Salam perjuangan dan kebahagian buat semua.
Sempena di hari yang mulia lagi berkah ini, kita sambung cerita motivasi mencari rahsia mutu diri. Semoga apa yang kita bincangkan ini akan sentiasa memberi peringatan dan panduan agar kita bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam mencari kejayaan dunia dan akhirat.
Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan, kebijaksanaan dan harta hasil usaha yang gigih. Sedekah merupakan salah satu nilai-nilai murni. Oleh itu, kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan pahala sedekah dan jenis-jenisnya.
Pahala sedekah dapat dibahagiakan kepada 4 jenis seperti berikut (dipetik daripada Kitab Durratun Nasihin) :
- Sedekah yang mendapat 10 pahala iaitu memberi makan kepada fakir miskin.
- Sedekah yang mendapat 70 pahala iaitu memberi sedekah kepada keluarga terdekat.
- Sedekah yang mendapat 700 pahala iaitu memberi sedekah kepada kawan-kawan dan sahabat.
- Sedekah yang mendapat 7000 pahala iaitu memberi kepada orang-orang yang mencari ilmu.
Nilai murni di sini, berilah sedekah atau apa sahaja sumbangan yang termampu kepada orang-orang yang memerlukan. Amalan nilai-nilai murni ini akan memberikan kita satu kekuatan dan keyakinan untuk terus berusaha dan maju mencapai kejayaan.
Wassalam





