Jul
30th

Mengubah Butang START Windows

Untuk mendapatkan satu-satu program pada windows anda, biasanya anda menggunakan butang “START” dan masuk ke “All Program“. Namun pernahkah anda bosan dengan perkataan “START” ini dan ingin menggantikan perkataan tersebut dengan perkataan yang anda sukai…



Persoalannya, bolehkah perkataan “START” ini ditukar..? Memang boleh… Ikuti penerangan berikut :

1. Download Resource Hacker di laman web http://www.users.on.net/johnson/resourcehacker.

2. Backup file explorer.exe yang berada di C:-Windows-. Salin file itu ke tempat lain dengan nama yang berbeza, misalnya dengan nama “explorer1.exe“. Jalankan Resource Hacker dan buka explorer.exe.

3. Pilih [String Table] dan klik dua kali  untuk melihat kandungan String Table.

4. Klik dua kali lagi pada [37] dan klik sekali pada [1033]. Yang perlu diubah adalah item 578, di sana tertulis “Start” yang merupakan kata pada butang [Start].

5. Ganti kata START sesuai yang anda kehendaki dan pastikan anda tidak menggunakan ruang (space). Kemudian simpan dengan nama explorer[nama].exe di direktori C:-Windows. Misalnya, anda menggantinya dengan explorertes.exe.

6. Setelah itu, anda boleh keluar dari Resource Hacker.

7. Klik [Start] > [Run] kemudian taipkan “regedit” dan tekan [Enter].

8. Seterusnyanya masuk ke sub key HKEY_LOCAL_MACHINE-SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Winlogon.

9. Cari string bernama Shell, kemudian klik dua kali dan ganti niali data-nya dengan nama yang tadi anda simpan.

10. Akhir sekali klik [OK] dan keluar dari Registry Editor. Untuk melihat hasilnya restart komputer Anda.

(Sumber: PCplus)

p/s : Jika anda tidak yakin jangan cuba-cuba…he he. Saya tak pernah rasa bosan dengan perkataan START ni….ho ho

Jul
28th

Rahsia 10K + Tawaran Istimewa

Salam perniagaan.

Dalam sebulan dua ini, memang banyak produk baru yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan Internet tempatan. Antara produk tersebut ialah Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi, Rahsia 10K, Panduan Membina Laman Web, Teknik SEO dan banyak lagilah. Sibuk juga nak buat promosi affiliate produk-produk tersebut.

Minggu ini saya nak buat promosi affiliate dan tawaran istimewa berkaitan produk Rahsia 10K. Saya pasti sudah ramai yang menerima email berkaitan dengan produk Rahsia 10K. Anda juga sudah maklum berkaitan dengan produk Rahsia 10K ini. Bagi mereka yang belum mengetahui produk ini, anda boleh baca di SINI.

Produk Rahsia 10K ini berkaitan dengan bagaimana seorang budak berumur 17 tahun membongkar rahsia menghasilkan pendapatan RM1.3K dalam masa 24 jam. Wau…memang teruja bila mendengarnya. Tapi itulah kenyataannya. Kini tiba masa anda pula untuk memperolehi 10K melalui produk yang hebat ini.

Antara kandungan yang anda perolehi dari produk ini ialah :

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
- Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)

Jika anda membeli menggunakan link berikut, ada tawaran istimewa menanti anda. Apa tawaran itu..? Teruskan membaca.

Klik Sini : “Remaja 17 Tahun Memperolehi 10K Dengan Rahsia 10K”

TAWARAN ISTIMEWA

1. Kupon Diskaun sebanyak RM15 untuk produk PANDUAN PAKEJ LENGKAP.

2. Kupon Diskaun sebanyak RM17 untuk produk PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB.

Bagaimana untuk mendapatkan tawaran istimewa ini..?

1. Klik link di bawah dan buat pesanan.

RAHSIA 10K + TAWARAN ISTIMEWA

2. Email bukti pembelian anda kepada saya. Saya akan menghantar email pengesahan setelah mengesahkan produk yang anda beli adalah melalui link affiliate tersebut.

3. Selepas di sahkan, bolehlah anda membeli produk tawaran istimewa tersebut dengan harga diskaun yang ditetapkan.

4. Emailkan bukti pembelian produk tawaran istimewa tersebut dan saya akan menghantar link download bersama-sama dengan bonus-bonus yang disertakan. Email : rahsiakomputer[a]gmail.com

Oleh itu, sesiapa yang belum mendapatkan produk Rahsia 10K dan ingin mendapatkan produk tawaran istimewa daripada saya, bertindak segera sebelum ia di tutup.

Wassalam

Jul
25th

24 Perkara Untuk Lebih Proaktif

Files under motivasi | Leave a Comment

Memang bukan mudah untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna dan proaktif. Namun dengan mengubah beberapa perkara dalam cara kita berkerja boleh mencapai matlamat itu. Latihlah tubuh dan fikiran anda dengan 24 perkara yang disenaraikan berikut. Cara ini mungkin akan membantu anda menyelesaikan lebih banyak perkara, menghasilkan lebih banyak pendapatan dan memiliki lebih banyak masa terluang.



  1. Mengatur masa panggilan telepon anda. Jangan biarkan teman atau saudara mara anda mengganggu semasa anda sibuk melakukan sesuatu perkerjaan. Tentukan jadual untuk membuat penggilan dan membalas email mereka.
  2. Sentiasa menetapkan masa untuk memeriksa  email anda secara teratur. Membiarkan inbox anda tidak terjawab akan menjadikan satu beban kerana anda harus membalas email tersebut.
  3. Tentukan berapa banyak masa untuk melakukan kerja projek anda, menjawab email, istirehat atau hal-hal yang perlu setiap hari. Dengan ini anda akan lebih fokus kepada sesuatu kerja yang dilakukan.
  4. Kendalikan diri anda ketika melakukan surfing. Sebagai seorang profesional seharusnya anda tahu waktu dan tempat untuk bersenang-senang. Jika anda tidak dapat mengendalikan diri dan kerja anda sendiri, cuba gunakan program ini yang mungkin dapat membantu anda.
  5. Ambil masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Pekerja yang mengambil rehat secara teratur dan cukup akan lebih produktif dan lebih bahagia daripada pekerja yang seharian bekerja nonstop.
  6. Bekerjalah pada masa yang anda rasa paling produktif. Semua orang memiliki waktu tertentu di mana mereka rasa lebih produktif. Beberapa orang bekerja lebih baik pada waktu pagi sementara yang lainnya mungkin pada waktu petang. Kaji bila masa anda paling produktif dan tetapkan jadual perkara yang paling susah pada waktu produktif tersebut.
  7. Berikan insentif pada diri anda. Biasakan untuk memberikan diri anda sendiri hadiah kecil untuk sesuatu perkerjaan yang dapat diselesaikan dengan baik.
  8. Jangan lakukan beberapa pekerjaan secara serentak. Berkonsentrasi dengan satu perkara dalam satu masa, maka anda akan lebih fokus.
  9. Gunakan shortcut. Sebahagian besar program memiliki keyboard shortcut, macros dan cara lainnya yang dapat memudahkan dan mempercepatkan sesuatu pekerjaan (kerja komputer).
  10. Sederhanakan proses kerja. Jika anda sudah merasa bahawa proses kerja anda setiap hari terlalu susah, maka cuba tinggalkan proses kerja yang sebenarnya tidak diperlukan.
  11. Jaga kesihatan anda. Anda tidak akan produktif jika anda kekurangan tidur atau sedang sakit, jadi sentiasalah menjaga diri anda dengan baik dari hal-hal kecil seperti makan tepat pada waktunya.
  12. Tetapkan deadline. Anda akan menghabiskan lebih banyak masa pada suatu projek jika anda tidak menetapkan deadlinenya. Tentukan deadline yang masuk akal dan lakukan yang terbaik untuk memenuhinya.
  13. Jaga fokus dan kesenangan bekerja. Carilah hal-hal yang dapat membantu anda untuk tetap fokus dan senang. Mungkin seperti mendengarkan muzik atau membersihkan meja kerja anda yang berselerak.
  14. Lakukan follow up. Hubungi klien, teman dan siapa sahaja yang mungkin berhubungan dengan pekerjaan anda untuk mendapatkan komen yang membangun.
  15. Gunakan program yang tepat. Jika anda tidak dapat membeli program yang mahal, maka cubalah mencari program open source yang berkaitan.
  16. Fokus pada tujuan yang jelas. Selalu lakukan aktiviti bekerja dengan tujuan yang jelas tentang apa yang ingin anda selesaikan dan capai.
  17. Pakaian yang sesuai semasa bekerja. Walaupun mungkin anda bekerja di rumah, bukan bererti anda boleh memakai baju tidur anda. Setidak-tidaknya pakailah sesuatu yang tidak memalukan jika anda tiba-tiba harus keluar dari rumah.
  18. Tetapkan waktu istirehat dari pekerjaan komputer. Bekerja dengan komputer sepanjang hari dapat menyakitkan mata dan sendi-sendi anda, jadi pastikan anda beristirehat mengikut waktu yang tertentu.
  19. Tetapkan masa kerja. Anda akan menyelesaikan lebih banyak pekara jika anda memfokuskan kelebihan anda untuk bekerja pada masa-masa yang telah ditetapkan.
  20. Gunakan teknologi. Pada zaman teknologi canggih seperti sekarang cubalah untuk mengotomatisasi proses kerja anda sebanyak mungkin, maka anda akan merasa seperti memiliki sistem peribadi.
  21. Jaga kawasan kerja anda untuk kelihatan teratur. Bersihkan desktop anda dari file dan icon dan selesaikan meja anda dari kertas-kertas dan CD. Ini akan membantu anda fokus dan menemui apa yang anda cari dengan lebih cepat.
  22. Berfikir positif. Mempertahankan fikiran positif dapat meningkatkan produktiviti  anda. Carilah perkara-perkara yang dapat membantu anda untuk tetap bahagia setiap hari atau ketika anda sedang mengalami hari yang buruk.
  23. Gunakan calender. Anda akan mudah lupa jika anda tidak memiliki catatan deadline atau meeting pada sebuah calender.
  24. Jujurlah pada diri sendiri. Selalu jujur pada diri anda sendiri tentang berapa lama masa yang diperlukan bagi anda untuk menyelesaikan suatu projek dan seberapa tertariknya anda dengan projek tersebut. Dengan jujur maka anda dapat menetapkan tujuan yang realistik dan membantu anda fokus dalam melakukannya.

Saya yakin jika anda melakukan 24 perkara dan langkah yang disenaraikan di atas, pasti setiap pekerjaan yang anda lakukan akan menghasilkan produk yang baik.

Selamat berjaya.

Jul
23rd

5 Aplikasi Terbaik Untuk Memelihara Windows

Files under perisian, windows xp | 2 Comments

Setiap hari anda menggunakan PC dengan tujuan pelbagai perkara. Anda mencipta, menghapus dan memindah begitu banyak data pada setiap hari. Keadaan ini boleh menyebabkan komputer dan windows anda mungkin dalam keadaan yang tidak baik dan lemah.

Oleh itu, berikut adalah 5 aplikasi yang dapat membantu memelihara keadaan komputer anda agar sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

CCleaner
 CCleaner

CCleaner dapat membersihkan data yang tertinggal di browser, Recycle Bin, folder Temporary files, registry, aplikasi pihak ketiga yang tidak diperlukan. Menjalankan CCleaner dapat memberikan anda  kapasiti penyimpanan yang lebih besar, membantu komputer anda berjalan dengan baik dan melindungi maklumat anda. Ia juga sangat cepat dan mudah untuk digunakan.

Revo Uninstaller
 Revo Uninstaller

Revo Uninstaller adalah pengganti fungsi “Add or Remove Programs” yang diperbaiki dengan Windows (atau “Uninstall Program” pada Vista). Mengapa perlu anda menggunakan Revo Uninstaller? Kerana ia tidak hanya menyingkirkan sebuah program yang sudah tidak digunakan, malah ia juga menghapus semua jejak dari program tersebut di mana uninstaller biasa tidak melakukannya.

Auslogics Disk Defrag
 Auslogics Disk Defrag

Auslogics Disk Defrag adalah disk defragmenter yang cepat dan efektif. Ia sangat mudah digunakan dan Auslogics DD menyediakan laporan untuk hasil defrag terakhir, termasuk arahan “Defragmentation has increased this computer performance by X%.” (sudah tiba masanya Windows beralih kepada sebuah filesystem yang tidak memerlukan defragmentation)

JkDefrag

 JkDefrag

JkDefrag adalah aplikasi disk defragmenter open source. JkDefrag menyokong penggunaan command line dan  JkDefrag secara outomatik berlaku semasa screensaver dijalankan. Ia bukan merupakan aplikasi yang kelihatan menarik, tetapi bila anda kombinasikan dengan JkDefrag GUI, aplikasi ini akan menjadi lebih muda.

Spybot - Search & Destroy
 Spybot - Search & Destroy

Walaupun anda sudah menggunakan antivirus terbaik sekalipun, komputer anda berkemungkinan masih mempunyai malware. Spybot-S&D dapat menyingkirkan spyware, adware, dialers, keyloggers dan Trojan. Spybot-S&D juga dapat melindungi sejarah pemakaian anda seperti browsing atau file history.

Jul
21st

Ikon Mentor Jutawan Anda

Jutawan Internet tempatan yang cukup terkenal masa kini iaitu Dr Irfan Khairi baru sahaja menghasilkan sebuah ebook bertajuk “Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi“. Ebook ini mendedahkan strategi bagaimana anda boleh mencapai kewangan dengan cepat.

Terdapat 8 ikon jutawan yang ditemubual ialah :

  • Dato Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor.
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan yang banyak menghasilkan buku berkaitan pengurusan kewangan.
  • Chef Li (Dato’ Dr Rusly, Jutawan Senyap
  • Dato Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan / Motivator / Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet

Setiap ikon jutawan ini telah terbukti kejayaan mereka di dalam bidang masing-masing. Mereka kongsikan ilmu mereka dan strategi yang mereka gunakan bermula dari zero sehingga menjadi hero.

Tidak dapat dinafikan bahawa kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia, strategi, tips, teknik dan minda bagaimana untuk menjadi seorang yang boleh menjana jutaan ringgit.

Antara kandungan Minda Jutawan ialah:

* Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
* Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau
bermula dari ZERO kini menjadi HERO?
* Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?
* Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini
di mana anda juga boleh amalkan?
* Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan
mencapai kecemerlangan?
* Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, dan gagal lagi?
* Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
* Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
* Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih
tidak menjadi jutawan?

Jika dibaca sepintas lalu daripada isi kandungan yang dikongsikan oleh kesemua 8 ikon jutawan ini, saya pasti kita yang baru bermula ini akan menemui jalan, langkah dan strategi untuk memperolehi kejayaan. Oleh itu, mulakan langkah bijak anda sekarang dengan mendapatkan produk Mentor Jutawan ini.

Jul
18th

Jenis-jenis Pahala Sedekah

Files under motivasi | Leave a Comment

Salam perjuangan dan kebahagian buat semua.

Sempena di hari yang mulia lagi berkah ini, kita sambung cerita motivasi mencari rahsia mutu diri. Semoga apa yang kita bincangkan ini akan sentiasa memberi peringatan dan panduan agar kita bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam mencari kejayaan dunia dan akhirat.

Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan, kebijaksanaan dan harta hasil usaha yang gigih. Sedekah merupakan salah satu nilai-nilai murni. Oleh itu, kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan pahala sedekah dan jenis-jenisnya.

Pahala sedekah dapat dibahagiakan kepada 4 jenis seperti berikut (dipetik daripada Kitab Durratun Nasihin) :

  1. Sedekah yang mendapat 10 pahala iaitu memberi makan kepada fakir miskin.
  2. Sedekah yang mendapat 70 pahala iaitu memberi sedekah kepada keluarga terdekat.
  3. Sedekah yang mendapat 700 pahala iaitu memberi sedekah kepada kawan-kawan dan sahabat.
  4. Sedekah yang mendapat 7000 pahala iaitu memberi kepada orang-orang yang mencari ilmu.

Nilai murni di sini, berilah sedekah atau apa sahaja sumbangan yang termampu kepada orang-orang yang memerlukan. Amalan nilai-nilai murni ini akan memberikan kita satu kekuatan dan keyakinan untuk terus berusaha dan maju mencapai kejayaan.

Wassalam