Tajuk bahasa omputih, tapi kandungan bahasa Malaysia je, tak berapa bijak dalam bahasa Inggeris ni. Paham sikit-sikit tu bolehlah.
Tajuk ini mungkin sudah ramai yang mengetahuinya dan sudah ramai yang menggunakannya di telepon bimbit mereka. Namun saya tidak nafikan ada juga yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukannya seterusnya menggunakannya. Apa yang saya maksudkan ialah memasang aplikasi GMail ke dalam telepon bimbit anda. Telepon yang sesuai jelah…..yang tak tu mungkin lepas ni boleh tukar telepon baru..he he

Sebenarnya saya sudah lama menggunakan aplikasi Gmail dalam telepon ni, cuma baru berkesempatan untuk menulis artikel yang berkaitan dengannya. Setelah menggunakannya, memang amat mudah untuk menyemak email anda hanya melalui telepon. Ini kerana di mana-mana pun anda boleh menyemak email dan membalasnya tanpa perlu ke cyber cafe atau tanpa perlu membuka laptop anda.
Jika anda menjalankan perniagaan Internet seperti saya, menggunakan perkhidmatan ini memang amat sesuai dan digalakkan. Ini kerana anda boleh menyemak segala jualan yang berlaku di laman web anda walaupun anda berada di mana sahaja atau sedang sibuk melakukan pekerjaan. Dengan cara ini pelanggan anda tidak perlu menunggu begitu lama untuk menerima produk yang dipesan dan anda boleh membalas email tersebut dengan serta merta.
Untuk memasang aplikasi Gmail tersebut, mula-mula pastikan anda mengaktifkan perkhidmatan GPRS atau 3G pada telepon bimbit anda. Setelah itu, anda boleh download aplikasi Gmail tersebut di http://gmail.com/app. Untuk kepastian, sila semak pelbagai perkhidmatan Mobile dari Google di Google Mobile.
Setelah proses download selesai, secara automatic anda akan diminta install perisian tersebut ke dalam handphone anda. Install perisian gmail tersebut ke handphone anda. Seterusnya satu ikon gmail akan muncul di dalam menu telepon bimbit anda.

Di situ, bolehlah anda menyemak email anda melalui perisian gmail tersebut menggunakan ID dan password akaun gmail anda sendiri. ID dan Password adalah sama dengan ID dan Password yang anda gunakan di akaun gmail anda yang asal. Biasanya selepas anda memasuki akaun Gmail anda, untuk memasuki akaun Gmail tersebut untuk kali kedua, anda tidak perlu memasukkan ID dan Password itu semula.
Selamat mencuba.
P/S : Cuba jangan tak cuba.





