Jun
27th

Cuitan Rasa Ke Arah Kejayaan

Files under motivasi | Posted by admin

Kejayaan…..perkataan yang mempunyai makna yang cukup luas. Masing-masing dari kita mempunyai definisi yang berbeza berkaitan dengan konsep dan makna kejayaan ini. Secara keseluruhan dapat di simpulkan kejayaan adalah satu pencapaian, kebahagian, kegembiraan, kebanggaan dan usaha.

Jika di hayati dari segi konsep dan makna ini, memang kejayaan memberikan kita satu keseronokan dan kebanggaan. Namun adakah kita sudah sampai ke tahap yang boleh dikatakan kita berjaya atau kita semakin jauh dari maksud sebenar kejayaan itu. Mungkin kata-kata hikmat Rich Port berikut boleh mengukur maksud kejayaan.

“Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan. Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya”…Rich Port.

Mari kita hayati cuitan-cuitan rasa berikut untuk memberikan kita lagi semangat dan hikmah untuk menemui jalan kejayaan yang diimpikan.

  • Kayakan hati anda sebelum anda menjadi kaya. Berfikirkan berapa banyak anda boleh memberi lebih baik daripada berfikir berapa banyak ganjaran yang boleh anda perolehi.
  • Jadilah mukmin yang kuat dan melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya dengan berusaha bersungguh-sungguh.
  • Memperolehi harta itu adalah sebaik-baik perangai setelah beragama. Kita seharunya berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan. Fokus kita adalah untuk mencapai kejayaan disamping dapat membantu orang lain.
  • Kaedah belajar yang terbaik adalah mempraktikkan apa yang telah diketahui. Insan yang mempraktikkan apa yang diketahui dan kemudian mengajar kepada orang lain adalah insan yang paling banyak mendapat hikmah.
  • Menuntut ilmu adalah satu tugas yang amat penting, malah ia adalah lebih utama dari mencari harta kekayaan. Ilmu pengetahuan yang diperolehi itu akan memberikan kita keuntungan.
  • Sikap insan menghalakan cara dia bertindak. Tetapi sikap itu bergantung kepada cara ia berfikir, dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.
  • Islam menyuruh supaya umatnya berusaha bersungguh-sungguh untuk dunia dan akhirat, seterusnya menekankan umatnya berdikari, berusaha dan bertawakal.

Semoga cuitan-cuitan ringkas ini akan memberikan anda rangsangan untuk terus berjaya. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

“Hati perlu kaya sebelum diri menjadi kaya. Berilah sebelum anda menerima ganjaran. Usah mengharapkan ganjaran sebelum anda memberikan sesuatu”

Salam kejayaan.

Post Berkaitan :

  1. Mengenali Rahsia Mutu Diri


2 Responses to “Cuitan Rasa Ke Arah Kejayaan”

  1. By Alwis on Jun 27, 2008 | Reply

    Datanglah time gath tu,boleh rapatkan smua blogger ,Kunak tu masih tawau juga bah …heheh

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jul 11, 2008: Rahsia Dalam Usaha | Rahsia Komputer

Post a Comment