May
31st

Menonton Video Percuma

Files under umum, video | 2 Comments

Hari cuti ni duduk rumah je sambil melayari Internet, membaca blog-blog usahawan internet. Tak tahu nak buat apa. Bila hari cuti minda pun seakan cuti juga. Maklumlah nak rehatkan minda.

Dalam situasi dunia yang semakin mahal, maksudnya semua barang dah mahal….inflasi lah dengan kata lain. Terpaksalah mencari altenatif untuk mendapatkan yang percuma (baca blog MohdSuhaimi). Apa yang saya nak sampaikan ialah menonton video percuma.

Sempatlah lihat cerita terbaru Indiana Jones. Walaupun gambar tak berapa baik, namun bolehlah sekadar memahami jalan ceritanya sambil menjimatkan wang…free kan..he he. Tak payah bersesak-sesak ke pawagam.

Macam-macam cerita yang ada. Jom kita ramai-ramai menonton sambil merehatkan minda di Watch Movie.

May
31st

Join Affiliate Panduan Membina Laman Web

Beberapa hari yang lepas, RahsiaKomputer telah melancarkan satu produk yang bertajuk Panduan Membina Laman Web. Produk yang berkaitan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web, salesletter, panduan cpanel, memasang skrip autoresponder, sistem affiliate, borang, ad rotator dan skrip tambahan.

Kini peluang dibuka kepada anda semua untuk menyertai Rakan Affiliate Panduan Membina Laman Web. Sistem affiliate ini memberi peluang kepada anda untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan mempromosikan produk tersebut. Setiap jualan yang terhasil daripada link anda akan dibayar komisen sebanyak RM15.

Kepada rakan affiliate akan disediakan sedikit tool dan panduan bagaimana anda boleh melakukan promosi berkesan terhadap produk tersebut. Selain itu, banner dan ecover juga disediakan di dalam akaun affiliate anda.

Untuk menyertai rakan affiliate Panduan membina laman web klik SINI

Laman web rasmi Panduan Membina Laman Web klik SINI

Sekian dan salam maju jaya.

May
28th

Gmail On Your Mobile

Tajuk bahasa omputih, tapi kandungan bahasa Malaysia je, tak berapa bijak dalam bahasa Inggeris ni. Paham sikit-sikit tu bolehlah.

Tajuk ini mungkin sudah ramai yang mengetahuinya dan sudah ramai yang menggunakannya di telepon bimbit mereka. Namun saya tidak nafikan ada juga yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukannya seterusnya menggunakannya. Apa yang saya maksudkan ialah memasang aplikasi GMail ke dalam telepon bimbit anda. Telepon yang sesuai jelah…..yang tak tu mungkin lepas ni boleh tukar telepon baru..he he

Sebenarnya saya sudah lama menggunakan aplikasi Gmail dalam telepon ni, cuma baru berkesempatan untuk menulis artikel yang berkaitan dengannya. Setelah menggunakannya, memang amat mudah untuk menyemak email anda hanya melalui telepon. Ini kerana di mana-mana pun anda boleh menyemak email dan membalasnya tanpa perlu ke cyber cafe atau tanpa perlu membuka laptop anda.

Jika anda menjalankan perniagaan Internet seperti saya, menggunakan perkhidmatan ini memang amat sesuai dan digalakkan. Ini kerana anda boleh menyemak segala jualan yang berlaku di laman web anda walaupun anda berada di mana sahaja atau sedang sibuk melakukan pekerjaan. Dengan cara ini pelanggan anda tidak perlu menunggu begitu lama untuk menerima produk yang dipesan dan anda boleh membalas email tersebut dengan serta merta.

Untuk memasang aplikasi Gmail tersebut, mula-mula pastikan anda mengaktifkan perkhidmatan GPRS atau 3G pada telepon bimbit anda. Setelah itu, anda boleh download aplikasi Gmail tersebut di http://gmail.com/app. Untuk kepastian, sila semak pelbagai perkhidmatan Mobile dari Google di Google Mobile.

Setelah proses download selesai, secara automatic anda akan diminta install perisian tersebut ke dalam handphone anda. Install perisian gmail tersebut ke handphone anda. Seterusnya satu ikon gmail akan muncul di dalam menu telepon bimbit anda.

Di situ, bolehlah anda menyemak email anda melalui perisian gmail tersebut menggunakan ID dan password akaun gmail anda sendiri. ID dan Password adalah sama dengan ID dan Password yang anda gunakan di akaun gmail anda yang asal. Biasanya selepas anda memasuki akaun Gmail anda, untuk memasuki akaun Gmail tersebut untuk kali kedua, anda tidak perlu memasukkan ID dan Password itu semula.

Selamat mencuba.

P/S : Cuba jangan tak cuba.

May
26th

Panduan Membina Laman Web

Setelah hampir 4 bulan berhempas pulas untuk menghasilkannya, akhirnya produk ini siap juga. Produk yang dimaksudkan ialah ebook Panduan Membina Laman Web. Tengok design ecover di bawah….ok tak. Bolehlah…nak tahu siapa buat..? Nak tahu klik SINI.

Sebenarnya Dunia Internet Anda Bermula Di Sini…….

Ebook Panduan Membina Laman Web adalah ebook yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menghasilkan laman web sendiri yang cantik dan menarik. Selain itu, diterangkan juga bagaimana anda boleh membina laman web salesletter, sedikit panduan berkaitan dengan Cpanel, memasang skrip autoresponder, ad rotator, membina borang, sistem affiliate dan beberapa skrip tambahan.

Kandungan ebook ini terdiri daripada 5 bahagian utama dan semua penerangan di sertakan maklumat bergambar yang memudahkan anda memahami setiap langkah yang diterangkan dan dapat melakukan praktikalnya dengan lebih baik.

Selain itu, anda juga diberikan beberapa skrip yang penting seperti Koleksi Skrip JavaScript, skrip Ad Rotator, skrip Autorespoder, skrip Borang, dan skrip Sistem Affiliate. Semua skrip ini ada disertakan dengan panduan manual pemasangannya.

Bonus-bonus hebat juga turut diberikan. Yang pastinya bonus yang disertakan ini adalah bonus yang berkaitan dengan pembinaan laman web dan dunia Internet.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk ini, lawati laman web rasmi produk tersebut di SINI.

May
25th

Stacy Juara AF6

Files under umum | Leave a Comment

Tahniah buat Stacy….

Itulah kata-kata yang boleh ku ucapkan kepada Stacy yang telah memenangi dan menjuarai AF6. Setelah menanti sekian lama untuk melihat pelajar dari Sabah berjaya sebagai juara, akhirnya muncul jua….Stacy lah orangnya….Bangga sikit lah coz aku ni orang Sabah. Jangan marah noh….

Stacy yang menyanyikan dua lagu iaitu Atas Nama Cinta (penyanyi asal Rossa) dan lagu baru iaitu Aku Stacy telah menyanyikan lagu tersebut dengan penuh yakin dan bertenaga. Dengan kekuatan inilah yang telah mengangkat Stacy berjaya menjadi Juara Akademi Fantasi Musim 6.

Berikut adalah senarai pemenang dari tempat kedua hingga kelima :

2. RIZ
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

3. NUBHAN
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)


4. TOI
Cinta Zulaikha (Mawi)
Paling Terindah (Lagu Baru)

5. NADIA
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)

Tahniah buat semua pelajar-pelajar AF6 yang telah berjaya menjayakan sesi akademi musim ke 6 ini.

P/S : Stacy….Jangan lupa buat kenduri ya….conpom saya tak datang punya….

May
24th

Pulau Batu Puteh Milik Singapura

Files under umum | 1 Comment

Setelah menanti debaran sekian laman berkaitan pertelingkahan dan perebutan antara Singapura dan Malaysia terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), kini telah sah palau tersebut menjadi milik Singapura.

Pulau Batu Putih

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang bersidang telah memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.

Bagi pulau Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) pula, ICJ memutuskan bahawa pulau tersebut menjadi milik Malaysia, manakala Terumbu Karang Selatan pula ditentukan berdasarkan kedudukan pulau tersebut berada.

Segala persoalan telah terjawab. Di harap tiada lagi perbalahan akan berlaku antara Malaysia dan Singapura.