May
22nd

New YouTube Video Player Beta

Files under internet, umum | Leave a Comment

Saya baru perasan terdapat Video Player baru dari YouTube yang masih dalam versi Beta. Setelah mencuba video player baru ini, apa yang saya perhatikan dia punya buffering load lebih cepat dari yang sebelumnya. Memang cepat proses loadnya…..nak tahu cubalah di laman web YouTube.

Namun masih terdapat beberapa masalah yang timbul terhadap penggunaan Video Player baru ini. Antara masalah yang timbul anda boleh lihat pada video di bawah.

Di harap pihak YouTube dapat memperbaiki kelemahan yang wujud ini…he he

P/S : Kalau load laju macam ni, memang seronok tengok video kegemaran ni….Naruto & Bleach

May
19th

Spyware Doctor For Windows

Award-winning spyware protection to secure your PC against privacy and tracking threats.

Spyware Doctor adalah perisian untuk mengesan malware & spyware. Ia melindungi dan membuang PC anda daripada beribu-ribu spyware, adware, trojans, keyloggers, spybots dan tracking threats.

Untuk downlaod dan proses install, sila ikuti langkah berikut :

  1. Klik butang hijau untuk dowload software.
  2. Bila kotak File Download terpapar, klik butang “Save”.
  3. Bila kotak Save As muncul, pili folder untuk meletakkan software tersebut di dalam komputer anda seperti di Desktop.
  4. Tunggu sehingga selesai proses download.
  5. Seterusnya klik dua kali pada icon seperti di bawah untuk proses installation.
  6. Klik Run untuk meneruskan proses installation.
  7. Anda akan disuruh untuk menutup semua aplikasi yang sedang berjalan seperti gambarajah di bawah. Klik “Next” untuk installation seterusnya.
  8. Baca License Agreement. dan klik “I accept the agreement” . Seterusnya klik “Next”.
  9. Hanya klik “Next” untuk meneruskan proses.
  10. Klik “Install” untuk memulakan installation Spyware Doctor.
  11. Biarkan proses instalation berjalan sehingga selesai.
  12. Klik “Finish” dan mulakan Spyware Doctor.

Download software di sini.

May
17th

Cerita Mitivasi : Kenapa Tak Rogol..?

Files under motivasi, umum | Leave a Comment

Terbaca saya satu artikel dari blog Isu Hangat yang bertajuk “Kenapa Tak Rogol“. Tertarik saya dengan cerita yang disampaikan itu. Terdapat motivasi yang cukup besar disampaikan di dalam cerita tersebut. Motivasi yang berkaitan kepercayaan dan ketuhanan. Mungkin kita boleh sama-sama memikirkan natijah setelah membacanya.

Saya copy pastekan cerita tersebut seperti berikut :

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol
tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu
ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orangmukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa
dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…..

Mohazila Hamdan

p/s : Apa yang anda dapat daripada cerita tersebut. .? Bersama sama kita merenung dan fikirkan bersama. Semoga kita sentiasa berada dijalan yang benar.

May
16th

Handphone vs iPhone

Files under mobile | Leave a Comment

Sekarang semakin banyak teknologi handphone yang menyediakan fungsi touchscreen. Di pasaran telah ada dan akan muncul handset - handset canggih yang boleh menjadi pesaing hebat kepada iPhone. Berikut beberapa jenis handphone yang menggunakan telnologi tersebut :

Image Hosted by ImageShack.us

1. Samsung Instinct
Reka bentuk seakan-akan seperti  iPhone, paparan navigasi yang mudah, menyokong teknologi data 3G, Video on-demand, fulltrack music download, arahan suara, GPS.

Kelebihan : Getaran yang timbul semasa menekan skrin sangat membantu pengguna untuk mengetahui apakah tekanannya sudah benar atau belum (sebagai feedback), akses 3G untuk file video dan muzik streaming, memiliki ukuran dan berat yang sama dengan iPhone, memori external.

Kekurangan: Tidak ada Wi-Fi, web browsernya tidak setanding iPhone, no Exchange support (save for Outlook Web Access)

Image Hosted by ImageShack.us

2.Sony Ericsson Xperia X1
Mobile phone pertama dari Sony Ericsson yang menggunakan OS windows Mobile. Reka bentuk slidernya dinamakan “arc-slider”, keypadnya QWERTY, dan interface berbentuk panel-panel yang berjalan pada Windows Mobile.

Kelebihan : One-touch panel-nya menonjol, slidernya di tepi membolehkan skrin dibesarkan dan memudahkan ketika menekan, skrin razor-sharp WVGA berukuran 3 inchi, “optical” joystick memudahkan pengendalian halaman web, full Office dan Exchange support, Wi-Fi.

Kekurangan : berat dan besar, User interfacenya lebih sukar dikendalikan berbandingkan iPhone, lebih mahal.

Image Hosted by ImageShack.us

3.LG Vu
Tipis, ringan, dan stylish. Menyokong kelajuan data HSDPA, menyokong AT&T live TV yang menyediakan 9 channel video streaming. Dengan interface yang beranimasi, email mobile, dan  video conference satu arah dari AT&T.

Kelebihan : Kualiti video yang baik menggunakan AT&T live TV, saiz yang agak sesuai, akses terhadap full-track music downloads, dan memori tambahan.

Kekurangan : Interface yang ada tidak dapat memaksimakan kemampuan touchscreen dari vu, tidak ada Wi-Fi, tidak menyokong Exchange, Harga yang tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.

Image Hosted by ImageShack.us

4. LG Voyager
Layar touchscreen berukuran 2,8 inchi. Keypad QWERTY, tersedia sokongan Verizon’s live TV.

Kelebihan : Interface yang baik, tersedia butang QWERTY yang sangat berguna swmasa menaip masej yang panjang, akses data 3G, full-track music downloads, GPS, memori tambahan.

Kekurangan : Besar dan berat, Web-browser tidak sebaik iPhone, tidak support Exchange, tidak ada Wi-Fi, mahal.

Image Hosted by ImageShack.us

5. LG Venus
Handphone dengan reka bentuk slide ini memiliki dua skrin (dual display), skrin LCD yang sensitif terhadap sentuhan dibahagian bawah dan skrin standart yang lebih besar ukurannya di bagaian atas.

Kelebihan : Butang navigasinya boleh berubah-ubah paparannya dan fungsinya bergantung pada apa yang sedang kita lakukan, akses data 3G, full-track music downloads, GPS, memori tambahan.

Kekurangan : Fungsi touch screen tidak maksima. harga terlalu mahal jika dibandingkan dengan kualiti yang diberikan.

Image Hosted by ImageShack.us

6. HTC Touch
Handset bersistem operasi Windows Mobile, didatangkan dengan interface HTC’s TouchFlo (efek tiga dimensi yang berputar semasa berganti-ganti halaman) memberikan satu sentuhan akses pada daftar panggilan, pesanan, web browsing, multimedia, dan lainnya.

Kelebihan : Cukup kecil dan langsing , interface yang cerdas memudahkan dalam mengakses fungsi-fungsi yang ada, Menyokong OFFICE dan Exchange, data akses 3G, full-track music downloads, dan video on-demand.

Kekurangan : Tidak tersedia Wi-Fi

Image Hosted by ImageShack.us

7. HTC Touch Dual
Versi HSDPA dari Touch, fungsi-fungsi yang dimilikinya hampir sama dengan Touch, dengan reka bentuk slide, keypad 20 tombol.

Kelebihan : Sama seperti Touch, hanya ada tambahan keypad slide.

Kekurangan : Dual’s pseudo-QWERTY keypad (hampir serupa dengan yang ada pada handset BlackBerry Pearl) memerlukan waktu yang cukup lama untuk menguasainya.

May
15th

Majalah IM Edisi 4..

Kini majalah IM Edisi ke 4 telah di lancarkan. Satu produk yang penuh dengan maklumat berguna untuk anda semua. Kepada sesiapa yang belum mendapatkan Edisi pertama hingga edisi ketiga, anda boleh terus ke laman web rasmi Majalah IM.

MajalahIM #4

Download segera di sini.

May
14th

iPhone Generasi kedua

Files under mobile | Leave a Comment
Ryan Block dari Engadget mengatakan bahawa iPhone generasi kedua ini di peringkat akhir penyelidikan, dan banyak rahsia tambahan yang terdapat pada ciri-cirinya. Berikut beberapa perkara yang berkaitan dengan iPhone ini :

  • Dimensi iPhone generasi dua hampir sama dengan iPhone generasi pertama.
  • Tentunya, handphone ini akan memiliki 3G, dan juga GPS!
  • Perbezaan fizikal utama adalah bahagian belakangnya yang tidak lagi diperbuat dari metal. Seluruh produk ini berwarna hitam, dari atas ke bawah. Butang volume kini berwarna perak.
  • Generasi kedua sedikit lebih tebal dibandingkan generasi pertama.
  • Menggunakan resolusi yang sama dengan generasi pertama.

Image Hosted by ImageShack.us

Produk ini kemungkinan akan diperkenalkan pertengahan tahun ini, akan tetapi perlu ditekankan bahawa ujian produk ini masih belum berakhir. Ciri-cirinya berkemungkinan boleh berubah sebelum diumumkan.