Aug
18th

Berbual Percuma Di Handphone Anda

Files under internet, mobile | Posted by admin

Pada masa ini, banyak aplikasi jaringan sosial yang boleh digunakan di telepon bimbit. Namun umumnya setiap aplikasi hanya memiliki satu fungsi, seperti hanya boleh berchatting, periksa e-mail, atau menyimpan phonebook. Dengan Nimbuzz, banyak keperluan sosial akan terjawab dalam satu aplikasi.

Dibangunkan pada 2006 yang berpusat di Belanda, Nimbuzz merupakan aplikasi Java percuma yang menawarkan pelbagai fungsi bagi pengguna komunikasi bergerak, termasuk di PC dan Web, untuk melakukan panggilan, conference call, instant messaging, chatting dalam kumpulan, serta berkongsi file atau gambar pada komuniti IM seperti Skype, Windows Live Messenger, Google Talk, Yahoo Messenger, AIM, Jabber dan ICQ, termasuk Facebook dan MySpace.




Banyak yang boleh dilakukan oleh Nimbuzz, dan semuanya percuma. Anda hanya perlu akses GPRS yang sesuai. Nimbuzz boleh melakukan panggilan VoIP ke sesama hand phone, chatting, membuat ruang chatting sendiri untuk perbincangan peribadi, berkongsi file/gambar/ringtone, berkirim SMS ke sesama pengguna Nimbuzz, menyimpan file-file dengan kapasiti yang tidak terbatas, menyimpan phonebook dan melakukan backup , atau menjemput rakan pengguna Nimbuzz yang sedang Offline.

Untuk menggunakan aplikasi ini, tentunya anda memerlukan akses Internet atau GPRS yang sesuai untuk telepon bimbit anda.

Beriktu cara untuk melakukannya :

1. Lakukan installation (http://www.nimbuzz.com/en/download/options) dan aktifkan Nimbuzz. Pilih Start Test untuk menguji akses dari hand phone ke server Nimbuzz. Pilih Yes apabila muncul pesanan yang mengatakan aplikasi akan mengirimkan data, ini bermaksud anda perlu mengaktifkan GPRS.
2. Tunggu beberapa saat sehingga proses testing selesai.
3. Seterusnya dengan Register as new user untuk melakukan pendaftaran pertama kali. Isikan data-data yang diperlukan seperti Username, Password, dan alamat e-mail. Tunggu beberapa saat, Nimbuzz akan menyimpan data ke server-nya.
4. Untuk menggunakan fungsi Call atau Buzz , masukkan nombor telepon. Pilih benua Asia dan negara Malaysia. Lalu masukkan nombor telepon anda.
5. Seterusnya, anda akan diberi pilihan apakah akan melakukan panggilan (Call) dan Chating ke IM lain. Jika ya, maka pilih beberapa IM yang berdaftar, misalnya Yahoo Messenger.
6. Untuk berkenalan dengan anggota lain, anda perlu membuat Profile peribadi yang boleh dibaca oleh anggota Nimbuzz lain. Masukkan data peribadi anda, lalu klik OK.
7. Anda akan dibawa masuk ke menu utama Nimbuzz, yang mengandungi Messages, Online gallery, Phonebook, dan Chat rooms. Anda boleh melakukan setting aplikasi, melalui Menu > Settings. Ada banyak yang boleh dilakukan, misalnya aturan Contact list, Display, Camera, Connection Type, Data Counter, TemplatesIncoming Call / New chat message / New message.
8. Di bahagian Message, anda boleh mengiriman pesanan teks, pesanan suara atau gambar.
9. Di bahagian Chat rooms, anda boleh melihat semua tajuk ruang chatting yang ada di dalamnya. Anda juga boleh membuat ruang chat sendiri, baik bersifat umum ataupun tertutup (private).
10. Jika dilihat di bahagian List all chat rooms, maka akan muncul 2979 ruang chat di dalam server Nimbuzz.
11. Jika ada  SMS dari sesama anggota Nimbuzz, akan muncul pesanan You have received 1 message(s). Pilih Show untuk membacanya. Pesanan SMS yang dikirimkan hanya memerlukan kos yang sangat minima kerana dikirimkan melalui GPRS, bukan jalur SMS biasa.


One Response to “Berbual Percuma Di Handphone Anda”

  1. By amdis on Sep 10, 2008 | Reply

    tp gprs tu dicaj juga kan?

Post a Comment