Jul
9th

Download Lagu & Video Dengan Free Music Zilla

Files under perisian | Posted by admin

Anda mungkin sudah biasa download lagu mp3 secara percuma daripada internet. Terdapat pelbagai laman web yang menyediakan download lagu mp3 percuma sama ada dari dalam atau luar negara.

Namun pernahkan anda terfikir untuk download lagu atau video yang hanya boleh di mainkan secara online melalui internet. Kini dengan menggunakan perisian Free Music Zilla, anda boleh download lagu atau video dengan cara yang paling mudah.

Dengan Free Music Zilla, anda boleh download pelbagai lagu atau video / movie dari YouTube, Watch Movie dan pelbagai laman web yang menyediakan lagu yang boleh didengar secara online.

Untuk menggunakan perisian Free Music Zilla, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Download perisian tersebut di sini.
  2. Setelah itu, pasang (install) perisian tersebut di komputer anda.
  3. Seterusnya bolehlah anda mencari laman web yang menyediakan lagu atau video yang ingin anda download. Mainkan lagu atau video tersebut.
  4. Buka perisian Free Music Zilla tersebut dan secara automatik lagu atau video yang anda mainkan akan tersenarai di dalam perisian FMZ tersebut. Harus diingat bahawa FMZ tidak akan mengesan lagu atau video tersebut jika ia tidak dimainkan.
  5. Jika lagu atau video yang anda mainkan itu tidak terdapat tersenarai di dalam perisian tersebut, sila rujuk laman web Free Music Zilla tersebut untuk membuat setting tertentu.
  6. Seterusnya tik pada senarai lagu di dalam FMZ dan klik butang download. Proses download akan berjalan sehingga selesai. Jika laluan internet anda baik, proses download akan selesai terlebih dahulu sebelum lagu atau video tersebut habis dimainkan.
  7. Biasanya video yang anda download adalah dalam bentuk format FLV. Oleh itu, untuk melihat video yang telah didownload melalui komputer anda, ia perlu ditukar (convert) kepada format video (mpeg, avi). Dapatkan perisian converter yang banyak terdapat di internet sama ada percuma atau trial.

Namun demikian, tidak semua lagu atau video yang dimainkan secara online melalui internet tersebut boleh didownload menggunakan Free Music Zilla. Mungkin anda akan berjumpa lagu atau video yang anda mainkan tidak dapat dikesan oleh FMZ.

Selamat mencuba.

P/s : Ceriakan hidup anda dengan lagu-lagu percuma…Berhati-hati semasa download tu, jangan dikesan oleh pihak yang berwajib….he he


6 Responses to “Download Lagu & Video Dengan Free Music Zilla”

  1. By si perihatin on Jul 18, 2008 | Reply

    bagusnya.tapi betulkah?

  2. By mus on Jul 18, 2008 | Reply

    nak tahu cubalah..

  3. By syiem... on Aug 6, 2008 | Reply

    ini 1st time nak blajar camner nak download lagu…
    ader x aper2 kesan sampingan???
    betul ker bleh download nier????

  4. By mus on Aug 6, 2008 | Reply

    setakat yang saya cuba memang tiada kesan terhadap komputer anda.

  5. By fahimi on Aug 26, 2008 | Reply

    askum.cara2 nk burn cd mcm na?dari cd ke cd?

  6. By mus on Aug 26, 2008 | Reply

    buka nero..lepas tu clik copy cd to cd

Post a Comment