalan sangat lambat, tanpa alasan, anda mungkin memiliki Spyware.

2 program AntiSpyware yang bagus adalah: AdAware SE dan SpyBot. Kedua program ini sangat disarankan oleh TechTV dan syarikat komputer lainnya dan keduanya dapat berkerja secara bersama dengan baik. Mereka saling melengkapi dan menangkap Spyware jika yang lain gagal melakukannya.

adaware.png

Jika selepas pemasangan antivirus tersebut anda masih tidak dapat membuang atau menghapuskan Spyware tersebut, anda mungkin perlu membawa komputer anda kepada pakar yang dapat menyelesaikannya.

Harus diingat juga, sebahagian Spyware adalah sungguh bijak. Walaupun anda telah membuangnya daripada sistem komputer, namun ia berupaya untuk masuk semula secara sendiri kedalam komputer anda. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan kepada kerja anda seharian terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan menggunakan sistem komputer.

spybot.jpg

Jika keadaan ini sukar di selesaikan, satu cara terbaik untuk anda lakukan ialah buat back up terhadap fail yang anda perlukan dan format hard disk anda seterusnya install semula sistem operasi tersebut.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up

5. Meningkatkan Kuasa Windows XP

6. Matikan Active Dekstop

7. Hilangkan Spyware


2 Responses to “Hilangkan Spyware”

  1. By sabri bin alang moahamd on Apr 23, 2008 | Reply

    berita sangat bagus dan memvbantu

  2. By sabri bin alang moahamd on Apr 23, 2008 | Reply

    berita sangat bagus dan membantu

Post a Comment