Hujung minggu lalu sempat juga saya balik ke kampung (Tawau Sabah). Cuti dua hari, Sabtu cuti hari keputeraan Yang Di Pertuang Agong dan cuti hari ahad. Balik berehat kat rumah adik dan sempat juga jalan-jalan kat Restoran Singgah Selalu melayari Internet (free wireless).
Dalam sibuk melayari internet terserempak pula dengan seorang kawan lama. Rakan sekelas semasa di Tingkatan 2 dan 3 di SMK Kunak. Kini dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Kelabakan. Sempatlah borak-borak pasal kawan-kawan yang lain semasa sekolah dulu. Ada yang jadi guru, ada yang jadi Professor, ada yang kerja bank dan macam-macam lagilah. Seronok juga bila borak kisah-kisah silam semasa sekolah dahulu. Tak terlintas pula nak borak pasal isu semasa terutamanya kenaikan harga minyak ni…
Semalam pula adalah hari yang cukup memenatkan kerana menempuhi perjalanan selama lebih kurang 6 jam dari Tawau ke Keningau melalui jalan Kelabakan. Perlajanan yang sentiasa dicurahi dengan basahan hujan yang tak henti sehingga ke pekan Keningau. Sebahagian daripada jalan dari Kelabakan sehingga Salung pula masih belum berturap (offroad). Sempatlah juga ambil gambar di dalam perjalanan tersebut. Gambar tak sempat nak upload sebab masih di dalam telepon bimbit. Lain hari saya kongsikan untuk anda… he he
SORAKAN EURO 2008
Dalam sibuk-sibuk dan bising-bising pasal harga minyak, tak dilupakan bulan ni adalah bukan gila-gila bola, bukan cerita movie tu. Gila-gila bola…makan bola tidur bola demam bola dan semuanya bola. Dah tak nampak dah iklan tu. Bola yang dimaksudkan ialah EURO 2008.
Kini kehangatan sorakan EURO 2008 yang sedang berlangsung dalam bulan ni. Walaupun pembukaan EURO 2008 adalah pada hari cuti, tapi tak larat juga nak tunggu sampai larut malam sehingga ke pagi. Dengar keputusan saja dan lihat siaran tertunda pun kira oklah.
Sedih tak sedih jugalah, pasukan kegemaran tak dapat masuk. Siapa lagi kalau bukan England. Terpaksalah sokong siapa yang menang… ho ho
Untuk mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008, klik SINI.
SANA SINI ISU HANGAT
Sehingga kehari ini tak habis-habis isu pasal kenaikan harga minyak. Pelbagai cadangan dan pandangan dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatasi kenaikan tersebut. Ada yang mencadangkan supaya rakyat mengubah cara hidup dan sentiasa berjimat cermat.
Tak kurang pula yang menentang kenaikan tersebut sehingga membuat beberapa protes jalanan mendesak kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan tersebut. Di Internet memang isu ini menjadi perhatian utama terutamanya para blogger termasuk aku.
Di pihak kerajaan pula beberapa langkah diambil untuk mengurangkan kesan kenaikan tersebut kepada rakyat jelata. Langkah terbaru ialah mengurangkan elaun semua ahli kabinet dan menteri.
Walau apapun yang dicadang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan, yang pasti kesan kenaikan memberi kesan kepada harga barangan dan kos pengangkutan. Kos tambang sahaja dari Tawau ke Kunak atau Tawau ke Semporna telah naik dari RM10 ke RM13. Ini belum lagi kenaikan harga barang dan tarif elektrik.
Untuk masalah ini, anda fikir-fikirkanlah sendiri…..jimatlah seberapa banyak yang boleh…. Yang dah memang miskin macam mana pula nak jimat tu ye..?
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
Jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan Internet dan ingin mempelajari membina laman web jualan sendiri, salah satu tajuk di dalam ebook Panduan Membina Laman Web ada membincangkan tentang bagaimana anda boleh membina salesletter anda.
Selain itu, beberapa skrip percuma yang diberikan boleh anda gunakan sebagai bantuan jika anda menjalankan perniagaan Internet. Antara skrip tersebut ialah skrip sistem Afffiliate iaitu untuk membina jaringan penjual untuk produk anda, skrip Sistem Autoresponder iaitu untuk mengumpul senarai prospek anda, skrip Ad Rotator iaitu untuk tujuan pengiklanan interaktif dan sebagainya.
Jika anda berminat memperolehi pendapatan dari produk tersebut, anda boleh menyertai sistem Affilaite yang disediakan. Setiap jualan daripada link affiliate anda akan menerima komisen yang telah ditetapkan. Untuk menjadi agen PanduanBinaWeb.com, sila mendaftar secara percuma di SINI.
P/S : Harga ebook Panduan Membina Laman Web kini telah diturunkan. Untuk maklumat lanjut berkaitan produk tersebut boleh dapatkannya di SINI.







By ika on Jun 10, 2008 | Reply
i’m interested (i mean really REALLY interested) in web designing. tp xberapa paham tutoial kat internet ni. tak berapa paham english sebenarnya heheh..
sy mmg kena ada org duk tepi then ajar sy sbijik2 from zero smpai habes..
melampau betol sy ni huhu
By admin on Jun 10, 2008 | Reply
duduk tepi guna YM pun boleh….he he
By zool on Jun 10, 2008 | Reply
Aik.. orang naik harga dia turun harga,,
bagus2 nilah peniaga yang bijak
By mus on Jun 10, 2008 | Reply
mengurangkan beban rakyat jelata…he he