Memang bukan mudah untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna dan proaktif. Namun dengan mengubah beberapa perkara dalam cara kita berkerja boleh mencapai matlamat itu. Latihlah tubuh dan fikiran anda dengan 24 perkara yang disenaraikan berikut. Cara ini mungkin akan membantu anda menyelesaikan lebih banyak perkara, menghasilkan lebih banyak pendapatan dan memiliki lebih banyak masa terluang.
- Mengatur masa panggilan telepon anda. Jangan biarkan teman atau saudara mara anda mengganggu semasa anda sibuk melakukan sesuatu perkerjaan. Tentukan jadual untuk membuat penggilan dan membalas email mereka.
- Sentiasa menetapkan masa untuk memeriksa email anda secara teratur. Membiarkan inbox anda tidak terjawab akan menjadikan satu beban kerana anda harus membalas email tersebut.
- Tentukan berapa banyak masa untuk melakukan kerja projek anda, menjawab email, istirehat atau hal-hal yang perlu setiap hari. Dengan ini anda akan lebih fokus kepada sesuatu kerja yang dilakukan.
- Kendalikan diri anda ketika melakukan surfing. Sebagai seorang profesional seharusnya anda tahu waktu dan tempat untuk bersenang-senang. Jika anda tidak dapat mengendalikan diri dan kerja anda sendiri, cuba gunakan program ini yang mungkin dapat membantu anda.
- Ambil masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Pekerja yang mengambil rehat secara teratur dan cukup akan lebih produktif dan lebih bahagia daripada pekerja yang seharian bekerja nonstop.
- Bekerjalah pada masa yang anda rasa paling produktif. Semua orang memiliki waktu tertentu di mana mereka rasa lebih produktif. Beberapa orang bekerja lebih baik pada waktu pagi sementara yang lainnya mungkin pada waktu petang. Kaji bila masa anda paling produktif dan tetapkan jadual perkara yang paling susah pada waktu produktif tersebut.
- Berikan insentif pada diri anda. Biasakan untuk memberikan diri anda sendiri hadiah kecil untuk sesuatu perkerjaan yang dapat diselesaikan dengan baik.
- Jangan lakukan beberapa pekerjaan secara serentak. Berkonsentrasi dengan satu perkara dalam satu masa, maka anda akan lebih fokus.
- Gunakan shortcut. Sebahagian besar program memiliki keyboard shortcut, macros dan cara lainnya yang dapat memudahkan dan mempercepatkan sesuatu pekerjaan (kerja komputer).
- Sederhanakan proses kerja. Jika anda sudah merasa bahawa proses kerja anda setiap hari terlalu susah, maka cuba tinggalkan proses kerja yang sebenarnya tidak diperlukan.
- Jaga kesihatan anda. Anda tidak akan produktif jika anda kekurangan tidur atau sedang sakit, jadi sentiasalah menjaga diri anda dengan baik dari hal-hal kecil seperti makan tepat pada waktunya.
- Tetapkan deadline. Anda akan menghabiskan lebih banyak masa pada suatu projek jika anda tidak menetapkan deadlinenya. Tentukan deadline yang masuk akal dan lakukan yang terbaik untuk memenuhinya.
- Jaga fokus dan kesenangan bekerja. Carilah hal-hal yang dapat membantu anda untuk tetap fokus dan senang. Mungkin seperti mendengarkan muzik atau membersihkan meja kerja anda yang berselerak.
- Lakukan follow up. Hubungi klien, teman dan siapa sahaja yang mungkin berhubungan dengan pekerjaan anda untuk mendapatkan komen yang membangun.
- Gunakan program yang tepat. Jika anda tidak dapat membeli program yang mahal, maka cubalah mencari program open source yang berkaitan.
- Fokus pada tujuan yang jelas. Selalu lakukan aktiviti bekerja dengan tujuan yang jelas tentang apa yang ingin anda selesaikan dan capai.
- Pakaian yang sesuai semasa bekerja. Walaupun mungkin anda bekerja di rumah, bukan bererti anda boleh memakai baju tidur anda. Setidak-tidaknya pakailah sesuatu yang tidak memalukan jika anda tiba-tiba harus keluar dari rumah.
- Tetapkan waktu istirehat dari pekerjaan komputer. Bekerja dengan komputer sepanjang hari dapat menyakitkan mata dan sendi-sendi anda, jadi pastikan anda beristirehat mengikut waktu yang tertentu.
- Tetapkan masa kerja. Anda akan menyelesaikan lebih banyak pekara jika anda memfokuskan kelebihan anda untuk bekerja pada masa-masa yang telah ditetapkan.
- Gunakan teknologi. Pada zaman teknologi canggih seperti sekarang cubalah untuk mengotomatisasi proses kerja anda sebanyak mungkin, maka anda akan merasa seperti memiliki sistem peribadi.
- Jaga kawasan kerja anda untuk kelihatan teratur. Bersihkan desktop anda dari file dan icon dan selesaikan meja anda dari kertas-kertas dan CD. Ini akan membantu anda fokus dan menemui apa yang anda cari dengan lebih cepat.
- Berfikir positif. Mempertahankan fikiran positif dapat meningkatkan produktiviti anda. Carilah perkara-perkara yang dapat membantu anda untuk tetap bahagia setiap hari atau ketika anda sedang mengalami hari yang buruk.
- Gunakan calender. Anda akan mudah lupa jika anda tidak memiliki catatan deadline atau meeting pada sebuah calender.
- Jujurlah pada diri sendiri. Selalu jujur pada diri anda sendiri tentang berapa lama masa yang diperlukan bagi anda untuk menyelesaikan suatu projek dan seberapa tertariknya anda dengan projek tersebut. Dengan jujur maka anda dapat menetapkan tujuan yang realistik dan membantu anda fokus dalam melakukannya.
Saya yakin jika anda melakukan 24 perkara dan langkah yang disenaraikan di atas, pasti setiap pekerjaan yang anda lakukan akan menghasilkan produk yang baik.
Selamat berjaya.





