Tahniah buat Spain kerana memenangi EURO 2008.
Sepanjang EURO 2008 ni, perlawanan akhir inilah merupakan perlawanan yang saya lihat secara live. Sebelum ni hanya tunggu ulangan je. Seronok juga bila dapat tengok live, perlawanan akhir pula tu.

Perlawanan akhir ni kira ok jugalah. Pertembungan kedua-dua pasukan Spain dan German agak seimbang dan masing-masing mempunyai peluang untuk menjadi juara. Itu ulasan aku je tu…he he
Berakhir sudah sorakan emosi EURO 2008.
p/s : Malaysia bila lagi nak jadi pasukan yang macam tu..? Entahlah..
Posted by admin |
2 Comments »
Sedang jenguk-jenguk rakan blogger dari Tawau….terbaca satu post yang cukup menarik perhatian ku. Kebanyakan dari mereka membincangkan pasal benda ni iaitu”1st Tawau Blogger Gath“… Ini satu perluang untuk mengenali rakan-rakan blogger dari Tawau ni….ho ho
Terus terang saya katakan cuma seorang yang saya kenali di antara mereka iaitu Romzi (sahabat baik) dari CintaGila.blogspot.com. Memang nak join pun….itu pun kalau sempat lah coz sekarang saya berada di Keningau. Apa pun saya harap ini satu permulaan yang baik dalam mengeratkan hubungan para blogger…caya sama lu orang.
Antara bloggers yang confirm akan join gath esok (28/6/2008) ialah –>
- PUADEDE.COM
- BUDIHERMAWAN.COM
- CINTAGILA.BLOGSPOT.COM (best pren – bekas teman sebilik)
- FRIENDLY81.BLOGSPOT.COM
- CSANKAI.ORG
- LIKEAROSE.BUDIHERMAWAN.COM
- ANGRIANIWORLD.COM
- WUNABARAKATI.BLOGSPOT.COM
1st Tawau Blogger Gath
Maklumat berkaitan dengan gath tersebut adalah seperti berikut…(dari puadede.com) :
1ST GATH TAWAU BLOGGERS
LOKASI: RESTORAN KAYU MANIS
(Restoran ini mempunyai wireless untuk online)
YURAN MAKAN: RM10 SEORANG
PAKAIAN: T-SHIRT YANG BERSESUAIAN

Map ke Restoran Kayu Manis.
Barang yang perlu dibawa:
- Alat tulis, buku nota,
- Laptop (bagi yang ada),
- Pen drive untuk templates percuma & plugin
- Makanan sampingan (kalau ada yang nak bawa kek, silalah bawa

Note: Yuran makanan RM10 dikenakan bagi memudahkan pihak restoran menyediakan pakej makanan yang telah ditempah.
Kepada rakan blogger yang berada di Tawau mungkin boleh sertai dengan rakan-rakan kita ni. Banyak ilmu dan maklumat yang boleh diperolehi daripada rakan blogger yang ala-ala pakar gitu..
Wassalam..
p/s : kalau wa tak sempat, wa tunggu untuk 2nd gath pula.. he he
Posted by admin |
14 Comments »
Kejayaan…..perkataan yang mempunyai makna yang cukup luas. Masing-masing dari kita mempunyai definisi yang berbeza berkaitan dengan konsep dan makna kejayaan ini. Secara keseluruhan dapat di simpulkan kejayaan adalah satu pencapaian, kebahagian, kegembiraan, kebanggaan dan usaha.
Jika di hayati dari segi konsep dan makna ini, memang kejayaan memberikan kita satu keseronokan dan kebanggaan. Namun adakah kita sudah sampai ke tahap yang boleh dikatakan kita berjaya atau kita semakin jauh dari maksud sebenar kejayaan itu. Mungkin kata-kata hikmat Rich Port berikut boleh mengukur maksud kejayaan.
“Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan. Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya”…Rich Port.
Mari kita hayati cuitan-cuitan rasa berikut untuk memberikan kita lagi semangat dan hikmah untuk menemui jalan kejayaan yang diimpikan.
- Kayakan hati anda sebelum anda menjadi kaya. Berfikirkan berapa banyak anda boleh memberi lebih baik daripada berfikir berapa banyak ganjaran yang boleh anda perolehi.
- Jadilah mukmin yang kuat dan melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya dengan berusaha bersungguh-sungguh.
- Memperolehi harta itu adalah sebaik-baik perangai setelah beragama. Kita seharunya berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan. Fokus kita adalah untuk mencapai kejayaan disamping dapat membantu orang lain.
- Kaedah belajar yang terbaik adalah mempraktikkan apa yang telah diketahui. Insan yang mempraktikkan apa yang diketahui dan kemudian mengajar kepada orang lain adalah insan yang paling banyak mendapat hikmah.
- Menuntut ilmu adalah satu tugas yang amat penting, malah ia adalah lebih utama dari mencari harta kekayaan. Ilmu pengetahuan yang diperolehi itu akan memberikan kita keuntungan.
- Sikap insan menghalakan cara dia bertindak. Tetapi sikap itu bergantung kepada cara ia berfikir, dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.
- Islam menyuruh supaya umatnya berusaha bersungguh-sungguh untuk dunia dan akhirat, seterusnya menekankan umatnya berdikari, berusaha dan bertawakal.
Semoga cuitan-cuitan ringkas ini akan memberikan anda rangsangan untuk terus berjaya. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
“Hati perlu kaya sebelum diri menjadi kaya. Berilah sebelum anda menerima ganjaran. Usah mengharapkan ganjaran sebelum anda memberikan sesuatu”
Salam kejayaan.
Post Berkaitan :
- Mengenali Rahsia Mutu Diri
Posted by admin |
2 Comments »
Anda mungkin pernah terjumpa sebuah atau beberapa fail yang tidak dapat di buka pada Windows anda. Tidak dinafikan sesetengah jenis fail memang tidak boleh dibuka tanpa mempunyai perisian sokongan yang dipasang pada windows anda.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Download Squad telah menyenaraikan 10 perisian percuma yang boleh menyelesaikan masalah fail yang tidak dapat dibuka pada windows anda. Oleh itu, masalah “Windows cannot open this file” akan dapat diatasi.
Lihatlah senarai perisian berikut :
- VLC – format audio dan video yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis format fail, dan VLC dapat memutar format audio/video seperti DivX, XviD, AVI, Mpeg 1-4, AC3, AAC, FLAC, WAV, FLV, OGG, VOB dan banyak lagi. Terdapat juga versi portabel VLC yang dapat beroperasi dari flash disk tanpa dipasang pada komputer anda.
- KMPlayer juga sebuah perisian audio dan video yang serupa VLC. Apabila Anda hanya mencari sebuah code pack untuk video player yang anda miliki, cubalah K-Lite Mega Codec Pack atau CCCP.
- Real Alternative atau QuickTime Alternative – Sebelum YouTube, Real Player dan QuickTime adalah raja multimedia di internet.
- IrfanView untuk membuka gambar dalam segala jenis format.
- OpenOffice – Untuk membaca segala jenis dokumen Office. Boleh digunakan seperti anda menggunakan Microsoft Office.
- Foxit PDF Reader – Untuk membuka fail berformat PDF. Apabila Anda memerlukan sebuah PDF viewer yang mempunyai banyak fungsi, cubalah juga PDF X-Change yang memiliki fungsi-fungsi tambahan seperti Annotation, Drawing, Save-able Form Fill.
- 7-Zip – membuka segala jenis data bercompress (termampat) seperti RAR, CAB, ISO, ARJ, LZH, CHM, MSI, WIM, Z, CPIO, RPM, DEB dan NSIS. Anda juga boleh mencuba IZARC yang memiliki fungsi compress yang lengkap.
- Daemon Tools – membuka file CD Image berbentuk B5T, B6T, BWT, CCD, CDI, CUE, ISO, MDS, NRG, PDI dan ISZ.
- Java – membuka program-program yang ditulis dalam bahasa Java, biasanya dengan format JAR.
- Shockwave dan Flash Player – Membuka dan membaca fail dalam bentuk game Flash.
Selepas ini, masalah yang pernah anda hadapi untuk membuka sesebuah fail akan dapat di atasi.
Selamat mencuba.
Posted by admin |
No Comments »
Dalam membina sesebuah laman web, kita tidak lari dari membicarakan tentang kod-kod HTML yang digunakan. Walaupun pada masa ini terdapat banyak perisian membina laman web (WYSWYG – What You See Is What You Get) tanpa perlu anda memahami kod HTML tersebut seperti perisian Frontpage dan Dreamweaver. Namun demikian, dalam satu-satu keadaan anda mungkin perlu juga memahami kod-kod HTML ini.
Dalam melayari laman web, sebenarnya anda boleh melihat dan mengkaji penggunaan kod-kod HTML atau skrip tambahan yang digunakan oleh sesebuah laman web tersebut.
Untuk pengguna Firefox, hanya tekan “ctrl + u” atau pergi ke menu bar, tekan “view” dan pilih “page sources“. Manakala untuk pengguna Internet Explorer pula, tekan “view” pada menu bar dan pilih “Source“.
Contoh kod HTML dan beberapa skrip (Javascript & php) yang digunakan di dalam sesebuah blog adalah seperti gambarajah di bawah. Kod tersebut diambil dari blog RahsiaKomputer.com.

Untuk mengkaji lebih mendalam bagaimana sesebuah laman web dibina dan mengetahui penggunaan kod dan skrip yang digunakan, saya mencadangkan anda “save as” sahaja halaman web tersebut dan kemudian buka halaman itu menggunakan perisian membina laman web yang anda gunakan. Ingat…. Jangan pula anda tiru laman web tersebut, hanya untuk mempelajarinya sahaja.
Kepentingan melihat sumber kod HTML sesebuah laman web adalah untuk :
- Mengetahui bagaimana susun atur kod sesebuah laman web ditulis dan dibina.
- Mengkaji bagaimana meta tag sesebuah laman web ditulis dan kedudukan tag tersebut diletakkan.
- Mengetahui serba sedikit berkaitan dengan penggunaan kod-kod HTML dan fungsi-fungsinya.
- Mengkaji tentang skrip-skrip tambahan yang digunakan oleh sesebuah laman web tersebut.
- Kepentingan lain bergantung tujuan anda ingin melihat kod-kod tersebut.
Namun demikian, untuk mengkaji dan memahami kod-kod yang digunakan, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas yang berkaitan dengan kod-kod tersebut. Oleh itu, anda perlu mempelajari serba sedikit berkaitan dengan kod HTML, Javascript mahu pun PHP.
Dalam ebook Panduan Membina Laman Web, saya ada membincangkan serba sedikit kerangka asas kod HTML laman web dan beberapa penggunaan kod yang perlu untuk sesebuah laman web.
Salam Kejayaan.
Posted by admin |
No Comments »
EA telah melancarkan Sims Carnival, sebuah koleksi games berasaskan Flash yang dapat dimainkan, diubahsuai dan selain dapat diletakkan di laman web anda sendiri. Pengunjung boleh bermain game-game yang terdapat di laman web tersebut atau secara terus di laman web dan blog anda. Selain itu, anda juga boleh membuat sebuah game baru secara percuma.
Untuk merayakan pelancaran laman web ini, Sims Carnival juga telah mengumumkan pertandingan “Galactic Game Challenge” yang akan memberi hadiah wang tunai untuk pereka cipta game terbaik.
Laman web ini memberikan pelbagai fungsi mudah yang membolehkan pengunjung untuk membuat game mereka sendiri tanpa perlu memiliki pengetahuan programing.
Kepada anda yang ada memiliki game Flash buatan sendiri, Anda juga boleh upload game tersebut ke laman web Sims Carnival. Cara ini mamang sangat berguna untuk mempromosikan produk anda di pasaran game Flash ke seluruh dunia (jika anda pakar pembuat game lah).
Di bawah adalah salah satu contoh game dari Sims Carnival yang paling popular semasa artikel ini ditulis. Apa tunggu lagi, jom main… Permainan yang menguji penglihatan dan kecepatan anda melayan pelanggan yang datang ke kedai anda.
Selamat bermain….
P/S : Siapa nak lawan, saya tetap seorang juara…ho ho
Posted by admin |
1 Comment »