Jul
15th

Sistem Affiliate & Fuel Saver

Files under perniagaan internet | Posted by admin

Salam perniagaan untuk anda semua. Cerita pasal perniagaan internet, sistem affiliate dan jimat minyak pula hari ni. Apa kaitannya dengan 3 perkara tersebut…? Baca jangan tak baca…

Beberapa hari yang lepas saya diberi tugasan untuk membantu seorang rakan memasang sistem affiliate terhadap produk yang dijualnya. Tugasan tu ada upahlah….tak banyak tapi cukup makan sehari…he he

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah beberapa perkara dan masalah yang timbul semasa memasang sistem affiliate tersebut. Mungkin masalah tersebut boleh memberikan manfaat kepada anda yang ingin memasang sistem affiliate atau anda ada jalan penyelesaian yang lain.

Produk yang saya maksudkan itu ialah Fuel Saver atau produk penjimatan minyak. Sekarang minyak tengah mahal ni memang sesuai menggunakan produk ini….nak jimatlah katakan…Tapi hanya untuk mereka yang menggunakan kereta sahaja….nak promo lah tu

Salesletter dan borang pembayaran bagi produk tersebut di buat oleh pemiliknya sendiri. Boleh tahan juga, cuma masalahnya borang yang digunakan untuk proses pembayaran menggunakan skrip yang di sambungkan dari pihak ketiga. Bila skrip affiliate di pasang dan dicuba, borang tersebut tidak dapat berkomunikasi dengan sistem tersebut. Ada masalah…jadi saya terpaksa mengubah borang tersebut menggunakan skrip percuma yang saya miliki.

Masalah kedua, salesletter yang dihasilkan menggunakan fungsi CSS. Setelah sistem affiliate dipasang, klik dapat dikesan oleh sistem tersebut tapi komisen yang ditetapkan tidak tersenarai. Letih juga mencuba dan mencari penyelesaian masalah tersebut. Saya terpaksa membina salesletter yang serupa tanpa menggunakan fungsi CSS. Akhirnya masalah komisen yang tidak tersenarai dapat di selesaikan.

Oleh itu, saya sarankan anda yang ingin memasang sistem affiliate sendiri menggunakan skrip percuma boleh mengambil pengajaran dari masalah tersebut.

Namun demikian, masalah ini timbul kepada skrip percuma yang saya gunakan dan kebanyakkan dari usahawan internet mengunakan skrip tersebut. Tidak dapat dipastikan bahawa ia akan berlaku juga kepada skrip yang lain atau skrip berbayar. Jika anda ada perkara yang berkaitan mungkin boleh dikongsikan melalui komen di akhir artikel ini.

Fuel Saver

Fuel Saver atau produk penjimatan minyak adalah produk yang digunakan kepada kenderaan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan minyak dan tidak mengganggu prestasi kenderaan anda… wah macam pakar kereta pula.

Saya memang dah lama mendengar pasal produk ni, cuma sejak kenaikan harga minyak yang berlaku secara mendadak telah menyebabkan produk ini begitu rancak diniagakan termasuk di Internet. Ramai juga yang menjadikan produk ini satu pendapatan sampingan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk jimat minyak dan sistem affiliate yang digunakan, anda bolehlah melawati laman web tersebut di SINI. Mana tahu ada keinginan nak beli.

p/s : Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen penjual, bolehlah berjumpa saya di SINI….he he

Post a Comment