Aug
8th

Menerapkan Manfaat Pengetahuan

Files under motivasi | Posted by admin

Salam kebahagian untuk semua. Selamat melaksanakan perkara-perkara kemulian di hari yang mulia ini.

Kita diwajibkan untuk mencari ilmu pengetahuan. Ilmu yang bermanfaat itu akan menjadikan kita orang yang berguna. Namun berapa banyak ilmu yang kita pelajari itu dapat dikekalkan pada diri kita. Segalanya bergantung kepada cara kita mencari dan mengamalkan sesuatu ilmu itu.



Setiap ilmu pengetuan yang kita perolehi akan dapat dikekalkan pada diri kita mengikut beberapa peringkat seperti berikut :

  • 10 %  dari apa yang kita dengar semasa hidup. Kita akan hanya mengekalkan 10% dari apa yang kita dengar terhadap sesuatu perkara. Kita hanya dengar dengan betul apa yang kita suka dengar. Ramai orang sebenarnya tidak mendegar tetapi hatinya menunggu-nunggu untuk berkata-kata pula.
  • 15 %  dari apa yang kita lihat. Kita biasanya melihat sahaja apa yang ada di depan mata tanpa meneliti dan memperhatikannya. Cuba perhatikan sebuah gambar dan kemudian cuba ingatkan segala perincian gambar itu. Kita tidak mampu mengingat semua apa yang kita telah lihat.
  • 20 %  dari apa yang telah kita dengar dan lihat. Kombinasi dengar dan lihat lebih baik dari melihat sahaja atau mendengar sahaja.
  • 80 %  dari apa yang kita praktikkan. Sikap yang paling penting untuk memajukan diri ialah terus buat apa yang kita telah ketahui. Dengan mempraktikkan apa yang kita ketahui seseorang insan lebih maju dari insan yang lain.
  • 90 %  dari apa yang kita ajarkan. Dalam Islam telahpun dinyatakan bahawa ilmu itu sekiranya diajarkan bukan merugikan malah menguntungkan pengajarnya. Ilmu yang diajarkan akan bertambah tetapi harta apabila dibelanjakan akan berkurang.

Jika kita melaksanakan semua tindakan di atas, ilmu pengetahuan yang kita perolehi pasti menjadikan kita orang yang sentiasa memanfaatkan ilmu untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.

Wassalam

Post Berkaitan :

  1. Mengenali Rahsia Mutu Diri
  2. Cuitan Rasa Kearah Kejayaan
  3. 24 Perkara Untuk Lebih Proaktif
  4. Kaedah Belajar Yang Berkesan

Post a Comment