Aug
29th

Kisah Saidina Ali

Files under motivasi | Leave a Comment

Kisah ini adalah perkara yang berkaitan dengan “Niat & Amal Yang Baik“. Perkara-perkara kebaikan merupakan sebahagian daripada cuitan rasa ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.




Pada suatu hari Saidina Ali r.a. menjenguk seorang sahabatnya bernama ‘Ala bin Ziyad Al-Haritsi. Ketika memasuki rumahnya yang amat besar itu dia hairan dan berkata kepadanya :

‘Apakah sebenarnya yang kamu hendak lakukan dengan rumah yang seluas ini di dunia…? Bukankah kamu memerlukan ini di akhirat nanti..! Namun begitu, jika kamu ingin kamu boleh mencapai kebahagian di akhirat dengannya, iaitu bila di dalamnya kamu menjamu dan menghormati para tetamu, berbuat kebaikan terhadap sanak saudara serta menampakkan kebenaran yang harus ditampakkan. Dengan begitu kamu telah menjadikannya sarana baik guna mencapai kebahagian akhirat’.

Kemudian ‘Ala’, tuan rumah itu berkata kepada Saidina Ali : Wahai Amirul Mukminin, aku ingin mengadukan saudaraku ‘Ashim bin Ziyad kepadamu. Dia kini mengenakan ‘abadah (pakaian dibuat daripada kain guni) dan meninggalkan sama sekali kenikmatan dunia’.

Saidina Ali berkata : ‘Panggillah dia kemari..!’

Setelah ‘Ashim datang, Saidina Ali berkata kepadanya : ‘Hai musuh kecil dirimu sendiri..! Sesungguhnya kau telah disesatkan oleh si jahat (syaitan). Tidakkah kamu mengasihani isteri dan anak-anakmu..? Apakah menurut perkiraan mu, Allah s.w.t. telah menghalalkan bagimu segala yang baik, lalu Dia tidak menyukai engkau menikmatiya..? Sungguh dirimu terlalu kecil untuk dituntut melakukan hal seperti itu olehNYA’.

Dapat disimpulkan bahawa dunia dan akhirat adalah saling berkaitan. Niat, ilmu dan amal yang baik perlu untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat.

Wassalam

Aug
27th

USB 3.o Superspeed

Apa yang baru pada USB 3.0 ini? Pertama, kepantasanya dikatakan 10 kali lebih cepat dari USB2.0. Secara logiknya mengikut teori sama dengan 4,8Gbps. Jika diterjemahkan, file berukuran 27GB akan secara pantas disalin dalam tempoh 70 saat.

Yang menarik, USB 3.0 ini membezakan jalur untuk upload dan jalur untuk download. Ertinya, kita boleh melakukan copy dan write sekaligus tanpa perlu menunggu proses download  atau upload. Selain itu USB 3.0 ini berkuasa lebih besar (mencapai 900 miliamp) sehingga lebih banyak perisian boleh di download berulang (charge) secara lebih cepat.

Tentu sahaja USB 3.0 ini akan diserasikan dengan perkakasan atau perisian yang sebelum ini menyokong USB 2.0 dan USB 1.1/1.0.

Namun demikian, satu-satunya yang mungkin mengecewakan adalah kabel USB 3.0 ini agak lebih tebal – seakan-akan kabel Ethernet.

USB 3.0 ini akan datang dalam berbagai bentuk dan ukuran, termasuk bentuk mini, dan dirasakan akan menjadi jawapan untuk pengguna handphone dan perkakasan portabel.

Sayangnya kita masih perlu bersabar untuk boleh menggunakannya kerana controller USB 3.0 akan diperkenalkan pada pertengahan 2009 dan dijangka produk USB 3.0 akan muncul sepenuhnya pada awal tahun 2010.

Aug
25th

50 Cara Mencintai Pasangan Anda

Files under umum | Leave a Comment

1.. Pertama sekali cintailah diri Anda sendiri.
2.. Awalilah setiap hari dengan pelukan.
3.. Sajikan sarapan di tempat tidur.
4.. Katakan “Aku cinta padamu” setiap kali akan berpisah.
5.. Jangan ragu dan selalulah memuji.
6.. Terimalah dan syukurilah perbezaan antara pasangan.
7.. Hayati hidup setiap hari seolah-olah itu hari terakhir Anda.
8.. Tulislah surat cinta yang tak terduga.
9.. Tanamlah sebutir benih bersama-sama dan rawatlah hingga tumbuh menjadi besar.
10.. berbincanglah sekali seminggu.
11.. Kirimkan bunga tanpa alasan.
12.. Terimalah dan cintailah keluarga dan kawan-kawan pasangan Anda.
13.. Buatlah tanda-tanda kecil yang bertulisan “Aku cinta padamu” dan lekatkan di sembarang tempat di rumah.
14.. Berhentilah dan hiruplah wangi bunga mawar.
15.. Kejutkan dia dengan kucupan.
16.. Nikmatilah saat matahari tenggelam bersama pasangan Anda.
17.. Mintalah maaf dengan sungguh-sungguh.
18.. Bersedialah untuk memaafkan.
19.. Ingatlah hari ketika Anda jatuh cinta – dan ciptakan lagi saat yang indah itu.
20.. Saling berpegangan tangan.
21.. Katakan “Aku cinta padamu” dengan mata Anda.
22.. Biarkan dia menangis dalam pelukan Anda.
23.. Katakan padanya bahawa Anda mengerti.
24.. Bersulanglah demi cinta dan komitmen.
25.. Lakukan sesuatu yang menggairahkan.



26.. Biarkan dia membimbing Anda ketika Anda tersesat.
27.. Tertawalah kerana kelucuannya.
28.. Hargailah kecantikan & keperibadiannya.
29.. Lakukan tugas sehari-hari pasangan Anda.
30.. Bangkitkan impian yang menakjubkan.
31.. Berjanjilah untuk bersikap mesra di depan umum.
32.. Lakukan pijatan-pijatan cinta tanpa ikatan apa pun.
33.. Mulailah menulis buku harian tentang cinta dan tulislah saat-saat istimewa Anda.
34.. Redakan ketakutan pasangan Anda.
35.. Berjalan-jalanlah bersama pasangan Anda di pantai dengan bertelanjang kaki.
36.. Mintalah dia menikah lagi dengan Anda.
37.. Katakan ya.
38.. Hormatilah pasangan Anda.
39.. Jadilah penggemar fanatik pasangan Anda.
40.. Berikan cinta yang ingin diterima pasangan Anda.
41.. Berikan cinta yang ingin Anda terima.
42.. Tunjukkan minat pada pekerjaan pasangan Anda.
43.. Kerjakan sesuatu bersama-sama.
44.. Buatlah benteng dengan selimut.
45.. Berayunlah setinggi mungkin di ayunan dalam siraman cahaya bulan
46.. Berpikniklah di dalam rumah ketika hari hujan.
47.. Jangan pernah pergi tidur dengan hati kesal
48.. Dalam doa, pertama-tama doakanlah pasangan Anda.
49.. Berikan kecupan selamat malam.
50.. Tidurlah seperti dua buah sendok.

[Daripada : CintaGila]

Aug
23rd

Jalan-jalan….

Files under blog | Leave a Comment

Lama tak jenguk rakan-rakan blogger dari Tawau, sibuk dengan kerja harian. Bukan sibuk apa, kegawatan politik dan ekonomi ni membuat ku memerhatikan dari jauh. Seronok juga….

Cuti-cuti ni sempat juga singga sekejab ke blog rakan-rakan dari Tawau. Dalam hati nak join apa saja aktiviti yang rakan-rakan buat kat sana. Namun, apa nak buat jauh di perantauan. Sempat juga lah saya rompak sticker di bawah dari blog mereka tu, kalau ada simpalah untuk saya satu…ha ha

Apa pun dari saya…..salam keceriaan dan perjuangan untuk blogger semua. Ada kesempatan di lain hari saya join aktiviti lu orang semua.

Wassalam

Aug
22nd

Ilmu Yang Bermanfaat

Files under motivasi | Leave a Comment

Berkata Saidina Ali, “Ilmu adalah lebih utama daripada harta. Ilmu menjagamu sedangkan kau harus menjaga hartamu. Harta akan berkurang bila kau nafkahkan, sedangkan ilmu bertambah subur bila kau nafkahkan. Demikian pula budi yang ditimbulkan dengan harta akan hilang dengan hilangnya harta. Makrifat ilmu, seperti juga agama, merupakan pegangan hidup terbaik. Dengannya orang akan beroleh kataatan dan penghormatan sepanjang hidupnya serta nama harum setelah wafatnya. Ilmu adalah hakim dan harta adalah sesuatu yang dihakimi“.




Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud “Tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China“.

Kata Imam Mahdawi, Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang :

  • Mengetahui hak-hak waktu
  • Menjernihkan hati
  • Membenci keduniaan
  • Mendekatkan kepada syurga
  • Menjauhi neraka
  • Meningkatkan rasa takut kepada Allah
  • Mengharapkan Allah
  • Mengetahui akibat-akibat yang ditimbulkan oleh hawa nafsu
  • Membersihkan hawa nafsu

Secara keseluruhannya, Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang sentiasa diamalkan.

Wassalam.

Aug
20th

Fungsi Firefox 3 Yang Tidak Diketahui

Files under google, umum | Leave a Comment

Umum mengetahui kelebihan menggunakan browser Firefox. Fungsi-fungsi seperti awesome bar (location bar yang baru), membatal dan memulakan kembali proses download, melindungi dari serangan malware, paparan baru dan peningkatan kuasa untuk Firefox 3.




Semua fungsi-fungsi di atas sudah banyak diketahui umum, tetapi tahukan anda bahawa Firefox 3 juga memiliki fungsi-fungsi berikut ini:

  1. Block teks yang tidak beraturan : Kita boleh melakukan block pada teks yang ada dihalaman web secara rawak. Lakukan block pada salah satu baris teks, lalu tekan butang Ctrl (Cmd untuk Mac) untuk menambah teks yang akan diblock tanpa menghilangkan bekas block yang terakhir tadi, sehingga kita boleh menyalin beberapa kata yang penting dengan mudah.
  2. Duplikasi tab : Tekan butang “Ctrl” di keyboard semasa melakukan drag sebuah tab ke tempat kosong untuk menduplikasi tab yang ada beserta sejarahnya. Fungsi ini tidak ada di Firefox versi Mac.
  3. Memindahkan tab ke tetingkap lain : Cukup dengan melakukan drag tab yang ada dan drop ke tetingkap browser lain. Jika tab yang dipindahkan merupakan tab satu-satunya di tetingkap tersebut, tetingkap browser tersebut secara automatik tertutup.
  4. Mengubah ukuran search bar : Kita dapat mengubah search bar dengan melakukan drag pada garis sempadan yang berada di antara search bar dan address bar (tidak kelihatan pada Firefox versi Windows dan Linux, namun masih boleh anda lakukan).
  5. Menambah keyword pencarian: Pada search bar klik ikon engine pencari untuk membuka dropdown dan lalu pilih “Manage Search Engines…“. Pilih salah satu search engine yang ada kemudian klik “Edit Keyword…” Masukkan kata kunci tertentu untuk engine pencari tersebut, contohnya untuk Google kita menggunakan keyword “go.”
    Setelah menambahkan keyword, kita dapat menggunakan Google melalui address bar dengan menaip keyword engine pencari yang ingin digunakan, ruang dan kata kunci yang hendak kita cari. Contoh “go berita komputer” (mencari kata kunci berita komputer dengan Google). Fungsi ini berguna untuk anda yang sering menggunakan beberapa engine pencari yang berbeza.
  6. Mesin pencarian dengan add-ons tersedia : Sekarang kita tidak perlu lagi mengunjungi laman web AMO (Add-ons Mozilla), kerana sekarang sudah tersedia untuk mencari dan download langsung add-ons yang ada di Tools > Add-ons > Get Add-ons.
  7. Mengaktifkan plugin:Salah satu komponen yang sering menyebabkan Firefox crash adalah plugin yang tidak ditulis dengan baik. Sekarang anda boleh mengaktifkan salah satu plugin yang ada melalui Add-ons Manager di Tools > Add-ons > Plugins. Walaupun fungsi ini sudah ada sejak Firefox 2, tetapi fungsi ini tidak banyak digunakan.
  8. Mendapatkan senarai penyebab crash : Pada address bar taip :”about:crashes” untuk mendapatkan senarai kejadian crash yang dikirimkan oleh Breakpad (reporter Mozilla khusus crash). Klik salah satu laporan crash untuk mendapatkan maklumat lanjut yang disediakan oleh Socorro (server Mozilla khusus untuk melaporkan masalah crash).

Sumber: MozillaLinks