Kisah ini adalah perkara yang berkaitan dengan “Niat & Amal Yang Baik“. Perkara-perkara kebaikan merupakan sebahagian daripada cuitan rasa ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
Pada suatu hari Saidina Ali r.a. menjenguk seorang sahabatnya bernama ‘Ala bin Ziyad Al-Haritsi. Ketika memasuki rumahnya yang amat besar itu dia hairan dan berkata kepadanya :
‘Apakah sebenarnya yang kamu hendak lakukan dengan rumah yang seluas ini di dunia…? Bukankah kamu memerlukan ini di akhirat nanti..! Namun begitu, jika kamu ingin kamu boleh mencapai kebahagian di akhirat dengannya, iaitu bila di dalamnya kamu menjamu dan menghormati para tetamu, berbuat kebaikan terhadap sanak saudara serta menampakkan kebenaran yang harus ditampakkan. Dengan begitu kamu telah menjadikannya sarana baik guna mencapai kebahagian akhirat’.
Kemudian ‘Ala’, tuan rumah itu berkata kepada Saidina Ali : Wahai Amirul Mukminin, aku ingin mengadukan saudaraku ‘Ashim bin Ziyad kepadamu. Dia kini mengenakan ‘abadah (pakaian dibuat daripada kain guni) dan meninggalkan sama sekali kenikmatan dunia’.
Saidina Ali berkata : ‘Panggillah dia kemari..!’
Setelah ‘Ashim datang, Saidina Ali berkata kepadanya : ‘Hai musuh kecil dirimu sendiri..! Sesungguhnya kau telah disesatkan oleh si jahat (syaitan). Tidakkah kamu mengasihani isteri dan anak-anakmu..? Apakah menurut perkiraan mu, Allah s.w.t. telah menghalalkan bagimu segala yang baik, lalu Dia tidak menyukai engkau menikmatiya..? Sungguh dirimu terlalu kecil untuk dituntut melakukan hal seperti itu olehNYA’.
Dapat disimpulkan bahawa dunia dan akhirat adalah saling berkaitan. Niat, ilmu dan amal yang baik perlu untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat.
Wassalam





