Jun
23rd

Cinta Ku Yang Baru

Files under motivasi, umum | 1 Comment

Ha….kalau baca tajuk yang macam ni memang seronok terutamanya muda-mudi yang sedang bercinta….cinta monyet lah katakan. Tapi post kali ini bukan nak cerita pasal cinta ku yang baru atau pun yang telah lalu. Tajuk je yang gempak tu…tak ada kaitan dengan cerita cinta siapa-siapa pun.

Bagi anda yang selalu melawati blog ni, mungkin anda akan mendapati paparan baru pada blog ini. Sebenarnya ia bukan tema baru tapi sedikit perubahan telah dibuat terhadap tema blog ini supaya ia kelihatan lebih cantik dan kemas….cantiklah konon..he he.  Antara perubahan ialah pada bahagian header dan sidebar blog ini. Kalau nak tahu inilah cinta baru saya…ho ho




Sempena blog cinta ku yang baru ini, beberapa page yang dirasakan perlu telah ditambah. Namun sebahagian daripadanya masih dalam proses pembangunan dan diperbaiki. Nak tahu apa yang ada, anda klik lah mana-mana link yang ada di blog ini.

Kembali kepada perkataan cinta…. jika anda menaip perkataan “cinta” di search engine, memang perkataan ini cukup popular sehingga mencecah jutaan pages. Di google sahaja ia mencecah 27,800,000 halaman. Manakala di yahoo pula, ia mencecah 31,500,000 halaman. Maksudnya memang ramai yang menggunakan perkataan cinta ini.

Oleh itu, saya menulis tajuk “cintaku yang baru” ini bertujuan menambahkan tag dan keyword ke dalam blog. Manalah tahu ada orang tersesat yang mencari berkaitan dengan cinta akan bertemu blog cintaku yang baru ini. Saya bukan pakar dalam teknik SEO, tapi sekadar mencuba dan menkaji serba sedikit berkaitan dengannya.

Berbincang pasal kisah cinta pula, terdapat beberapa blog yang menjadi tumpuan berkaitan dengan cinta ni dan di antaranya adalah seperti www.tentangcinta.com dan www.kuncicinta.com .

Harus diingat, bahawa maksud cinta juga bukan terhad kepada cinta muda mudi yang lahir dari perasaan masing-masing, tapi ia mempunyai ruang lingkup yang luas. Cinta termasuklah cinta kepada Tuhan Yang Esa, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa dan keluarga, cinta kepada ilmu, cinta kepada harta dan macam-macam cinta lah….itu semua orang tahu lah. Tapi adakah semua orang dapat menghayati dan melakukannya dengan betul… Jawapanya ada pada diri anda sendiri.

Akhir sekali, cintailah diri anda sebelum anda mencintai orang lain. Cintalah kepada benda-benda kebaikan nescaya anda akan mencapai kebaikan dan kejayaan yang diimpikan.

Salam Kejayaan

Jun
20th

Mengenali Rahsia Mutu Diri

Files under motivasi | 5 Comments

Salam kebahagian dan keceriahan semua. Hari ni kita nak bermotivasi pula. Sekali sekala kita perlu muhasabah dan memotivasikan diri kita sendiri. Mungkin ada kealpahan dan kekurangan yang kita tidak sedari atau mungkin semangat kita semakin pudar dalam perjuangan ini.

Setiap insan mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri. Manusia diciptakan dengan rahsia kebolehan walaupun tidak semua insan memiliki bakat yang serupa. Namun bakat dan kebolehan itu tetap ada…Oleh itu, adakah kita sudah menggunakan rahsia kebolehan yang ada pada diri kita, atau kita masih berfikiran di tahap yang sama..? Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan malam.

Sempena setiap Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, mari kita bincang-bincangkan dan bongkarkan rahsia mutu diri yang mungkin tersembunyi dalam diri kita untuk mencapai mercu kejayaan.




Rahsia mutu diri ialah rahsia yang perlu kita bincangkan bagaimana kita menggali, membongkar dan menyelusuri kebolehan yang ada pada diri kita tapi kita tidak menyedari atau tidak mengetahuinya. Bagaimana mutu yang ada pada diri kita ini digunakan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan meningkatkan hasil perolehan.

Patutkah anda berterusan miskin harta, budi dan keyakinan..? Anda mungkin tidak memusuhi kekayaan, kemewahan dan kebaktian, tapi mengapa kita masih berada pada tahap kemiskinan dan ala kadar. Mengapa anda tidak berusaha untuk terus maju dalam mencapai apa yang boleh memberikan anda kebahagian. Sebenarnya jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Walaupun dunia ini di ibaratkan sebagai sebuah ladang yang luas, tetapi ramai yang membiarkan ladang mereka ditumbuhi lalang. Begitu juga manusia, setiap diri manusia mempunyai Telaga Emas, tapi sedikit sangat yang berusaha untuk menggalinya.

Mungkin ayat berikut boleh memberikan anda sinar untuk mengenali diri anda yang sebenarnya.

Oleh itu, untuk menjadikan kita manusia yang sentiasa berjaya dan cemerlang, ikuti siri Rahsia Mutu Diri yang selanjutnya setiap hari Jumaat. Mari kita bincang-bincangkan dan kongsikan ilmu yang anda miliki.

Salam kejayaan.

Jun
18th

Blog RahsiaKomputer.com Di Serang

Files under umum | Leave a Comment

Apa dah jadi dengan blog aku ni, tidak di sangka-sangka ada orang yang cuba menyerang dan mensabotaj blog kesayangan ku..he he. Ini bukan setakat serangan biasa je ni, siap buat demonstasi lagi di dalamnya. Macam-macam sepanduk yang mereka bawa…..Ini buat aku marah ni…Kalau tak percaya tengok gambar kat bawah.

Bukan setakat buat demonstrasi je, macam-macam yang mereka boleh buat sehingga betul-betul memusnahkan kecantikan dan keceriahan blog aku tu….(perasan sikitlah :). Tengok lagi gambar kat bawah ni siap dengan menembak paintball lagi tu…aduh..! musnah musnah musnah…

Kalau ia pun marah pasal kenaikan harga minyak, janganlah serang dan buat demonstrasi kat blog aku. Buat lah demo kat jalan-jalan ke, kat bangunan Putrajaya ke atau kat mana-mana yang kau suka selain blog aku ni. Inilah satu-satunya nyawa aku kat dunia maya ni.

Aku baru ulas sikit je pasal minyak ni walaupun aku sebenarnya marah sangat dengan kenaikan ni. Apa aku nak buat dah orang ramai pun marah. Nak serang juga, seranglah blog-blog yang lain juga. Banyak lagi blog yang ulas pasal minyak ni dengan bahasa yang lebih teruk dari yang saya gunakan.

Tapi lu orang dah buat benda tu, saya tak boleh halang lah. Kepada mereka yang belum terkena, berhati-hatilah. Mereka boleh buat apa sahaja terhadap blog anda. Sediakan back up sebelum ianya terjadi. Cuba lihat secara live demonstrasi yang mereka lakukan di blog aku kat SINI (kena tunggu beberapa second sebelum mereka berdemo).

Aku dihukum sebelum dibicarakan di mahkamah. Macam tahanan ISA pula…ho ho

p.s : Ini sekadar hiburan kepada mereka yang bosan. Kepada anda yang ingin memusnahkan blog rakan-rakan anda, cubalah di SINI.

Jun
17th

Firefox 3 Dilancarkan Hari Ini

Files under firefox, google | 1 Comment

Salam sejahtera semua….semoga sihat-sihat hendaknya dipagi hari ini.

Hari ini saya nak bagi tahu kepada kamu semua yang terserempak dengan blog ini….Firefox 3 dilancarkan (Download Day). Ha…ringkas je. Ya sebenarnya hari ini adalah hari pelancaran produk terbaru daripada syarikat tersohor Google (waktunya tak dapat dipastikan). Produk yang dimaksudkan ialah FIREFOX 3. Maklumat lanjut klik logo di bawah.

Download Day

Siapa peminat Firefox macam saya, bolehlah daftarkan diri anda untuk menerima maklumat berkaitan dengan pelancaran Firefox 3 tersebut. Banyak kelebihan bila anda menggunakan Firefox 3 ini. Malas nak cerita panjang..anda baca sendiri kat website Google di SINI.

Yang masih belum menggunakan Firefox, klik sekarang banner di bawah

Firefox 3

p/s : Tak sabar nak tunggu link download tersebut…ho ho

Jun
17th

Selamatkah Blog Wordpress Anda..?

Terbaca satu artikel yang membincangkan berkaitan dengan blog Wordpress….Selamatkah blog wordpress yang anda gunakan…?




Sejak kebelakangan ini ada terjadi serangan ke atas kelemahan keselamatan yang dijumpai di blog Wordpress. Bila anda tidak menggunakan versi terbaru Wordpress (terkini Wordpress 2.5.1) maka kemungkinan besar laman blog anda boleh dikendalikan oleh hacker. Untuk mengetahui sama ada blog anda masih selamat, anda mungkin perlu ikuti perbincangan di SINI. Kerana platform blogging wordpress paling diminati, dan dikendalikan untuk tujuan SEO, traffic redirection dan banyak lagi…..maka ia menjadi target utama para hacker.

Kelebihan Wordpress, sebahagian kerosakkan yang terjadi kerana eksploitasi dapat dipulihkan kembali dengan sebuah upgrade. Gunakan blog upgrade terbaru daripada wordpress.

Kepada semua pengguna Wordpress, backup adalah sangat penting. Begitu juga dengan update dan sentiasa memantau atau memeriksa penggunaan blog anda. Sealulah membaca blog rasmi wordpress untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan masalah keselamatan blog anda.

Kepada mereka yang masih baru dengan dunia blog Wordpress ini dan ingin menjaga keselamatan blog anda, anda mungkin memerlukan aplikasi ini.

Terdapat beberapa langkah mudah untuk melaksanakan keselamatan blog Wordpress anda. Dapatkan 10 tips menjaga keselamatan blog wordpress anda di SINI.

Jun
16th

Cara Nak Cover Malu

Files under umum | Leave a Comment

Seronok pula aku baca satu post di blog seorang rakan baik saya. Rakan dan teman sekampunglah katakan. Kalau balik Tawau compom aku mesti jumpa dia punya. Biasanya kalau kami jumpa tu mesti bincang pasal komputer dan perniagaan internet. Adalah buat sikit-sikit buat perniagaan internet ni.

Dulu masa tinggal bersama, kami selalu cakap pasal nak buat perniagaan. Maksudnya nak buka kedai dan kedai yang kami cadang nak buka ialah cybercafe dan kedai komputer. Itulah minat kami berdua iaitu dalam bidang komputer.




Dalam hidup ini, memang banyak perkara yang berlaku sama ada yang indah, yang pahit, yang suka atau yang duka. Ada juga yang berlaku secara tidak disengajakan dan mungkin boleh memberi malu kepada kita semua.

Oleh itu, jika perkara yang memalukan terjadi kepada anda, perkara berikut mungkin boleh dilakukan untuk nak cover malu anda :

  1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..
  2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…
  3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…
  4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….
  5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….
  6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….
  7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?….
  8. Kalau terlupa lirik lagu dalam AF : anda mesti masuk rancangan Jangan Lupa Lirik bersama Aznil / AC….he he …yang ni aku tambah je.

p/s: Peringatan…..Never tell ur mom that i told u tis.. !