Sep
18th

Majalah IM Edisi Ke 7

Files under umum | Leave a Comment

MajalahIM #7 Bukan Calang-calang kini setelah dilancarkan secara rasmi!.

Banyak maklumat berguna berkaitan dengan perniagaan internet yang boleh anda perolehi melalui majalah online ini.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis dan peminat kerana menyokong setia MajalahIM hingga ke saat ini.

Fokus pada edisi kali ini Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet.

  1. Interview bersama Alang – Internet Marketer Malaysia yang meraih pendapatan mencecah 5 angka sebulan hanya dari rumah dan berkongsi artikel Jenis-jenis direktori.
  2. Cabaran dan kekangan oleh Labanon
  3. Cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Zamri Nanyan
  4. Mindset yang betul untuk menarik KEKAYAAN! oleh Amar Mahmood
  5. Who Says Internet Marketer Don’t Go Anywhere oleh Galadriel
  6. Hijrah Kejayaan oleh SmartZul

…dan banyak lagi!

-Klik sini untuk mendapatkannya

Selamat membaca

Sep
17th

Boot Windows Tanpa Load Start-up

Anda tahu cara menjalankan program ketika Windows aktif? Dengan memberikan alamat atau path program yang ingin dijalankan pada HKEY_LOCAL_MACHINE-Software-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Run atau HKEY_CURRENT_USER-Software-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Windows-Run. Semua program yang alamatnya tercantum di sana akan dicapai setiap kali Windows diaktifkan.




Bukan hanya itu, Windows juga memiliki RunOncedi bawah HKEY_CURRENT_USER mahupun HKEY_LOCAL_MACHINE. Semua daftar aplikasi yang ada di sini hanya akan dicapai satu kali semasa Windows di-restart.

Program-program di situ boleh menyebabkan masa untuk aktif Windows lebih panjang. Tetapi, menghapuskan seluruh program di situ juga bukan jawapan yang baik. Sebabnya, anda akan mengalami kesukaran semasa memerlukan startup Windows dengan program start-up yang lengkap.

Jawapan yang terbaik adalah menggunakan Group Policy. Anda dapat dengan mudah mengaktifkan dan atau tidak daftar “run” sesuai dengan keperluan hanya dengan beberapa langkah berikut :

1. Jalankan Group Policy Editor dengan klik [Start] > [Run...], taipkan “gpedit.msc” pada kotak teks Run, dan tekan [Enter].
2. Pada bahagian kiri jendela Group Policy masuk ke folder Local Computer Policy-Computer Configuration-Administrative Templates-System-Logon.
3. Carilah [Do not process the legacy run list] yang terdapat di bahagian Setting.
4. Klik dua kali pada pilihan tersebut.
5. Pada tetingkap Properties yang muncul terdapat tiga pilihan, [Not Configured], [Enabled] dan [Disabled]. Jika anda memilih [Enabled] maka seluruh daftar Run yang terdapat di registri akan diabaikan. Jika anda memilih [Not Configured] atau [Disabled], sub key Run akan dicapai tiap kali Windows start.
6. Jika anda telah menentukan pilihan, klik [OK].
7. Sekarang carilah [Do not process the run once list], kemudian klik dua kali di situ. Susun radio button ke [Enabled].
8. Klik [OK] dan tutup tetingkap Group Policy Editor.

Sumber: PCplus

Sep
15th

Google Hasilkan Browser Web Sendiri

Perang persaingan dalam paparan Internet antara Microsoft dan Google belum berakhir. Tidak lama setelah Microsoft mengeluarkan Internet Explorer 8 versi beta 2, Google pula mengungkapkan browser web terbaru yang dibangunkannya.

Browser yang akan diberikan percuma itu diberi nama Chrome. Perkenalannya kepada komuniti maya sangat unik kerana menggunakan cerita komik yang menjelaskan mengenai browser tersebut secara jelas.




Bermula Selasa (2/9), aplikasi tersebut dikatakan dapat didownload di 100 negara dan dapat digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Google menyatakan masih membangunkan versi lain untuk kegunaan pada sistem operasi Macintosh dari Apple dan Linux.

Dalam blog rasmi yang ditulis pejabat Google, Chrome menawarkan fungsi mengakses web lebih baik. Web browser ini menyediakan akses ke pelbagai kandungan multimedia lebih cepat kerana telah dilengkapi JavaScript virtual machine yang multiproses. Untuk mencegah phising dan pencurian data web, Chrome juga memiliki fungsi membuka aplikasi berbasaskan web tanpa toolbar dan address bar yang juga dikembangkan Mozilla dalam projek yang disebut Prism.

Masuknya Google ke pasar web browser menandakan makin panasnya persaingan di dunia Internet. Sebelum ini Google berupaya mengusai pasaran pengguna aplikasi dokumen dengan memperkenalkan Google Docs yang dapat diakses online. Google juga memberi persaingan terhadap dominasi Internet Explorer dengan mendukung browser web Firefox buatan Mozilla yang pada masa ini telah mengusai 10% pasaran dunia.

Google mungkin berharap dapat mengusai pasaran dunia lebih besar dengan produknya sendiri. Namun, nama besar Google di dunia maya bukan jaminan setiap produknya boleh berhasil. Instant messaging Gtalk dan layanan email Gmail sejauh ini masih di bawah berbanding dari Yahoo mahupun Microsoft. Apapun hasilnya, Chrome juga bakal menjadi pesaing baru bagi Firefox.

Sep
12th

Mandi Wajib Yang Betul

Salam kebahagian di pagi yang mulia ini. Semoga apa yang kita lakukan pada hari ini akan memperolehi keberkatan. Hari ini kita kongsikan sedikit maklumat berkaitan mandi wajib. Mari kita berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.




Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam
Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala
.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala“. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini,
sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa  Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam sejahtera..

Sep
8th

Hari Ulang Tahun Pertama + Hadiah Percuma

Files under umum | 17 Comments

Salam kebahagian buat semua blogger, pengunjung blog dan mereka yang berkaitan dengannya. Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam dan pastikan hari esok pula menjadi lebih baik dari hari ini.

Bulan sembilan ini merupakan hari ulang tahun pertama RahsiaKomputer. com. Jika diimbas kembali sejarah permulaan mengenali dan mengendalikan blog ini, memang banyak kenangan manis dan pahit untuk diceritakan. Bermula dengan bermain-main dengan blog percuma sehinggalah kepada blog berbayar.

Namun segalanya hanya tinggal kenangan. Namun semua itu memberikan kita pengalaman, pengajaran dan ilmu yang bermanfaat bagi mereka yang ingin mengambil iktibar dari masa lalu tersebut. Itulah sebabnya saya di rahsiakomputer.com ini cuba yang terbaik untuk memberikan maklumat yang berguna dalam apa jua perkara. Saya ingin menjadikan hari-hari kita yang mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah lepas.

Oleh itu, sempena ulangtahun pertama RahsiaKomputer ini, satu tawaran istimewa produk-produk RahsiaKomputer dan ada hadiah percuma untuk anda. Apakah tawaran istimewa tersebut dan bagaimana untuk mendapatkan hadiah percuma tersebut..? Teruskan membaca………

JUALAN MEGA

Satu tawaran istimewa JUALAN MEGA produk-produk RahsiaKomputer.com akan di lakukan sempena menyambut hari ulang tahun pertama ini. Tawaran istimewa ini ialah pakej dan potongan harga untuk produk-produk pilihan.

Antara produk-produk yang dijadikan tawaran pakej istimewa ini ialah :

Selain produk-produk tersebut, anda juga akan menerima produk-produk tambahan pilihan terbaik berserta bonus-bonus yang di tawarkan bersama produk-produk tersebut.

Berapakah harga untuk tawaran pakej istimewa ini…? Memang cukup istimewa untuk anda. Nantikan hari pelancarannya yang akan menyusul pada bulan ini juga. Hari pelancaran JUALAN MEGA adalah bersamaan dengan hari blog ini mula-mula dilancarkan..ho ho

HADIAH PERCUMA

Sempena ulangtahun pertama ini juga, saya berbesar hati untuk memberikan tawaran HADIAH PERCUMA kepada anda.PERCUMA…..memang syok dengar kalau percuma ni..he he

Hadiah percuma yang diberikan ialah produk-produk yang disenaraikan di dalam JUALAN MEGA di atas yang akan dilancarkan pada bulan ini juga. Tawaran ini hanya untuk 2 orang sahaja…2 orang…..siapa cepat dia yang dapat.

Bagaimana….anda hanya perlu meneka maklumat yang saya perlukan dengan tepat atau hampir tepat melalui ruangan komen.

Maklumat yang diperlukan ialah :

  • Tarikh blog ini dilancarkan.
  • Hari dilancarkan
  • Tajuk posting pada hari pelancaran
  • Masa (jam) pelancaran….???

Daripada maklumat yang saya kehendaki tersebut, anda sudah pasti dapat meneka bilakah hari pelancaran JUALAN MEGA itu diadakan….ha bila..?

Kepada sesiapa yang paling cepat dan berjaya meneka dengan tepat atau hampir tepat akan menerima hadiah yang ditaawarkan….ingat siapa cepat dia dapat….2 orang sahaja.

Apa tunggu lagi, jawablah segera di ruangan komen. Jangan tunggu sehingga orang lain mendahului anda. PERCUMA ni… Siapa yang tak faham lagi apa yang saya inginkan…. lu pikir lah sendiri.. ho ho

Wassalam.

P/S : Pemenang akan diberitahu pada hari pelancaran JUALAN MEGA tersebut.

Sep
5th

Mempercepatkan Windows Explorer

Files under komputer | Leave a Comment

Apakah anda merasa Windows Explorer sangat lambab semasa dibuka dan ingin mempercepatnya?  Salah satu komponen yang menjadi penyebab lambatnya waktu load Explorer adalah Browser Helper Objects (BHO).

BHO adalah komponen yang memproses Component Object Model (COM) yang di-load setiap kali Internet Explorer (IE) dijalankan. Beberapa objek berjalan dalam konteks memori yang sama sebagai browser dan dapat melakukan berbagai tindakan pada tetingkap yang tersedia. Aktifnya BHO dipacu oleh setiap proses dari IE dan Windows Explorer (iexplorer.exe dan explorer.exe). Setiap kali anda membuka folder tertentu di Windows Explorer, maka BHO akan di-load bersama.




Kita dapat mempercepat kuasa Windows Explorer dengan mengaktifkan BHO di Windows Explorer. Buka registry editor dan buka folder di bawah ini (dan jangan lupa untuk membuat backup registry terlebih dahulu): HKEY_LOCAL_MACHINE \ SOFTWARE \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ Browser Helper Objects

Anda akan melihat beberapa subkey dalam format GUID (Globally Unique Identifier). Jumlah subkey yang ada bergantung pada berapa banyak BHO yang di-install di komputer anda. Jika anda tidak pasti untuk  menentukan penting atau tidak sebuah BHO tertentu di Windows Explorer, salinlah nama BHO tersebut dengan melakukan klik Edit > Copy Key Name di tetingkap registry editor dan cari dengan search engine.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengaktifkan / mencegah aktifnya BHO {18DF081C-E8AD-4283-A596-FA578C2EBDC3} seperti AcroIEHelper (lebih sesuai jika digunakan di IE saja). Klik GUID tadi dan tambahkan nilai baru dengan klik kanan > New > REG_DWORD, kemudian namakan NoExplorer, setelah itu klik dua kali dan beri nilai (Value data) 1.

Sekarang AcroIEHelper tidak akan aktif bersama dengan Windows Explorer dan tidak akan di-load setiap kali kita membuka folder, tetapi tetap aktif bersama Internet Explorer.

Setelah mencuba untuk mengaktifkan semua BHOs yang ada, hasilnya Windows Explorer bekerja sangat cepat, tidak ada lagi waktu yang terlalu lama dan tidak ada masalah atau kesan sampingan sama sekali.

Dan satu lagi yang membuat kuasa Windows Explorer Anda menjadi lambat adalah toolbar. Sudah ada berapa toolbar yang diaktifkan di Windows Explorer kita seperti toolbar Yahoo, Google, antivirus dan aplikasi lainnya. Cuba anda periksa dengan klik kanan pada toolbar Windows Explorer, seperti pada gambar berikut :

Untuk membersihkan toolbar anda gunakanlah ToolbarCop yang berfungsi untuk mengaktifkan / menghapus semua browser add-ons yang tidak diperlukan seperti:

  • Browser Helper Objects (BHO)
  • Toolbars
  • Standard Toolbar buttons
  • Context menu Extensions
  • Download managers
  • Protocol Handlers
  • Horizontal / Vertical Explorer Bars (side-search bars)
  • Startup applications originating from RUN registry keys.

Boleh didownload di sini: ToolbarCop v3.4

Sumber: http://windowsxp.mvps.org/noexplorer.htm