Waktu sekolah dulu saya rajin juga hantar kad-kad raya ni….buat teman-teman sekolah lah. Maklumlah saling berbalas kad raya. Kalau kawan-kawan bagi tu kita kena lah balas kan. Lepas tu kad raya tersebut lekat kat dinding ruang tamu atau kat dalam bilik…itu cerita dulu dulu.
Sekarang ni zaman internet, kad raya pun makin canggih dan interaktif penggunaanya. Tak perlu lagi nak guna pos-pos dan setem ni….semua menggunakan email atau blog boleh kirim kat kawan-kawan. Nak kirim berapa banyak pun tak apa. Percuma pula tu…memang seronok…cuma tak boleh gantung kat tepi dinding rumah atau bilik lah. Kalau nak juga boleh, print lah sendiri… hehe
Satu laman web menyediakan kad raya maya secara percuma untuk anda. Anda boleh kirimkan salam raya kepada rakan-rakan atau letakkan ke dalam blog anda buat tatapan pengujung.

Di sini saya tampalkan satu kad raya maya buat tatapan pengunjung blog ini. Sambil tu saya ucap lah “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN“.
Siapa nak, sila ke http://aidilfitri.kadviral.com.
Wassalam







By yusof on Oct 7, 2008 | Reply
kad raya
By Fewit on Sep 7, 2009 | Reply
Macamana nak dapat kad raya yang bila kita gerakkan mouse kita, kad tersebut mula berubah contohnya bila kita klik mouse pada mercun & tarik ke gambar botol dia akan lekat pada botol & selepas tu bila kita tarik mancis ke mercun tu akan menyala mercuna tu & mula meletup lalu keluar perkataan Selamat hari raya. Rasanya itu dipanggil format flash kan?