Blogging merupakan bisnes besar sejak akhir-akhir ini, dengan beberapa blogger dilaporkan memiliki pendapatan jutaan dollar. Ada banyak cara yang boleh dilakukan blogger untuk mendapatkan cek dalam jumlah besar, dan cara tersebut haruslah tidak menakutkan atau menipu pelanggan anda.
Di sini RahsiaKomputer.com ingin berkongsi maklumat yang diperolehi berkaitan bagaimana anda boleh menghasilkan wang dengan menggunakan blog anda. Penerangan ini akan diberikan dalam beberapa siri dan siri-siri berikutnya akan diberikan di post akan datang.
Berikut disenaraikan SIRI 1 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :
Merchandising
Jika anda adalah blogger yang dicintai, ada kemungkinan para pembaca akan sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kedapa anda. Berikan apa yang mereka mahu dan cubalah menghasilkan wang dengan menjual produk-produk tertentu.

1. CafePress.com : Laman web kegemaran ini memungkinkan anda membuat logo blog anda pada baju, tas, alas dan barangan lainnya.
2. Menerbitkan Buku Sendiri : Jika pembaca anda menyukai apa yang anda tulis, mungkin mereka ingin memiliki dalam bentuk yang dapat mereka pegang saat online untuk ditunjukkan kepada rakan mereka. Hasilkanlah percetakan untuk menerbitkan buku sendiri dan anda akan menikmati keuntungan yang besar.
3. Printfection.com : Desain dan jual-lah produk yang anda buat sendiri dengan Printfection.com.
4. Kandungan Hard Copy: Buatlah produk dalam bentuk CD-ROM dengan kandungan yang dapat anda akses secara offline. Anda dapat mengambil langkah lebih jauh dengan menjual subscription update.
5. GoodStorm : Seperti CafePress.com dan Printfection.com, GoodStorm adalah cara baik untuk mencipta dan menjual barang buatan anda sendiri.
Kandungan Berbayar
Kandungan berbayar adalah cara terbaik untuk menghasilkan wang bagi para blogger yang secara reguler memberikan informasi bermutu - terutama jika informasi ini juga berguna bagi orang lain untuk menghasilkan wang. Jangan menciptakan preview yang boleh membuatkan kandungan itu tidak memerlukan untuk ianya dibaca penuh. Cubalah tarik pelanggan untuk membayar sejumlah wang untuk mendapatkan informasi bermutu dan lengkap.

6. E-Books: Merupakan kaedah informasi lengkap dengan tips terbaik dan idea yang disatukan - sebuah e-book memerlukan kandungan yang baik serta dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pembaca.
7. White Papers: Seperti e-books, white papers tampil lebih kecil namun memiliki versi teknik yang lebih banyak mengenai kandungan anda.
8. Layanan Telepon: Jual-lah layanan telepon yang memberikan nasihat dan layanan konsultasi.
9. Miniguides: Jika anda memiliki kemahiran yang boleh membantu seseorang, buatlah satu pakej yang mengandungi panduan dan tips dalam bentuk mini.
10. Tutorial: Kumpulkan pengetahuan anda dan kompilasikan mereka ke dalam bentuk tutorial yang didasarkan pada nasihat dan panduan pakar.
11. Hanya untuk ahli berdaftar : Apakah anda menyediakan akses kepada published items atau hanya merupakan kandungan bebas iklan, pastikan anda menyampaikan produk yang bersedia dibayar oleh para pembaca anda.

12. TextMarks Inc : Kenakan bayaran kepada para pelanggan anda dengan layanan sms mengenai kandungan dengan TextMarks.
13. X-Events : Projek event fizik secara online dan hasilkan pendapatan dengan mengenakan bayaran pengurusan, sponsor dan menjual subscription pada event seterusnya.
14. Podcasts: Podcasts mungkin merupakan sesuatu yang baru bagi para pembaca anda, dan kebanyakan dari mereka mungkin bersedia membayar anda.
15. Video: Seperti podcast, video merupakan tambahan nilai kepada pembaca.
Untuk mengetahui sebahagian lagi langkah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan wang dengan blog, nantikan siri berikutnya….








