Apr
18th

Konsep Asas Baik Pulih Komputer

Files under komputer, panduan & tips, umum | Posted by admin

Perkembangan dunia Internet & komputer yang semakin pesat menyebabkan setiap orang cuba untuk memiliki komputer di rumah sekurang-kurangnya satu komputer untuk sebuah rumah. Seterusnya semakin ramai yang sedar akan kepentingan Internet dan setiap rakyat akan cuba untuk mendapatkan sambungan akses Internet.

Pada masa kini juga, remaja mahupun orang dewasa telah mula berminat memiliki sebuah laptop. Ini kerana laptop sekarang boleh dibeli dengan harga yang agak rendah disamping mudah dibawah ke mana-mana. Bagi mereka yang tidak memiliki akses Internet di rumah, mereka lebih berminat berkunjung ke kedai-kedai atau restoran yang menyediakan perkhidmatan wireless percuma untuk akses Internet.

Dalam asyik kita menggunakan komputer, kita tidak lari daripada gangguan kerosakan sama ada kerosakan perkakasan atau perisian. Memang tidak dinafikan bahawa kerosakan komputer boleh menyebabkan kita bingung dan bimbang apa lagi bila ada sesuatu yang penting perlu diselesaikan dengan segera menggunakan komputer tersebut.

Secara ringkasnya ada beberapa jenis masalah yang boleh terjadi kepada komputer anda seperti komputer tidak dapat dihidupkan, tidak dapat memasuki windows, berlaku ralat, perkakasan & perisian tidak berfungsi, dan macam-macam lagi masalah gangguan dan kerosakan boleh terjadi. Secara keseluruhan, masalah tersebut boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu masalah perkakasan dan masalah perisian.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diteliti bila berlaku sebarang kerosakan pada komputer anda. Tidak kiralah kerosakan itu melibatkan perkakasan atau perisian. Yang pasti anda perlu memiliki keberanian untuk mencuba membaiki komputer anda sendiri disamping perlu ada sedikit ilmu berkaitan perkakasan dan perisian komputer serta fungsi-fungsinya.

comp_prob.gif

Di sini saya cuba berikan panduan ringkas berkaitan “konsep asas baik pulih komputer” bila berlaku sebarang gangguan & kerosakan pada komputer anda.

Masalah Perkakasan

Masalah perkakasan di anggap lebih mudah dikendalikan berbanding masalah yang berlaku ke atas perisian. Ini kerana perkakasan adalah benda yang dapat dilihat. Maksudnya masalah yang dihadapi lebih mudah dilihat dan dikesan. Namun demikian, perkakasan juga berkait rapat dengan perisian. Oleh itu, kemungkinan kedua-dua perkakasan dan perisian boleh berlaku kerosakkan atau salah satu daripadanya.

Terdapat banyak masalah yang boleh berlaku ke atas perkakasan komputer yang menyebabkan komputer anda tidak dapat dihidupkan. Harus diingat, kebanyakkan masalah perkakasan menyebabkan komputer tidak dapat dihidupkan. Antara masalah yang biasa timbul ialah seperti tiada paparan pada skrin, tidak dapat mengesan perkakasan seperti floopy, mouse, keyboard dan sebagainya.

Terdapat beberapa perkara penyelesaian terhadap masalah perkakasan komputer anda. Pertama sekali periksa kabel-kabel penyambungan terhadap perkakasan komputer anda. Pastikan tiada kabel yang senget dan longgar kerana ini boleh menyebabkan komputer anda tidak dapat berfungsi.

Seterusnya periksa perkakasan komputer satu demi satu untuk mengenal pasti perkakasan yang rosak. Langkah pertama cuba buka dan pasang semula perkakasan tersebut dengan kemas. Jika tidak berhasil, anda perlu menguji perkakasan dengan perkakasan yang baru… jika tiada perkakasan baru, cuba pinjam dengan rakan-rakan anda..he he. Lakukan proses ini secara berulang satu demi satu sehingga anda menemui masalah yang terjadi.

Habuk juga boleh menyebabkan komputer anda tidak boleh dihidupkan atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, bersihkan komputer anda daripada habuk dan kekotoran yang mungkin melekat pada perkakasan. Lakukan proses pembersihan ini secara berhati-hati, berkala dan teratur.

Masalah Perisian

Masalah perisian mungkin lebih sukar sedikit berbanding masalah perkakasan. Biasanya jika masalah perisian berlaku, komputer anda masih boleh dihidupkan dan paparan maklumat pada skrin dapat kelihatan. Namun ia masih bergantung kepada jenis kerosakkan atau masalah pada perisian tersebut.

Walaupun demikian, biasanya masalah perisian yang timbul akan tertera maklumat kerosakkan tersebut. Jika anda mahir dalam perisian, anda mungkin boleh menyelesaikan masalah yang timbul berpandukan kepada maklumat yang tertera. Jika tidak anda mungkin perlu menghantarnya untuk di baiki.

Bagi saya anda perlu tahu masalah perisian yang timbul. Belajar sedikit demi sedikit masalah perisian yang sering berlaku dan cuba beranikan diri anda untuk membaiki sendiri masalah perisian tersebut. Jika anda masih ragu untuk menyelesaikannya sendiri, dapatkan panduan yang banyak terdapat di Internet dan lakukannya mengikut langkah-langkah yang diterangkan.

Jika berlaku masalah perisian yang agak rumit, satu langkah terakhir yang boleh anda lakukan ialah buang perisian tersebut dan Install semula. Begitu juga dengan Sistem Operasi (Windows , Linux) anda, jika tidak berfungsi format komputer anda dan Install semula perisia tersebut. Namun anda perlu tahu cara-cara melakukan proses Instalation Sistem Operasi.

Post akan datang kita akan kongsikan dan menerangkan satu demi satu masalah dan cara baik pulih perkakasan dan perisian komputer anda.


7 Responses to “Konsep Asas Baik Pulih Komputer”

  1. By sabri bin alang mohamad on Apr 23, 2008 | Reply

    sangat bagus untuk rujukan dan belajar membaiki
    asa komputer tq

  2. By puterahairi on Apr 26, 2008 | Reply

    ilmu yg amat berguna wat saya dan org yg kurang fasih mengendalikan perkakasan dan perisian komputer.teruskan usaha ini.terima kasih.

  3. By opi on May 6, 2008 | Reply

    take loan tekun

  4. By amad on Jul 9, 2008 | Reply

    NTLDR hilang mcm mane nk baik pulih nye selain repair @ Fomat?…

  5. By dean on Oct 21, 2008 | Reply

    lau boleh terangkan lebih detail lg& mnc mana nak mengesan kerosakan HARDWARE&SOFTWARE!!!!!HEHEHE

  6. By tam on Oct 24, 2008 | Reply

    Bagu NTLDR hilang,slain format, cuba repair guna cd windows..tak pn cabut hard disk dan sambungkan kat komputer lain then copy fail ntldr.

  7. By tam on Oct 24, 2008 | Reply

    Bagi NTLDR hilang,slain format, cuba repair guna cd windows..tak pn cabut hard disk dan sambungkan kat komputer lain then copy fail ntldr.

Post a Comment