Salam kebahagian dan keceriahan semua. Hari ni kita nak bermotivasi pula. Sekali sekala kita perlu muhasabah dan memotivasikan diri kita sendiri. Mungkin ada kealpahan dan kekurangan yang kita tidak sedari atau mungkin semangat kita semakin pudar dalam perjuangan ini.
Setiap insan mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri. Manusia diciptakan dengan rahsia kebolehan walaupun tidak semua insan memiliki bakat yang serupa. Namun bakat dan kebolehan itu tetap ada…Oleh itu, adakah kita sudah menggunakan rahsia kebolehan yang ada pada diri kita, atau kita masih berfikiran di tahap yang sama..? Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan malam.
Sempena setiap Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, mari kita bincang-bincangkan dan bongkarkan rahsia mutu diri yang mungkin tersembunyi dalam diri kita untuk mencapai mercu kejayaan.
Rahsia mutu diri ialah rahsia yang perlu kita bincangkan bagaimana kita menggali, membongkar dan menyelusuri kebolehan yang ada pada diri kita tapi kita tidak menyedari atau tidak mengetahuinya. Bagaimana mutu yang ada pada diri kita ini digunakan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan meningkatkan hasil perolehan.
Patutkah anda berterusan miskin harta, budi dan keyakinan..? Anda mungkin tidak memusuhi kekayaan, kemewahan dan kebaktian, tapi mengapa kita masih berada pada tahap kemiskinan dan ala kadar. Mengapa anda tidak berusaha untuk terus maju dalam mencapai apa yang boleh memberikan anda kebahagian. Sebenarnya jawapannya ada pada diri anda sendiri.
Walaupun dunia ini di ibaratkan sebagai sebuah ladang yang luas, tetapi ramai yang membiarkan ladang mereka ditumbuhi lalang. Begitu juga manusia, setiap diri manusia mempunyai Telaga Emas, tapi sedikit sangat yang berusaha untuk menggalinya.
Mungkin ayat berikut boleh memberikan anda sinar untuk mengenali diri anda yang sebenarnya.

Oleh itu, untuk menjadikan kita manusia yang sentiasa berjaya dan cemerlang, ikuti siri Rahsia Mutu Diri yang selanjutnya setiap hari Jumaat. Mari kita bincang-bincangkan dan kongsikan ilmu yang anda miliki.
Salam kejayaan.






By Dekan on Jun 20, 2008 | Reply
Salam.. Mak aih… banyaknye information.. Mantap2.
By mus on Jun 21, 2008 | Reply
ya dekan..terima kasih
sy pun berminat dengan maklumat dekat blog u tu