Apr
23rd

SIRI 2 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

Files under buat duit, panduan & tips, perniagaan internet | Posted by admin

Sebelum ini kita telah membincangkan sebahagian maklumat yang berkaitan bagaimana anda boleh menghasilkan wang dengan blog. Kepada anda yang belum membaca maklumat SIRI 1 tersebut…..sila klik DI SINI.

Berikut disenaraikan sambungan SIRI 2 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :

Begging

Bukan sesuatu yang memalukan untuk anda berterus terang mendapatkan wang dari blog anda. Tanyakan kepada pembaca yang sudi memberikan sumbangan tertentu dengan cara yang sopan. Seorang yang secara tulus menghargai kerja anda akan bersedia memberikan sedikit sumbangan untuk memastikan anda terus dapat memberikan informasi berguna kepada mereka.

16. PayPal : Sistem Paypal membolehkan anda meletakkan butang sumbangan pada blog anda.
17. Amazon Honor System : Seperti PayPal, Amazon Honor System juga membolehkan anda menerima sumbangan secara online.
18. Cek : Tentu sahaja kiriman cek melalui peti surat anda juga dapat dilakukan. Berikan kepada para pembaca anda alamat lengkap kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan.
19. Sumbangan bentuk fizikal : Meminta sumbangan dalam bentuk fizikal atau barang lainnya dari pembaca yang ingin memberikan anda sesuatu dalam bentuk yang lebih nyata.
20. Amazon Wish List: Walaupun bukan dalam bentuk wang, mintalah pembaca anda untuk membelikan anda barang dari Amazon Wish List.

Kesempatan

Menjadi blogger berjaya bererti menjadi pakar dalam bidang anda. Anda dapat menggunakan status ini untuk menghasilkan wang disamping dapat meningkatkan nilai anda dimata pembaca.

21. Writing Gigs: Dengan menunjukkan kebolehan pada blog anda, anda boleh menyediakan perkhidmatan berbayar untuk melakukan sesuatu perkara kepada orang lain.

seminar2.jpg

22. Seminar dan Workshop: Sebagai seorang pakar, anda dapat mengundang pembaca untuk mengunjungi anda secara pribadi untuk seminar dan workshop.
23. Bloger untuk disewa : Menjadikan diri anda seorang penulis blog.
24. Pekerjaan Blogger : Seperti blogger berbayar, Blogger Jobs dapat menghubungkan anda dengan laman web yang sedang memerlukan blogger.
25. Offline: Bawalah kemampuan blogging anda kepada dunia yang lebih nyata dengan menjadi kolumnis pada buku atau majalah.
26. Guest Blogging: Cubalah menjadim tamu bagi blog orang lain.
27. Job Board: Jika anda adalah seorang yang pakar, ciptakanlah job board yang memungkinkan pembaca anda untuk menggunakan perkhidmatan anda.
28. Buatlah Station Radio: Dengan station radio, anda dapat memberikan fungsi-fungsi podcast, menjual spot untuk acara atau menjual iklan suara.

freelance.jpg

29. Konsultasi: Jika anda adalah seorang blogger yang berjaya, anda mungkin memiliki banyak informasi untuk dikongsikan. Jadilah seorang free lance dan buatlah diri anda dibayar untuk sesuatu yang anda tahu.
30. Berbicara: Blog anda boleh membuatkan anda dikenali oleh otai-otai blog dan boleh membuat anda diundang dalam berbagai pertemuan.
31. Buku: Banyak blogger dikenali setelah menghasilkan banyak penjualan buku.
32. Wawancara: Kongsikan pengalaman anda pada radio atau tv.Untuk mengetahui sebahagian lagi langkah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan wang dengan blog, nantikan siri berikutnya….

Post Berkaitan :

1. SIRI 1 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

Post a Comment