Jul
23rd

5 Aplikasi Terbaik Untuk Memelihara Windows

Files under perisian, windows xp | Posted by admin

Setiap hari anda menggunakan PC dengan tujuan pelbagai perkara. Anda mencipta, menghapus dan memindah begitu banyak data pada setiap hari. Keadaan ini boleh menyebabkan komputer dan windows anda mungkin dalam keadaan yang tidak baik dan lemah.

Oleh itu, berikut adalah 5 aplikasi yang dapat membantu memelihara keadaan komputer anda agar sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

CCleaner
 CCleaner

CCleaner dapat membersihkan data yang tertinggal di browser, Recycle Bin, folder Temporary files, registry, aplikasi pihak ketiga yang tidak diperlukan. Menjalankan CCleaner dapat memberikan anda  kapasiti penyimpanan yang lebih besar, membantu komputer anda berjalan dengan baik dan melindungi maklumat anda. Ia juga sangat cepat dan mudah untuk digunakan.

Revo Uninstaller
 Revo Uninstaller

Revo Uninstaller adalah pengganti fungsi “Add or Remove Programs” yang diperbaiki dengan Windows (atau “Uninstall Program” pada Vista). Mengapa perlu anda menggunakan Revo Uninstaller? Kerana ia tidak hanya menyingkirkan sebuah program yang sudah tidak digunakan, malah ia juga menghapus semua jejak dari program tersebut di mana uninstaller biasa tidak melakukannya.

Auslogics Disk Defrag
 Auslogics Disk Defrag

Auslogics Disk Defrag adalah disk defragmenter yang cepat dan efektif. Ia sangat mudah digunakan dan Auslogics DD menyediakan laporan untuk hasil defrag terakhir, termasuk arahan “Defragmentation has increased this computer performance by X%.” (sudah tiba masanya Windows beralih kepada sebuah filesystem yang tidak memerlukan defragmentation)

JkDefrag

 JkDefrag

JkDefrag adalah aplikasi disk defragmenter open source. JkDefrag menyokong penggunaan command line dan  JkDefrag secara outomatik berlaku semasa screensaver dijalankan. Ia bukan merupakan aplikasi yang kelihatan menarik, tetapi bila anda kombinasikan dengan JkDefrag GUI, aplikasi ini akan menjadi lebih muda.

Spybot - Search & Destroy
 Spybot - Search & Destroy

Walaupun anda sudah menggunakan antivirus terbaik sekalipun, komputer anda berkemungkinan masih mempunyai malware. Spybot-S&D dapat menyingkirkan spyware, adware, dialers, keyloggers dan Trojan. Spybot-S&D juga dapat melindungi sejarah pemakaian anda seperti browsing atau file history.


2 Responses to “5 Aplikasi Terbaik Untuk Memelihara Windows”

  1. By farid on Jul 29, 2008 | Reply

    sangat berguna terutamanya dalam kita menggunakan sebarang bentuk penggunaan melalui komputer………….

  2. By mus on Jul 30, 2008 | Reply

    ya…cuba jangan tak cuba

Post a Comment