EA telah melancarkan Sims Carnival, sebuah koleksi games berasaskan Flash yang dapat dimainkan, diubahsuai dan selain dapat diletakkan di laman web anda sendiri. Pengunjung boleh bermain game-game yang terdapat di laman web tersebut atau secara terus di laman web dan blog anda. Selain itu, anda juga boleh membuat sebuah game baru secara percuma.
Untuk merayakan pelancaran laman web ini, Sims Carnival juga telah mengumumkan pertandingan “Galactic Game Challenge” yang akan memberi hadiah wang tunai untuk pereka cipta game terbaik.
Laman web ini memberikan pelbagai fungsi mudah yang membolehkan pengunjung untuk membuat game mereka sendiri tanpa perlu memiliki pengetahuan programing.
Kepada anda yang ada memiliki game Flash buatan sendiri, Anda juga boleh upload game tersebut ke laman web Sims Carnival. Cara ini mamang sangat berguna untuk mempromosikan produk anda di pasaran game Flash ke seluruh dunia (jika anda pakar pembuat game lah).
Di bawah adalah salah satu contoh game dari Sims Carnival yang paling popular semasa artikel ini ditulis. Apa tunggu lagi, jom main… Permainan yang menguji penglihatan dan kecepatan anda melayan pelanggan yang datang ke kedai anda.
Selamat bermain….
P/S : Siapa nak lawan, saya tetap seorang juara…ho ho






By pacak on Jun 30, 2008 | Reply
mane website tuk cipta gem sendiri??