Ha….kalau baca tajuk yang macam ni memang seronok terutamanya muda-mudi yang sedang bercinta….cinta monyet lah katakan. Tapi post kali ini bukan nak cerita pasal cinta ku yang baru atau pun yang telah lalu. Tajuk je yang gempak tu…tak ada kaitan dengan cerita cinta siapa-siapa pun.
Bagi anda yang selalu melawati blog ni, mungkin anda akan mendapati paparan baru pada blog ini. Sebenarnya ia bukan tema baru tapi sedikit perubahan telah dibuat terhadap tema blog ini supaya ia kelihatan lebih cantik dan kemas….cantiklah konon..he he. Antara perubahan ialah pada bahagian header dan sidebar blog ini. Kalau nak tahu inilah cinta baru saya…ho ho
Sempena blog cinta ku yang baru ini, beberapa page yang dirasakan perlu telah ditambah. Namun sebahagian daripadanya masih dalam proses pembangunan dan diperbaiki. Nak tahu apa yang ada, anda klik lah mana-mana link yang ada di blog ini.
Kembali kepada perkataan cinta…. jika anda menaip perkataan “cinta” di search engine, memang perkataan ini cukup popular sehingga mencecah jutaan pages. Di google sahaja ia mencecah 27,800,000 halaman. Manakala di yahoo pula, ia mencecah 31,500,000 halaman. Maksudnya memang ramai yang menggunakan perkataan cinta ini.
Oleh itu, saya menulis tajuk “cintaku yang baru” ini bertujuan menambahkan tag dan keyword ke dalam blog. Manalah tahu ada orang tersesat yang mencari berkaitan dengan cinta akan bertemu blog cintaku yang baru ini. Saya bukan pakar dalam teknik SEO, tapi sekadar mencuba dan menkaji serba sedikit berkaitan dengannya.
Berbincang pasal kisah cinta pula, terdapat beberapa blog yang menjadi tumpuan berkaitan dengan cinta ni dan di antaranya adalah seperti www.tentangcinta.com dan www.kuncicinta.com .
Harus diingat, bahawa maksud cinta juga bukan terhad kepada cinta muda mudi yang lahir dari perasaan masing-masing, tapi ia mempunyai ruang lingkup yang luas. Cinta termasuklah cinta kepada Tuhan Yang Esa, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa dan keluarga, cinta kepada ilmu, cinta kepada harta dan macam-macam cinta lah….itu semua orang tahu lah. Tapi adakah semua orang dapat menghayati dan melakukannya dengan betul… Jawapanya ada pada diri anda sendiri.
Akhir sekali, cintailah diri anda sebelum anda mencintai orang lain. Cintalah kepada benda-benda kebaikan nescaya anda akan mencapai kebaikan dan kejayaan yang diimpikan.
Salam Kejayaan






1 Trackback(s)